Cari dan Mencari

Monday 28 May 2012

Anwar Selamba Menipu Di Twitter !!!

Kalau dalam Twitter pun dia boleh selamba je menipu hidup hidup, dalam benda lain tak tahulah. Tak percaya? Jom kita tengok.


Dalam Twit di bawah, ada orang bercakap tentang Tunku Abdul Rahman keluar UMNO, lalu Anwar terus Twit kononnya Tunku itu pengasas UMNO, jadi kalau Tunku cakap tentang UMNO, ada kredibiliti.

Kemudian, ada pula orang Twit dia, bukan ke pengasas UMNO Onn Jaafar. Anwar pun terus je jawab, benar. Dah, mana satu betul ni? Ha, hal pengasas pun dia boleh spin. Steady betul Anugerah Tuhan sorang ni.

Sunday 27 May 2012

Mahukan Perdana Menteri Yang Tidak Menghormati Rukun Negara???

Jadi, kita tahu, Rukun Negara menjadi asas kepada negara Malaysia, dan ia juga menjadi asas kepada manusia yang mahu digelar rakyat ata warga kepada negara ini. Bukan?

Ok. Kalau dalam Islam, rukun Islam melengkapkan kita sebagai orang Islam. Macam tu juga Rukun Negara Malaysia. Mematuhinya membuatkan kita sebagai salah seorang warga negara yang sah.

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang Undang.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan.

Cuma. Pada aku, melalui politik yang dibawa oleh pembangkang dewasa ini, nampak seperti, kelima lima rukun cuba dilanggar oleh mereka. Atau sedikit sebanyak mengajar rakyat untuk melanggarnya.

Tengok sahajalah. Promosi LGBT sana sini, untuk agama mana mana sekalipun, memang menjadi suatu taboo. Tapi, hanya kerana 'hak asasi manusia', maka ada segelintir yang menyokong kuat fahaman ini. Tidakkan ini sudah menolak kepercayaan kepada Tuhan?

Soal kesetiaan Raja dan Negara memang dah terlalu terang benderang mereka melanggarnya. 'Republik Malaysia' sahaja sudah jelas menunjukkan yang mereka cuba menolak kesetiaan ini. Dan berapa kali juga sudah kita didengarkan dengan beberapa pemimpin ini yang menghina dan memburukkan negara sendiri di negara lain. Mana pergi kesetiaan kepada negara?


Kesetiaan Raja?



Republik Malaysia?


Beberapa hari lepas, ada aku terbaca satu komen dari satu kawan. Dia cakap, "ubah kerajaan sekarang sebelum negara kita jadi macam Indonesia, yang mana orang kaya menjadi sangat kaya, dan orang miskin menjadi sangat miskin. Sebab rasuah UMNO terlalu gila!"

Aku tergelak. Dia sedar ke apa yang dia cakap? Indonesia jadi begitu, sebab mereka juga merupakan kerajaan republik hari ini, yang diasaskan melalui demonstrasi rakyat 1970 dahulu! Dan inilah hasilnya jika kita berdemo dan berepublik.

Keluhuran perlembagaan? Kalau benar mereka percaya kepada luhurnya perlembagaan, maka tidak sewenang wenang mereka menafikan Islam sebagai agama tanah ini. Tapi tidak. Ini juga cuba diterapkan oleh pembangkang kita.

Dan sudah tentunya, kedaulatan undang undang. Hahaha. Kelakar. Terlalu banyak contohnya. Even mahkamah sudah mengeluarkan arahan tidak mendekati Dataran Merdeka, tapi, ada mereka dengar? Nah. Tak nampak ke yang mereka sememangnya mengajar rakyat untuk tidak mendaulatkan undang undang? Dan protes demo sana sini jugalah yang meletakkan rakyat kita bukan lagi sebuah rakyat yang berbudayakan kesopanan dan kesusilaan.

Kerajaan UMNO juga tidak sempurna. Tapi, nah, antara kedua ini, aku memilih kerajaan yang sekurang kurangnya menekankan aspek nilai murni, or paling tak pun, menghormati rukun negara.

