Cari dan Mencari

Wednesday 29 February 2012

Sebenarnya, Akui Bahawa BR1M Adalah Rasuah Kerajaan.


Hehehe, now we're talking.

Yes. Bantuan Rakyat 1 Malaysia, terus mendapat tempat di hati rakyat menjadi kontroversi sejak dari mula diumumkan oleh Najib Razak, sehinggalah kepada pemberian yang sedang berlaku sekarang.

Well, tuduhannya? Ini semua gula gula pilihanraya Najib. Gula gula!!!

Ops, sabar sabar. Jangan suka sangat.

Gula gula? Well then, mari kita tengok dahulu perjalanan hidup BR1M.

Seawal Najib mengumumkan mengenai program ini, woh, laju terus mereka kata, negara akan bankrap, ini duit haram (hm, siapalah pemimpin yang cakap duit haram ni), duit ini semua pinjaman dari Bank Dunia, itu ini, dan macam macam lagilah. Tertunggu tunggu juga kot depa nak cakap Najib pinjam duit Rosmah ke apa kan? So, konklusi di sini, BR1M ini tak patut! Jijik! Haram! Kami tak akan ambil walau sesen! Ha, begitulah gamaknya nada dan intonasi yang diberikan.

Fast forward to today, hari di mana pemberian ini sedang berlaku. Dan, ok, kita tak perlu la cakap siapa yang dapat kan? Kita assume mostly rakyat Malaysia yang layak, dapat merasai pemberian ini. But then, terfikir sekejap. Adakah yang dapat semua ni, semua orang Najib? Maknanya orang yang menyokong kerajaan? Amboi, orang tak sokong kerajaan sorang pun tak dapat? Takkan lah, Pak Jib cakap semua dapat, tak kira siapa janji layak kan?

So, mestilah ada yang dapat juga dari kalangan pembangkang kan? Eh. Sekejap. Betul ke? tapi, tadi mereka kata, duit ni haram, negara bankrap, duit pinjam Bank Dunia lah semua. Aik, macam mana ni? Kalau betul, kenapa diambil lagi? Kata lagi, rasuah pilihanraya? Amboi, kalau rasuah pilihanraya, Najib pun berdosa bagi rasuah, yang engkau ambil duit rasuah tak berdosa ke bang?

Eh. Tak. Mana ada. Sekarang bunyi dah lain. Diorang dah mula cakap ayat, "Salah ke kami ambik? Bukan duit UMNO pun. Ini duit rakyat."

Amboi, pandai. Tahu pulak cakap lain pulak sekarang ye? Amboi amboi. Tak rasa pulak bersalah ke tolong negara bankrap? Tak rasa bersalah ke ambil duit haram? Eh, aku ni pun satu. Tak rasa bersalah ke kutuk orang? Ok, maaf maaf. Ter-emosi sikit. Hehe. Ok, then, sekarang, kita terimalah, tak kira lah penyokong mana mana, kita doa supaya dapat membantu ringankan beban.

Ops, tunggu dulu. Belum habis. Apa yang belum habis? Cerita belum habis, duit dah habis. Nah. Bila duit dah habis, berdendanglah semula lagu lama. Duit tu habis buat apa, tak tahulah. Harapnya buatlah benda baik ya? Sekarang, keluar pula dakwaan, alah, duit rasuah pilihanraya. Lagi, ada juga yang cakap, "Kau jangan jadi bodoh. Setakat RM500, jangan termakan dengan tipu daya Najib tu."

Bang, meh saya nak cakap. Abang tu, yalah, mungkinlah kaya, nak nak yang bercakap tu orang yang keliling Malaysia berceramah. Sebab dia kaya, pernah jadi Menteri Duit, mana tak kaya. Abang tengoklah RM500 tu sikit bang, tapi cuba bayang perasaan nelayan, petani semua dapat RM500 tadi. Tak ke besar tu pada dia. Apa, abang nak hina diorang sebab nampak RM500 tu besar? Jangan takbur bang.

Plus, gula gula pilihanraya? Ehem ehem. Ada juga sorang abang tu, ada juga cakap, kalau menang nanti, nak juga bagi cikgu RM500 sorang, lepastu, nak bagi surirumah duit lah, apa lah. Eh, tu bukan gula gula pilihanraya ke bang? Kita akui, BR1M mungkin gula gula, tapi at least, gula gula ni rakyat dah dapat. Yang gula gula orang tu cakap, berjanji jelah. Takut nanti karang kempunan orang Malaysia makan gula gula dia. Haha. Mana yang terasa, adik minta maaf ya. Challo bette.

No comments:

Post a Comment