Cari dan Mencari

Wednesday 14 March 2012

Lepas Hassan Ali, Kini Che Rosli Pula? Pakatan Sentiasa Maksum!!!


Saintis nuklear PAS tidak layak bercakap soal nuklear dalam Pakatan!!! Kebebasan berakademik!

Nah, seperti yang kita tahu, mengenai projek Lynas, sudah tentu ia mencipta kegerunan yang besar terhadap rakyat, khususnya rakyat Kuantan apabila diceritakan bahawa ianya adalah berbahaya dan sebagainya. Dan tragedi Bukit Merah sentiasa dibangkitkan sebagai contoh bukti untuk menguatkan lagi hujah kegerunan itu.

Tapi sebenarnya, setakat ini, hanya itu sahaja bukti yang mereka kemukakan. Tiada kajian saintifik, atau kajian makmal untuk menyokong dakwaan pembangkang. Sebenarnya, secara jujur, aku pun takut dengan Lynas kalau nak dikira dari kegerunan-kegerunan yang diceritakan semua pihak.

Tapi, apabila tohmahan tohmahan keluar, pihak Lynas, kerajaan serta badan badan berkaitan semuanya mengeluarkan kajia masing masing menggunakan kepakaran yang ada untuk membuktikan Lynas selamat. Sebaliknya, pembangkang masih dengan Bukit Merah, Bukit Merah, dan Bukit Merah.

Satu fakta. Kilang di Bukit Merah dahulu menggunakan monazit, iaitu sisa bijih timah sebagai sumber rare earth mereka, manakala Lynas menggunakan natural rare earth, yakni pure rare earth sebagai bahan mereka. So, secara logiknya, sisa bijih timah, atau tahi bijih timah memang la lagi bahaya daripada benda yang natural kan?

Soalnya, adakah fakta ini diceritakan oleh pembangkang yang asyik dengan lagu 'kebebasan dan ketelusan media serta kebebasan bersuara' tapi pada masa yang sama menyekat segala benda ini dari pihak mereka? Malah, apabila Ahli Parlimen dari pembangkang sendiri yang menyokong Lynas, atas kapasitinya sebagai saintis nukler bersuara, pula disound. Ini kebebasan berakademik? Puihh!!!


"PAKATAN RAKYAT sentiasa komited dan konsisten dalam menentang kerajaan yang hanya mementingkan material tanpa mengira kesannya kepada rakyat. Selaras dengan komitmen ini, PR telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi bagi memastikan keselamatan penduduk dan alam sekitar dari bahaya pencemaran radioaktif.

Kesungguhan PR diterjemahkan melalui protes dan demonstrasi serta majlis-majlis penerangan bagi menyampaikan maklumat sebenar mengenai bahaya Lynas kepada rakyat. Namun, segala usaha PR ini terbantut apabila Ahli Parlimen PAS, Che Rosli Che Mat bertindak membela Lynas."

Baca lebih lanjut di blog Aloq Laloq: Che Rosli Sesudah Hassan Ali?

No comments:

Post a Comment