Sebab, Islam juga mengajar, untuk mendekat perkara yang baik baik. UMNO itu tak lah baik betul, tapi, kalau nak banding dengan pakatan jahanam, haha, kita nampak mana yang lebih baik. Dah. Jangan cakap soal rasuah. Jangan cakap macam diri tu maksum. Kalau benda benda kecil macam ni pun kau tak mampu buktikan yang kau boleh ikut, kau masih nak bising soal rasuah? Pfft.



And yes, because of power, arrogance and being greedy, nothing is impossible.

Thursday 17 May 2012

Akhirnya, DAP Mengajar Budaya Rasuah !!!

Maka, selepas 3 kali Bersih dianjurkan yang antara lain menggesa supaya rasuah dihentikan, dan juga laungan Demokrasi dan kebebasan bersuara yang diuar uarkan oleh parti cauvanis DAP, hari ini terdedah lagilah tembelang demi tembelang parti yang paling racist di Malaysia ini.

Oh, dan jangan juga kita lupa, Lim Guan Eng ini jugalah yang sibuk melaungkan CAT ( Competency, Accountability, Trancparency??? ) di Pulau Pinang, padahal dialah sebenarnya yang paling sibuk bermain rasuah.

Kenapa aku kata sedemikian?

Yes. Selain menipu kaw kaw tentang demokrasi bersuara sehingga meminggirkan Tunku Aziz hanya kerana meluahkan perbezaan pendapat yang kononnya bertentangan dengan pendirian parti, Tunku juga cuba dirasuah oleh Lim Guan Eng sebanyak RM 50,000 dan jawatan senatorship supaya menarik balik perletakan jawatannya!

Kepala bapak engkau lah Bersih! Nah, baca selanjutnya di MyMassa. Kasi paham. Jangan sampai buta kena cucuk hidung dilembu DAP. Melalak sangat kononnya Kak Jat yang menglembukan penyokong UMNO, padahal kau orang kena lembu bodoh bodoh je sama DAP ni.

Wednesday 16 May 2012

PAS Itu Islam, Kenapa Kau Tentang? Kafir Tahu?

Ya. PAS itu perjuangannya Islam, UMNO pula perjuangannya Melayu. Jadi, kalau kita pusing kot mana pun, kita perlu perjuangkan Islam dahulu melebihi apa apa pun kan?

Ya. Aku tak pernah menentang perjuangan PAS menegakkan Islam. Malah, aku selalu rasa, apa yang kurang pada UMNO adalah perjuangan Islamnya mungkin tidak seserius PAS. Berapa kali dalam aku fikir sorang sorang aku akan kata, bila aku nak masuk PAS ni sebenarnya?

Jadi, aku balik kepada asal usul kedua duanya. Eh, apa ni. Bunyi macam aku ni orang UMNO pulak. Hahaha. Bukan. Aku bukan orang UMNO. Cuma kebetulan perjuangan aku ada sedikit sama dengan UMNO, ada sedikit sama dengan PAS. So, sebab itu tidak untuk aku menolak 100% keduanya, tapi tidak juga untuk menerima sepenuhnya.







Pahlawan.


Jadi, UMNO seperti kita tahu, terjadinya apabila persatuan persatuan Orang Melayu semasa itu mahu bersatu di atas satu platform yang satu. Meaning, di atas perjuangan ini, maka mereka sepakat untuk menubuhkan satu platform menjadi penghubung banyak banyak persatuan ini tadi. Dan tertubuhnya United Malays National Organisation. Maksudnya, bersatu beberapa pertubuhan Melayu ketika itu menjadi satu. Kerana apa? Kerana kita tahu, zaman itu, semangat kebangsaan itu kuat. Selagi namanya Melayu, dan sudah tentu Islam, maka darah Melayu itu membuatkan semangat ini bergema bagi menuntut kemerdekaan.

