Cari dan Mencari

Tuesday 13 March 2012

Isu NFC, Dan Terbukti Kerajaan Kita Kroni. Or...?



Apa pun, masing masing ada pandangan masing masing. Kak Jat letak jawatan, ada setuju, ada tak. Macam kita juga. Kalau mak kita berhenti kerja, ada yang setuju suruh jaga anak dekat rumah. Ada yang tak setuju kononnya kos hidup tinggi. Semua benda dalam dunia ada yang bersetuju dan ada yang tak.
So, isu NFC menjadi lebih hangat apabila CEO nya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah. Maka, jika dakwaan ini benar, PKR telah menjadi satu check and balance yang baik kerana kita tidak akan berkompromi, kalau salah tetap salah.
Tapi, kita semua pasti, PKR tidak akan berdiam sendiri sehingga UMNO BN itu sendiri yang jatuh, bukan NFC sahaja.
Maka di sini, aku boleh kata, jika disabit kesalahan, pembangkang kini berada di pihak yang benar.
Ops, nanti dulu. Jangan riang sangat. Jangan juga kita lupa, pembangkang boleh undur semula ke belakang garisan fitnah, kerana, kebenaran NFC tidak menapis fitnah yang pembangkang bawa bahawa kerajaan menguasai mahkamah dan mahkamah itu menjadi perkakas kerajaan. Jika benar mahkamah adalah alat kerajaan, nah, sampai mati tak akan berlaku siasatan yang membawa kepada charge di atas berlaku.
Dan, tidak menapis juga fitnah pembangkang, kerana jangan kita lupa, pihak pertama yang membangkitkan isu NFC sebenarnya bukan Rafizi, tetapi Laporan Audit Negara, badan di bawah kerajaan yang mengaudit NFC dan mengatakan NFC tidak mencapai KPI yang ditetapkan. Nah, kalau betul kerajaan mengawal segala galanya, masakan kerajaan mahu membuka pekung sendiri menggunakan badan yang dikawalnya sendiri bukan?

Kan?

Lagipun, isu ini belum jatuh hukum lagi. Macam juga kes Anwar Ibrahim. Sebelum keputusan tempoh hari, penyokong pembangkang rata rata mengatakan mahkamah belum jatuh hukum, so jangan buat pre-judgement. So, same goes to here. Keputusan belum keluar. Apa pun nanti, kita semua terima sahaja keputusannya. Yang pasti, fitnah fitnah pembangkang sedikit sebanyak jelas nyata bahawa mahkamah dan polis bukan perkakas UMNO. Oh, dan SPRM.

Plus, ramai juga yang mengatakan, Muhyidin juga patut didakwa kerana kononnya dia yang mengeluarkan tender ini. Ok, the black and white of this story aku bukan jelas sangat, pasal aku bukannya ada sama Muhyidin masa dia luluskan, tapi, mari kita fikir sejenak.
Engkau nak merancang buat majlis kahwin, jadi kau upah seorang wedding planner. Mungkin, kenalan rapat kau. Kau pun percaya kepada dia. Bagi tanggungjawab pada dia untuk organize wedding tu. Tup tup, tahu, wedding planner tadi tu, lari. Pecah amanah. Duit tadi, dia buat beli benda lain. Polis dah siasat dan apa semua. Persoalannya, sebagai orang yang mengupah tadi, adakah kau bersalah kerana wedding planner tadi pecah amanah?
Yes, mungkin, semasa proses meluluskan sesuatu, keputusan lebih tegas boleh diambil, contohnya, suruh buat dulu separuh jalan NFC ni, tengok progres, dan baru lulus seluruh bajet. Still, itu tak meletakkan kau secara totalnya salah, kan?
Ok, lagi, mari kita ambil view perletakan jawatan Kak Jat. Ops, sabar, ingat, kita dah cakap, salah ke tak, itu mahkamah decide. Tapi, salah atau tak, Kak Jat tetap dah letak jawatan. Kau tahu maksud integriti?

Pernah dengar cerita, menteri Mesir kononnya kantoi tengok video lucah, and end up letak jawatan? Pernah dengar cerita menteri Jepun tertidur dalam meeting, and end up letak jawatan? Yes, in this case, ada dakwaan, belum tahu keputusan, tetapi letak jawatan. Soalnya? Integriti. Betul atau salah, dia tahu, sedikit sebanyak imej kerajaan sudah tercalar kerana isu ini, so, atas rasa tanggungjawab dan maruah, dia letak jawatan. Walaupun belum tentu salah. Oh, and bukan dia pun kena tuduh. Laki dia.
Macam contoh. Anwar Ibrahim. Dituduh masalah moral dalam mahkamah. Belum tentu betul atau salah tempoh hari, tapi, ada Kak Wan letak jawatan demi integriti? Tak, dia lawan katanya. Katanya konspirasi. Katanya fitnah. Entah, kalau betul konspirasi, aku pun tak paham kenapa dia tak kena penjara. Jelas tak dia dah fitnah mahkamah kata mahkamah perkakas UMNO? Ok lah. Itu laki dia kena dakwa, so, mungkin dia tak ada kena mengena.

Nah, Badrolamin. Kena tuduh khalwat. Kena tuduh. Ada dia letak jawatan? Tak, tetap tidak. Katanya konspirasi juga. Malah, katanya Tengku Mahkota support dia. Bila Tengku Mahkota nafi, hah, diam. Ok, jujur, kalau aku jumpa isteri aku dalam bilik dengan orang lain, aku pun hentak laki tu. Dayus kau tahu? Maruah kau tahu? Mana nak letak air muka? Ok, kita biar. Itu, biar mahkamah putuskan.

Pokoknya, yes, kita akui, pembangkang ada benarnya dalam kes ini, tapi, ingat, secebis kebenaran sahaja tak menutup bangkai gajah yang ada.

Plus, ada 27 juta suara dalam Malaysia. Kau tak boleh expect 27 juta orang bersetuju atau menentang perletakan jawatan seseorang. Tapi, kau juga tak boleh cakap seseorang itu letak jawatan ikhlas atau tak. Kita bukan Tuhan membaca isi hati nawaitu seseorang. Cuba bersangka baik sedikit sesama manusia. Tak salah.

No comments:

Post a Comment