Cari dan Mencari

Saturday 17 March 2012

Sudah Sudahlah Berbohong Pasal Hamas, Anwar. Jangan Malukan Nama Negara!!!

Ceramah Anwar tempoh hari di Kuantan, dan di lain lain tempat ceramah, terutama ceramah pasca-"I support all effort to protect the security of Israel", kebanyakannya berlegar dengan cerita Anwar bahawa dia baru balik dari Palestin, jumpa orang Hamas sana sini bla bla bla.
Itu cerita dia. Tapi, suka aku ingatkan, kawan kawan aku dari PAS PKR suka sebut, "kau jangan tengok TV3 Utusan je, bias. Tengok dua dua."

Jadi, bermaksud, untuk kita ambil sesuatu cerita, jangan dengar satu pihak sahaja. Tengok dua dua belah.

So, Anwar dah cakap yang dia jumpa orang Hamas tempoh hari kan?

Dengar cerita, ada orang Hamas datang Malaysia semalam. Ha, jumpa Anwar la kot gamaknya. Katanya kawan baik.


Eh, ah sudah. Alamak. Tu macam bukan Anwar je. Maca Tengku Adnan je tu. Hah. Macam mana? Takkan Hamas datang jumpa UMNO kot. Anwar kata UMNO ni Israel, APCO semua. Macam mana ni?

Yes, that is the truth. Hamas sebenarnya selama ini berterima kasih dan melahirkan rasa bangga di atas sokongan kerajaan Malaysia selama ini yang sentiasa mempertahankan negara Palestin.

Malah, bila Anwar dituju dan dihujah dengan KJ soal sokongan Israel, tiba tiba dia cuba spin kononnya kerajaan Malaysia ada buat trade dengan Israel.

Ha? Nak tahu apa respon kerajaan Malaysia soal ini?



SHAH ALAM 17 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. – BERNAMA.

Ops, kerajaan UMNO bayar Hadi Awang ke macam mana? Haha. Rupa rupanya, Hadi Awang sendiri kata tak apa nak berdagang dengan Yahudi.

Soalnya, untuk urusan perniagaan dan ekonomi, mungkin kita tidak boleh lari jauh dengan Israel, sebab mereka seperti yang kita tahu menguasai ekonomi dunia. Tapi dari segi diplomatik dan pengiktirafan, no, Malaysia tidak pernah sama sekali mengiktiraf.

UNLESS...

Kalau kerajaan Malaysia nanti, bukan lagi bawah pimpinan UMNO. Kerana seperti yang kita tahu, kalu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, tak mustahil negara kita akan beri sokonga "all effort" kepada Israel. Maka, hilanglah rasa hormat dunia kepada kita yang selama ini perjuangkan nasib Palestin. Malah, tak mustahil dunia akan mentertawakan kita kerana seperti menjilat kembali ludah sendiri. Mohon simpang 44 janganlah kita beri walau satu undi pun kepada Pakatan Rakyat, ya, termasuk orang PAS, jangan. Kita tahu, kita undi PAS kerana Islam, tapi, Islam apa yang ada kalau Islam ini perjuangkan Israel? Jangan berkata kau undi PAS kerana Hadi Awang bakal jadi PM, sebab kita tahu, siapa sebenarnya yang berdegar degar sebut nak jadi PM dalam Pakatan kan?







Kenyataan Hamas yang menolak pendirian Israel.







Ustaz Nasha sendiri pun dah keluarkan statement, based on fatwa ulama dunia. Ops, semua yang masuk TV3 tipu Anwar kan?








Kalau dah Jerusalem Post pun sokong, ha, macam mana? Tak ke itu pengiktirafan dari Israel sendiri bahawa mereka suka dengan statement Anwar? Malah, Nik Aziz pun tolak.

No comments:

Post a Comment