Cuma, ada segelintir Melayu yang tidak menyokong. Siapakah Melayu ini? Ya, Melayu Melayu seperti PKMM, API dan seangkatan yang bersama perjuangan komunis bagi melawan British penjajah semasa itu. So, kenapa tidak kita sokong PKMM dan API sedangkan mereka menentang British? Ya. Kerananya, walaupun mereka menentang kuat British, tetapi peristiwa peristiwa seperti Bukit Kepong, Sungai Beko Perak dan lain lain telah menunjukkan, tetapi ramai juga rakyat rakyat awam yang telah dibunuh oleh mereka, khususnya Melayu semasa itu. Jadi, walaupun matlamat mereka untuk menentang penjajah itu benar, tetapi matlamat itu tidak menghalalkan cara dengan membunuh mereka yang tidak berdosa.

So, golongan inilah yang menentang kuat kemerdekaan kita melalui rundingan semasa itu dengan British.

Macam mana pula dengan PAS? Ya. PAS juga merupakan UMNO pada asalnya, kerana mereka merupakan golongan Melayu yang merasakan Islam sebagai perjuangan sebenar berbanding Melayu. Ada yang kata, Presiden pertama PAS, iaitu Ustaz Ahmad Fuad menubuhkan PAS kerana tidak dapat bertanding pilhanraya melalui kerusi UMNO, tapi aku percaya, antara lain penubuhannya ialah kerana mahu perjuangan Islam sebagai perjuangan utama berbanding UMNO yang lebih memperjuangkan Melayu. Kerana saf awal pimpinan PAS juga merupakan ahli ahli Bahagian Agama UMNO pada ketika itu.

Jadi aku yakin, asas kepada perbezaan kedua ini adalah perjuangan asal, yakni Islam dan Melayu.

Tetapi, itu tidak bermakna UMNO sebuah parti yang tidak memperjuangkan Islam. Kerana apa UMNO itu memperjuangkan Melayu? Kerana, memang dari dahulu sehingga sekarang, sehingga termaktub dalam Perlembagaan, bahawa Melayu itu beragama Islam. Dan kita juga tidak boleh menafikan kewujudan bangsa Melayu, kerana di dalam Al-Quran juga ada disebut bahawa Tuhan menciptakan kita dari suku suku dan bangsa bangsa yang berbeza untuk kita saling kenal mengenal dan menghormati.






Maksud Melayu.


Jadi, apabila TG Nik Aziz beberapa tahun sudah berkata, malu dilahirkan sebagai Melayu, dan rela dilahirkan dalam bangsa apa sekalipun asalkan dia Islam, aku rasa sedikit terkilan. Kerana apa? Kalau kau dilahirkan dalam bangsa Inggeris, dan kebetulan kau lahir sebagai Islam, adakah yakin kau mampu untuk belajar tentang Islam secara mendalam dan sebagainya? Kita kena terima hakikat, takdir Tuhan yang melahirkan kita sebagai Melayu di Malaysia inilah yang menyebabkan kita ini Islam. Cuba Tuhan takdirkan kau dilahirkan di Ukraine, belum tentu kau Islam bukan?

Ini konklusi yang aku dapat baru baru ini. Kita ini lahir, belum tentu agamanya lagi. Sebab kita lahir lahir, kebanyakannya mengikut agama ibu bapa kita. Tapi kita ini lahir, sudah ditentukan bangsa kita. Maksud aku, kalau aku lahir sebagai Melayu, pusing ikut mana pun aku tetap mati sebagai Melayu, sebab memang itu lah darah kulit aku selamanya. Kecualilah Michael Jackson, dia boleh tukar warna kulit. Tapi, itupun tak menghalang dia dari menjadi seorang yang berkulit hitam dari segi bangsanya.

Tapi, jika kau dilahirkan sebagai seorang kafir, tak mustahil kau mati sebagai Islam. Ini kerana, agama boleh dididik atau diajar semasa hidup.

Dan sepertinya kita maklum, Melayu itu sememangnya Islam. Malah, perlembagaan sendiri menyebut Melayu itu Islam. Jadi, untuk seorang Melayu keluar dari Islam, dia seharusnya keluar dari Melayu dan menjadi bangsa lain terlebih dahulu, dan itu sudah tentu mustahil.

