Cari dan Mencari

Sunday 11 March 2012

Jaringan Perniagaan Melayu Dan Permasalahan Sebenar Bahagian 1

Sering tak kita melihat, kadang kadang, ada anak anak kecil, dalam lingkungan darjah darjah, yang keluar, dengan menjinjing bakul di lengan yang berisi kuih-muih, berjalan di sekitar kawasan orang ramai lalu lalang, dan, menjual kuih. Well, dah bawa bakul berisi kuih, jual kuih la dak? Takkan nak jual kereta. Ok, or kerepek sometimes.

What will we think?

Akan ada dua golongan apabila berlaku situasi sebegini. Golongan simple, malas dan negative hanya akan label budak ini sebagai, 'pengemis', atau mungkin ada juga yang akan berasakan anak anak ini digunakan oleh ibu bapa mereka untuk mencari rezeki. Ok, bukan untuk melabel or what, tetapi aku hanya cuba meletak persepsi persepsi yang kebiasaannya timbul dalam kes sebegini.

Tetapi, Alhamdulillah mungkin ada juga dari kalangan kita yang berasa simpati, melihat anak anak kecil ini tadi bersusah payah, membantu keluarga mencari rezeki dan sebagainya. Mana mana persepsi yang timbul dalam kepala kita, itu semuanya spontan, kerana it is a fitrah that kita akan ada thought when something happen, right?

Tetapi, Tuhan tidak sengaja meletak kita akal untuk kita berfikir sahaja. Tindakan susulan juga menjadi satu perkara yang boleh kita lakukan dalam hal ini. Mari kita letak dua situasi. Dua orang beradik membawa bakul kuih, berjalan ke sana ke mari, dan situasi satu lagi, sekumpulan anak anak kecil membawa tisu dan kismis dan sama, berjalan ke sana ke mari.

Ok, at first, the thought will automatically comes to our mind. Fine then, kita letak itu as our observation. Tapi, sebelum kita mula membuat kesimpulan, kita juga patut melakukan an act to identify whether observation kita tadi betul atau tidak.

Seperti contoh, kita jumpa anak anak tadi. Tanyakan kepada mereka, apa yang mereka lakukan. Ok, ini aku juga pernah lalui sewaktu zaman diploma aku. Ada dua beradik yang setiap petang berjalan kaki keliling taman perumahan menjual kuih.

"Dik, 4 keping RM 1 tak mahal ke dik?" tanya aku kepada salah seorang budak tadi. Mungkin abangnya kot, sebab nampak lebih tua. Baya dalam darjah 6.

"Nak buat macam mana bang, gula tepung pun sekarang bukannya murah sangat," jawabnya spontan. Yes, at the age of 11 12, he can talk about harga barang mentah. Dude. Aku darjah 6 sibuk main Pokemon dude! Now, from then, kita boleh start ask more, kenapa dia bekerja, ayah ibu kerja apa dan sebagainya. Well, in this case, ibu mereka kerja membuat kuih, sambil menjaga ayah yang sakit di rumah. Ayah dah tak kerja, sebab sakit. Nah, nampak? Pada usia itu, mungkin mereka kurang mengerti, tetapi sudah pandai dan sanggup untuk membantu keluarga. Kadang kadang, aku juga pernah tumpangkan mereka naik motor balik rumah. Mereka tidak meminta sedekah atau derma, sebaliknya, mereka berniaga. BERNIAGA. Itu usahanya kalau betul betul mereka mahu keluar atau membantu kemiskinan.

Ok, kita tidak mahu condemn about people yang meminta sedekah or what. Kita pergi ke pasar malam atau tempat orang ramai, ada scene ini. Kadang kadang, makcik tiada kaki, buta dan sebagainya. Ya, jangan kita sombong atau kedekut. Rezeki atas dunia Tuhan turunkan untuk kita berkongsi sesama manusia. Nak nak lagi kalau sahabat tadi itu Islam, kita bantu. Nawaitu. Tetapi, yang tak sedapnya apabila ada pula sindiket yang menjadikan meminta sedekah ini sebagai bisnes pulak. Tengahari, hantar orang buta or tiada kaki ini pakai kereta, then petang ambil. Macam cerita Slumdog Millionaire. Mungkin kita tak tahu, and mungkin impossible untuk kita tahu, unless kita investigate. Apa apa pun, pada pihak kita, kita menderma sahajalah dengan penuh nawaitu yang ikhlas.

