Cari dan Mencari

Monday 12 March 2012

Takziah Untuk Adik Nurul Nadirah, Dan Malaysians, We Are Actually A Part Of The Blame

Maka hari ini, heboh diperkatakan tentang kematian tragis adik Nurul Nadirah memang menjadi berita sensasi kepada Malaysians. Actually, dah macam setiap tahun kita dengar berita berita yang menyayat hati macam ni. Adik Nurin Jazlin misalannya. Dan ia seakan akan menjadi satu cerita yang tiada penyudahnya.

Kemudian, dari dada dada akhbar, cerita sebegini dibawa ke kedai kopi dan ruang sembang seperti Facebook, Twitter dan MIRC. Ok, tipu. MIRC orang sembang cari awek je.

Bila dah dibawa ke rakyat sebagai bahan sembangan, macam macam cerita yang dibangkitkan. Dan alih alih, akan kedengaran juga cerita seperti polis kita tak buat kerja, kerajaan tak cakna, dan sebagainya. Yes. As I always say, there is always a big room for improvement. An improvement for government and police to deal with this kind of crime better.

But then, kita stop. Pernah tak kita terfikir, kadang kadang, kita ini melabel polis kerajaan dan sebagainya, seolah olah mereka ini, how do I say this, macam mereka ini membuat kerja seperti Tuhan? Mereka perlu buat semua kerja yang ada di atas tanah air ini, dan tak boleh salah walau sikit pun. Tak faham?

Ambil contoh. Ok, kadang kadang orang kata, ah, kerajaan menang pilihanraya sebab kotak undi tak bersih dan dikawal misalan kata. Kerajaan bukannya Tuhan. Kerajaan tak boleh mengawal setiap inci apa yang berlaku di atas muka bumi ini. Bukan kuasa kerajaan pun untuk meletakkan siapa yang jadi PM, sebab, kalau betul pun undian memihak kepada sesuatu pihak, tapi, kalau Tuhan tidak izinkan, biarlah seterer mana pun kerajaan dah spin, tetap Tuhan tak izinkan. Contoh. Kerajaan betul betul bawak sejuta pengundi hantu untuk undi UMNO, tapi kalau Tuhan dah tetapkan Nik Aziz sebagai Perdana Menteri, tetap Nik Aziz naik, kan?

Ok, sekarang cerita pasal kes jenayah tadi. Maka bila timbul kes kes sebegini, kita pantas menuding jari, polis tak buat kerja, lambat bertindak dan sebagainya. First and foremost, kita kena ingat, polis juga bukan Tuhan. Mereka tak boleh pantau setiap inci aktiviti yang berlaku atas muka bumi ini. Unless diletakkan seorang polis untuk seorang rakyat, then maybe polis boleh kawal tingkah laku rakyat negara kita. Mungkin timingnya dengan hebahan Malaysia sebagai negara paling selamat Asia Tenggara lebih membuatkan cerita cerita sebegini kedengaran sinis kepada kita semua.

Indikator untuk meletakkan sesebuah negara itu selamat selalunya berpandukan kepada statistik. Bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dalam suatu perjumpaan tertutup dengan pelajar pernah berkata, selain statistik, perasaan selamat yang dirasakan oleh rakyat itu sendiri menjadi indikator adakah negara kita selamat.

Tapi, kita Malaysians pantas sahaja meletakkan kerja ini semua ke atas bahu polis. Bila perkara macam ni berlaku, kita akan cakap polis tak buat kerja. Tapi, bila macam contoh, dalam road block, ada mat rempit langgar polis untuk larikan diri, dan polis tembak mat rempit ini tadi mati, dan polis akan dilabel kejam pula. Pernah kita terfikir, mungkin, mat rempit yang lari dari polis tadi, dan polis tak boleh tembak dia kerana nanti dilabel kejam, ini yang melakukan jenayah jenayah ini? Pernah kita terfikir, bahawa penjenayah penjenayah yang sewenang wenangnya menghina polis ini, mungkin boleh berlaku lebih kejam terhadap anak kecil? Sedangkan polis boleh mereka langgar, inikan pulak budak yang masih mentah?

