Cari dan Mencari

Tuesday 6 March 2012

Democracy In Pakatan Rakyat


Ini bukan Ustaz Azizan.


At first, aku melihat Ustaz Azizan as an ustaz. Dari segi corak pentadbirannya, aku tak tahu, sebab aku bukan orang Kedah. Dan hal pergolakan yang berlaku tentang Exco tak nak dilantik lah, apa lah, aku pun bukannya paham sangat, Aku bukan pernah jadi Exco. Haha.

Until aku melihat Astro Awani dan diceritakan tentang Exco exco tadi sudi menjadi semula Exco, tetapi dengan syarat ada pemantauan Pemandu daripada PAS Pusat. Then the issue arise.

Mari kita lihat sesuatu. Siapa sebenarnya pimpinan tertinggi dalam Barisan Nasional or UMNO? Yes, Presiden parti, iaitu Perdana Menteri. So, Presiden UMNO automatically juga akan menjadi Perdana Menteri jika menang, dan menjadi seperi ketua eksekutif kerajaan. Well of course, yang tertinggi dalam negara tetap Agong kan?

Ok, now switch our lane to Pakatan Rakyat now. Siapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat? Hm, susah sebenarnya soalan ni. Ramai yang akan cakap Anwar Ibrahim, right? Tetapi, orang PAS mungkin akan tidak setuju, kerana mereka mahukan Nik Aziz, and DAP pula mahukan Lim Kit Siang. Ok. THE issue. Siapa sebenarnya pimpinan tertinggi PKR? Anwar Ibrahim? Really? tetapi Presiden sebenar parti ialah Wan Azizah kan? So, mari kita ambil situasi. PKR menang majoriti Parlimen, dan diamanahkan menjadi parti pemerintah. So, macam UMNO tadi, yang akan naik sudah semestinya Presiden parti. Tetapi, dalam PKR, siapa sebenarnya kuasa tertinggi? Presiden parti atau Ketua Umum? Plus, siapa sebenarnya yang melantik Ketua Umum ni? Majoriti? Adakah benar PKR ini sebuah parti demokrasi? Kalau benar, kenapa Anwar Ibrahim sendiri tak pernah bertanding jawatan Presiden? Kenapa dia memegang jawatan yang tidak memerlukan election?

Ok, sebenarnya bukan PKR sahaja. Hope this will be an eye-opener for all of us. DAP. Siapa presiden DAP sebenar? Karpal Singh kan? Tetapi kenapa Lim Kit Siang seperti mempunyai the last voice dalam DAP? Parliamentary leader? So, yang mana satu pemimpin tertinggi DAP? Kit Siang atau Karpal Singh? And that's not all. Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Haji Hadi Awang pula, Presiden PAS. So, yang mana satu pemimpin tertinggi PAS? Hadi Awang atau Nik Aziz? Jika DAP menang pilihanraya, adakah Karpal Singh atau Kit Siang Perdana Menterinya? Jika Karpal Singh, adakah dia perlu mendengar cakap Kit Siang? So, Perdana Menteri belum mempunyai authority tertinggi kalau macam tu? Same goes to PAS. Kalau Hadi Awang jadi PM, dia masih perlu dengar cakap Nik Aziz sebagai ketua or what?

Ya, inilah demokrasi sebenar yang Pakatan Rakyat perjuangkan selama ini. Setiap parti mempunyai kepimpinan tersendiri, tetapi setiap kepimpinan mempunyai pemimpin yang lebih tinggi, The President of the President. Seperti contoh, Ustaz Azizan. Dia merupakan Menter Besar Kedah. Tetapi, setiap keputusan atau dia perlu membuat keputusan selari dengan arahan daripada PAS Pusat. So, di mana authority nya untuk seorang ketua menjalankan tugas?

Kita tidak cakap, seorang ketua tidak perlukan pemantauan langsung untuk menjalankan tugas. Tetapi, di mana susun atur yang formal dalam hal ini?



Daripada Wikipedia Lim Kit Siang

Lim Kit Siang juga pernah memboikot Majlis Angkat Sumpah Perak kerana tiada wakil DAP, sedangkan PAS ketika itu menang majoriti. Maka, PAS perlu mendengar cakap DAP baru boleh buat keputusan. Dah, mana pergi nak laksanakan hal hal Islam? Kerana kita tahu DAP tidak akan pernah bersetuju apa apa tentang perlaksaan Islam, unless mendapat persetujuan mereka. Or else, you should have to cross over someone's dead body then. (If you know what I mean)

Jadi. Mari berlaku jujur. Mahukah kita mempunyai politik yang tidak stabil seperti ini? Tidak mustahil akan berlaku perebutan kuasa siapa yang mahu jadi PM, siapa yang layak, lepastu, PM kena dengar cakap Ketua Umum dan sebagainya. Teori aku senang. Presiden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, kerana mereka perlu membuat keputusan. Presiden membuat keputusan, dan sekiranya keputusan itu salah, maka Presiden yang akan dipersalahkan. Maka, jawatan Ketua Umum atau The President of President lebih menarik. Mereka tidak mempunyai tanggungjawab secara eksekutif untuk membuat keputusan sebenarnya. Tetapi, keputusan perlu datang daripada mereka. Tetapi, jika kesalahan berlaku akibat keputusan tadi, maka Presiden yang akan dipersalahkan manakala Ketua Umu boleh lepak cuci tangan. Amboi, bahayanya.

Kronisme. Ya, itu tuduhan yang selalu Tun M kena daripada pembangkang. Yes, kita akui, kronisme berlaku dalam politik. Tetapi, mari kita lihat ini. Dalam parti kau, kau adalah Ketua Umum, isteri Presiden, anak Naib Presiden, anak didik kau Naib Presiden. So, kalau dah jadi Perdana Menteri, apa mustahil ke untuk kronisme berlaku juga? Sedangkan belum jadi lagi kronisme secara terang terangan dah berlaku. Kan?

So, sebenarnya kita tak pernah argue bahawa kerajaan sedia ada itu sempurna. Perfect. Lengkap. Serba serbi betul. Ada keputusan yang dibuat, kadang kadang salah dan sebagainya. Tetapi, kestabilan itu penting, untuk halatuju negara, hubungan dengan dunia luar dan juga keselamatan negara kita. So, pilihan kita adalah sebuah kerajaan yang tidak sempurna, tetapi agak stabil dan sekurang kurangnya kita tahu apa yang kita boleh expect, atau sebuah kerajaan yang masalah dalaman pun kucar kacir, itu pun belum dapat pegang negara lagi. Baru pegang satu dua negeri padahal.

Democracy in politics means, you have to choose your own monster. Between two, choose the monster that you know, rather than the mysterious and unknown one. Because you know what to expect from the one that you know compare to the other.

No comments:

Post a Comment