Oh, macam juga kes anak anak tadi yang menjual kismis dan tisu dan sebagainya. Pakai kopiah. Anak anak tahfiz. Yes, jangan kita tidak sokong mereka, kerana, sedikit sebanyak mereka menjalankan sunnah Nabi. Tetapi, apa yang sedihnya bilamana mereka sebenarnya dipergunakan oleh pihak tahfiz yang tak bertanggungjawab. Menggunakan mereka untuk membuat untung sahaja. Unlike adik beradik dua orang tadi, kadang kadang kalau kita tanya anak anak tahfiz ni, datang dari mana, siapa hantar dan sebagainya, mereka akan lari. Sedikit sebanyak it shows something fishy over there. Plus, lagi tak best, bila kita jalan jalan, tiba tiba nampak budak yang sama ada dalam cyber cafe tengah main game. Dah, lagi steady.

Or maybe, kalau masih ada yang kurang jelas tentang view aku nak tunjuk, boleh baca kisah ini

Ok, kita tinggal dekat situ. Kita sambung cerita berniaga tadi. Melayu. Berniaga. Kita seringkali membayangkan Melayu itu kurang sinonim dengan perniagaan. Sebenarnya, kalau kita perhati, Melayu hari ini sudah sedikit sebanyak banyak melibatkan diri dengan bidang ini. Tidak kiralah kecil kecilan atau besar besaran. Contoh. Jalan tepi jalan, warung goreng pisang, jual burger, pagi pagi ada jual nasi lemak dan sebagainya. So, sebenarnya ramai juga orang Melayu kita yang berniaga. Pagi pagi kalau makcik makcik atau atok nasi lemak tu tak bukak kedai, mahu tak keruan hidup aku nampaknya.

Tetapi, bila kita bandingkan dengan kaum lain, ok, Cina sebagai contoh, kita masih lihat, kedua duanya berniaga, tetapi kenapa nampak seperti Cina lebih mengaut keuntungan yang besar daripada orang Melayu? Alih alih, bila bangkit isu sebegini, ramai yang cakap, ah, Cina meniaga menipu. Ok, maaf kata, tetapi, Melayu pun ramai meniaga menipu. Ramai je aku deal dengan orang Cina yang berniaga jujur. Ok, soal menipu jujur ni, bersifat peribadi lah. Tak elok nak label.

Jadi, apa sebenarnya permasalahan orang Melayu dalam soal perniagaan ini?

Beberapa yang aku rasa aku nampak, mungkin aku boleh share dengan kita hari ini.

Pokok yang paling pokok sekali ialah mentaliti aku rasa. Perbezaan dasar yang kita boleh ambil ialah view kita sendiri terhadap perniagaan. Apabila kita bercakap soal berniaga, apa yang kita nampak automatically hanyalah keuntungan. Maka, bila kita start berniaga, fokus kita more on keuntungan. Sebab itu, kita boleh tengok, banyak perniagaan Melayu yang tak kekal lama. Aku ambil contoh kedai makan. Banyak sebenarnya kedai makan yang sedap sedap orang kita bukak. Betul betul punya sedap sampai orang kata terngiang ngiang lidah ni. Tapi, bila kita macam terasa nak datang semula makan 3 4 bulan kemudian, tahu tahu kedai dah tutup. Kalau kita tanya kenapa, mereka akan cakap, ah, tak banyak untunglah, asyik rugi je. Duit tak rolling rolling pun. So, di mana silapnya di sini?

Ya, asas penubuhan pembukaan kedai makan tadi ialah untung. Dia berniaga untuk untung, bukan untuk mempunyai perniagaan. Betul, siapa berniaga taknak untung. Tetapi, adakah untung atau konsistensi perniagaan itu yang lebih penting? Bila kita buka kedai makan 4 bulan, of course untung kita boleh kata belum ada. And sudah tentu matlamat mencari untung kita tak capai. Tetapi, kalau matlamat kita adalah membuka perniagaan, maka kesabaran dan endurance memainkan peranan. Tahun pertama adalah waktu untuk membina rangkaian pelanggan. Untung memang tak banyak pada masa ini. Tetapi, kalau pelanggan inilah yang kita mampu jaga sampai 10 20 tahun, maka keuntungan 10 20 tahunlah yang kita mampu kecapi. Sebab itu, kita lihat, banyak perniagaan yang berusia berpuluh tahun, kebanyakannya pelanggan adalah orang yang sama. Dan pelanggan baru akan datang over the time.

Ok, panjang dah rasa ni. Harap harap korang ada view dulu. Nanti aku sambung lagi. Lapar pulak. Ok, kedai makan mana nak pergi ni soalnya? Jeng jeng.

No comments:

Post a Comment