Cari dan Mencari

Tuesday 13 March 2012

Realiti Negara Islam PAS

So, do we really oppose Islamic state?

Sebagai Muslim, kita wajib patuh kepada undang undang Allah. Dan mendirikan sebuah Negara Islam sebenarnya antara perkara yang kita harus look forward. Akan tetapi, apa sebenarnya yang berlaku ialah, Negara Islam ini didefinisikan atas dasar apa?

Tahu tak kita semua bahawa, based on Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama tanah air. Apa maksunya itu? Maksudnya, tanah air ini, negara ini, agamanya, Islam. So, tidakkan itu membawa maksud bahawa negara ini negara Islam?

Ok ok, kita paham juga apa yang cuba dimaksudkan dengan PAS punya negara Islam. Tapi, kita tengok semula. Negara Islam macam mana yang betul betul PAS mahukan? A country in the whole is Islamic, right? Macam Acheh? Yes. But then, kita lihat jugak action taken by PAS. Kalau betul mahukan negara yang benar benar Islam, antara lainnya boleh amalkan hudud dan sebagainya, mengapa PAS sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP yang terang terang menentang Islam? Bukan sahaja menentang, malah, ada dalam kalangan pemimpin Melayu Pakatan yang secara terang terang menghalalkan perlakuan murtad dengan alasan, hak asasi. Adakah negara Islam PAS membenarkan murtad berlaku? Islamkah negara itu sekiranya murtad menjadi suatu perkara halal?

Adakah demi mencapai matlamat membina negara Islam, maka kita sanggup menghalalkan murtad? Please, bukan aku mahu condemn or what, tapi, betul, UMNO ni kalau kita tengok, tak sehaluan sepertimana negara Islam yang PAS idam idamkan itu. Tapi, tanya balik, adakah PKR DAP itu sehaluan dengan negara Islam PAS? Adakah secara jujurnya PAS merasakan PKR DAP boleh membina negara Islam bersama PAS?

Sebenarnya, aku dah lama rasa, perlunya perubahan besar berlaku dalam hal ini. Negara Islam dan hudud sebetulnya sudah perlu berada pada landasan perbincangan. Tapi, PAS pun, jangan sombong. Kalau betul pun PAS nak buat, jangan sombong. UMNO juga Islam. Walaupun tak seIslam PAS (kononnya) kita tak ada hak untuk melabel kafir atau tidak seseorang itu. Akidah terletak pada Allah untuk dinilai. Jadi, kenapa tidak berbaik sangka dan merasakan bahawa UMNO oleh dibawa berbincang, dididik semula jika betul PAS ikhlas untuk mengembangkan syiar Islam, dan duduk semeja membincangkan hal hal sebegini.

Kembang dada dan dabik ke PAS kalau betul katanya perjuangkan Islam, tapi saudara seIslam UMNO sendiri PAS tak boleh tarbiah? Stop talking about mentarbiah DAP PKR, sebab terlalu jelas spinnya bila statement sedemikian keluar. Berapa ramai orang DAP yang dah masuk Islam sejak bersama PAS?

Dan kalau betul tarbiah, kenapa Anwar Ibrahim sendiri sampai berkata, isu khalimah Allah perkara tak waras, remeh? Kenapa dia boleh berkata hak Lina Joy untuk murtad? Betul ke PAS tarbiah? Tak rasa berdosa ke kalau betul PAS dah tarbiah, tapi mereka masih berani dabik dada hina Islam?

Alangkah cantiknya, bila PAS dan UMNO bersatu, dan capai kata sepakat, maka tak mustahil hudud dan negara Islam semakin boleh dilaksana. Kerana, mustahilnya itu lebih jika PAS duduk bersama DAP berbincang tentang hukum Islam berbanding PAS duduk bersama sebangsa seagaman sendiri.

Please PAS dan UMNO, bersatu hati semula demi agamam bangsa dan tanah air. Demi Alif, Ba dan Ta, please.



Ok, video ini mungkin UMNO buat, tapi PAS, jangan buta hati sangat. Bukan semua benda yang UMNO buat tu haram. Mungkin pada mata Allah, ada benda yang UMNO buat halal, ada benda yang PAS buat salah. Sebab kita sama sama manusia. Ada melakukan kesilapan. Kita tidak maksum.

No comments:

Post a Comment