Ya, ada dua persoalan yang aku nak bangkitkan. Pertama, sikap kita yang selalu melabel polis sebagai zalim. Betul, tak semua polis itu baik. Tapi bukan polis sahaja. Semua benda lah, orang berniaga ke, pegawai kerajaan ke, malah, kadang kadang ada juga ustaz, yang tak baik. Tapi, bila polis buat kerja, kenapa kita pantas cakap mereka zalim? Nah, bila benda benda macam ni berlaku, kita pula salahkan polis tak buat kerja. Bila polis buat kerja pun salah, tak buat pun salah. Biar betul kita ni. Apa yang kita nak sebenarnya?

Keduanya, komuniti sendiri. Benar, secara formalnya, ini semua kerja polis. Tapi, polis bukan ada 27 juta untuk pantau setiap rakyat. Kita juga selaku rakyat dan ahli komuniti perlu lebih cakna terhadap persekitaran kita. Sebenarnya rakyat hari ini dah mula menjadi seperti robot. Membuat hal masing masing. Asyik dengan Blackberry dan Iphone masing masing hingga tak sedar apa yang berlaku di sekeliling. Mungkin, sebenarnya kita tahu, ada kawan kawan kita sendiri yang buat kerja jenayah ni. Tapi, apa tindakan kita? Marah tak kalau aku cakap kau tak bertanggungjawab sebab tak jalankan tugas? Ha, jangan cakap itu bukan hal aku or what, sebab, itu jugalah yang kau label polis tadi. Perasaan 'a part of the community' itu sendiri rasanya dah menjadi less dalam negara ini. Kadang kadang, sikap tak cakna kita sendiri yang support crimes to happen. Kita dengar kawan kita rempit dan curi barang orang, kita tumpang ketawa. Dan later, kita melalak salahkan polis kerana tak buat kerja. Look for a mirror then man.

Kalau betul polis tak buat kerja, kita tengok, kenapa kadang kadang, benda yang tak masuk akal, macam penemuan mayat, boleh lead kepada polis tadi menjumpai suspek utama. Aku masih hairan macam mana polis boleh cari siapa suspek, padahal bukti kadang kadang susah nak dapat. And yet, bila dah jumpa suspek utama, dah naik court dan sebagainya, kalau kita rasa tak setuju, kita mula salahkan polis kononnya konspirasilah, mahkamah bias lah dan sebagainya. Jangan kita lupa, polis, hakim, semua jalani latihan bertahun tahun untuk mahir dalam profesion masing masing. Selalu aku cakap, tak ada benda yang perfect, tapi, kita kena tengok satu perkara sebaik mungkin. Macam contoh terbaik, isu blogger Arab Saudi yang hina Nabi S.A.W. Polis kita, dapat tangkap orang tu, dan diekstradisikan ke negara asal Arab Saudi. Ini sebagai langkah untuk mengurangkan jenayah. Tapi, ada pula suara menyokong penjenayah ini tadi. Kononnya hak kebebasan bersuara. And you know what it leads to? Yes, hak kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Sampai orang kita berasa bebas untuk membunuh atau buat jenayah sewenang wenangnya, sebab mereka rasa selamat, ada orang yang akan defend mereka dalam membuat apa apa.

Dan ini, aku tak tahu, salah siapa. Nak salahkan semua orang, silakan. But then, check first, adakah kita dah melakukan tanggungjawab kita sepenuhnya sehingga tiada langsung kesalahan yang telah kita lakukan?

Nah, a thought for you to think of.

P/S: Takziah, dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa untuk mereka mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga, Tuhan membalas secepat mungkin kekejaman ini, dan Tuhan melindungi negara Malaysia kita. Kalau sejuta rakyat mendoakan kesejahteraan Malaysia, insyaallah. Ya, ini bukan tanggungjawab Najib, Nik Aziz, Mahathir sahaja. Ini tanggungjawab kita semua, kerana kita semua bertanggungjawab mendoakan keamanan negara kita.

No comments:

Post a Comment