Maka, sebab itulah berdegar degar kita sebagai Melayu perlu mempertahan kemelayuan kita ini. Kerana inilah jati diri kita, jati diri yang membentuk asas agama dalam jiwa kita.

Dan PAS itu juga sebuah parti, bukan agama. Sebagaimana aku bukan ahli UMNO, tak bermakna aku tidak perjuangkan Melayu. Dan aku juga bukan ahli PAS, adakah bermakna aku kafir?

Cuma mungkin, apa yang lebih baik pada aku, adalah jika mereka bergabung, maka sudah tentu PAS dapat menanam lebih jiwa Islam itu dalam UMNO, dan UMNO terus memperjuangkan nasib anak bangsa.

Cuma, ego.

Yes. Ini satu lagi. Pada aku, jika benar asas perjuangan PAS adalah Islam dan bukannya politik semata mata, maka tidak ada alasan untuk dia menolah perpaduan sesama Muslim, kerana ini juga dituntut dalam Al-Quran. Maka, kalau setakat cakap perjuangan berlandaskan Al-Quran tapi tidak praktikkan amalannya, maka pada aku, perjuangan itu adalah satu retorik, dan hanyalah berbaur politik semata mata.

Apapun, feel no hesitated to comment below and share pendapat masing masing. Tak apa. Saya Melayu saya Islam. Saya bukan DAP yang terus buang ahlinya yang memberi pendapat. Hahaha.

Sabarlah Tunku Aziz.

Saturday 12 May 2012

Perhimpunan Sebenar UMNO !!! Kereta Polis Diterbalikkan?


Kereta diterbalikkan di luar Stadium Bukit Jalil semalam.


Sebenarnya, lantaklah UMNO ni nak berhimpun pun, sebab aku rasa, dia berhimpun elok je diam diam dalam dewan tu. Alah, kalau kita ada nak himpun Hari Keluarga pun kita nak buat besar besar tapi tak menyusahkan orang kan? So, anggap jelah depa ni berhimpun Hari Keluarga dia.

Cuma, aku rasa ok pasal bila dia buat dekat dalam stadium, at least boleh membuktikan bahawa kalau kita nak berhimpun ramai ramai, tak kisahlah 10 ribu ke, 30 ribu ke, 100 ribu ke, 300 ribu ke, hatta 9 juta orang sekali pun, selagi dia buat dalam dewan or stadium dan tak mengganggu ketenteraman awam dan mematuhi peraturan, then it's fine.

Himpunan Hijau Kuantan Februari lalu pun dah buktikan, bila kita follow betul betul arahan polis dan sebagainya, then everything can be under control.

Dah. Jangan kalut kalut. Jom kita layan video puak puak Afdlin ni. Tak boleh blah betul aku. Hahaha. #bangkangdarilongkang






Bangkang Dari Longkang!

Friday 11 May 2012

Boikot Bar Council !!!

HOT! MAJLIS PEGUAM DIBUBARKAN?



KUALA LUMPUR 11 Mei - Sebuah badan guaman baru yang bebas daripada pengaruh politik perlu diwujudkan bagi menggantikan Majlis Peguam.

Ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek berkata, langkah itu perlu memandangkan Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti.

"Kewibawaan Majlis Peguam sebagai sebuah badan non-partisan sudah dicemari agenda-agenda politik pemimpin dan parti pembangkang.

"Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Profesion Undang-Undang 1976 dalam usaha mewujudkan sebuah badan guaman yang bebas daripada campur tangan politik serta menjadi badan yang berintegriti dan dihormati," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abu Backer, badan alternatif itu diharap akan menyediakan peluang yang lebih demokrasi dan profesional kepada peguam di negara ini - UM
 
Aliff - Yes. Aku setuju sangat sangat benda ni. Kerjaya profesional macam peguam especilly, even nak bias dengan client pun tak boleh. Sebab kena mengikut profesionalisma mereka sebagai peguam. Apatah lagi untuk bersikap bias kepada politik. Sebab dah tentu boleh involve perception and image kepada certain certain side. Macam contoh, kalau Majlis Peguam sendiri dah side ke government or pembangkang, mereka sendiri dah langgar etika profesionalisma mereka untuk be neutral, dan bercakap based on fact. Kalau dah peguam pun tak ikut undang undang, siapa lagi kita nak percaya? Please, please. Well, in this case, apa yang aku nampak, kita rakyat biasa tak lah boleh buat apa sangat, sebab kita bukan terlibat dengan Majlis Peguam. Tapi, peguam peguam sendiri perlu guna kredibiliti dan kefahaman dalam diri untuk fikir benda ni, and, kalau boleh boikot, just boikot and bernaung bawh badan baru.
 
What we can do as orang biasa is kita boleh tengok muka muka yang ada dalam Majlis Peguam yang bias ni, and berhenti menyokong apa yang mereka perjuangkan. Well, kalau betul apa yang diperjuangkan tak apa, tapi kalau dah bias, kita boikot je terus pihak pihak macam ni.
 
Macam contoh, Kesatuan Wartawan baru baru ini boikot kononnya polis bertindak kejam terhadap mereka, tapi mereka cuba menutup fact yang peserta Bersih juga terlibat dalam huru hara yang tercetus tu, dan kenapa perlu put all the blame on police kan?
 
So, bila ada bias sikit sebanyak, takut nanti akan ada agenda agenda tertentu.

Antara Ketenteraman Awam Vs Ketenteraman Ambiga !!!

Nah. Aku bangun bangun tidur, buka surat khabar alam maya, ternampak berita yang menceriakan pagi aku.





DAP gesa polis ambil tindakan Perkasa berhimpun.



Ambiga dakwa peniaga perlu pergi mahkamah.

So dah nampak? First and foremost, kepada penyokong tegar DAP DAP ini. Kau ingat mereka ni ikhlas sangat ke dalam BERSIH yang kau orang sokong tu?

Diorang ni, kena sergah depan rumah sendiri, depan pejabat pun dah melatah panggil polis. Lepastu, dia kata polis tak buat kerja. Oh. Pandai. Habis, yang masa kau orang berhimpun, polis kawal bekerja tu, tahu pulak nak maki polis buat kerja kan?

DAP kata, PERKASA mengganggu ketenteraman Lim Guan Eng dan ahli akibat daripada perhimpunan ini. Stop. Bersih 0.3 itu hari kau tak kata pulak mengganggu ketenteraman kan? Kalau kau nak kata sangat dekat KL itu hari tenteram, jangan menipu la. Malah, tahap gangguan ketenteraman itu meluas sampai ke kehidupan masyarakat kita, bilamana rakyat bercakaran sesama sendiri akibat dari kebangangan Bersih 0.3 itu.

Ambiga kata, peniaga perlu bawa ke mahkamah sebarang tuntutan. Pfft. Bersih 0.3 tempoh hari, mahkamah dah keluar arahan untuk kosongkan kawasan sekitar Dataran Merdeka, ada Ambiga hormat keputusan mahkamah? Kau ingat orang percaya ke kat kau Ambiga kalau nak bawa kes kes ke mahkamah ni ha?

Tolonglah. Macam mana entah lagi aku nak tarik mata puak puak ni kasi sedar sikit 'keikhlasan' sebenar pemimpin pemimpin perjuangan kau ni.

Monday 30 April 2012

UMNO Suruh Saya Arahkan Rusuhan - Anwar Ibrahim

Nah. Sekarang, sudah semakin banyak video video keluar menceritakan tentang Bersih. Semua sibuk berkata, polis mulakan provokasi, ada pula yang kata, peserta yang mulakan provokasi. Ada lah pula yang kata, polis menyamar sebagai peserta dan mulakan provokasi.

Ramai juga status peserta Bersih dan komen komen yang kata, memang pada mulanya, tiada kekecohan berlaku. Semuanya tenang. Tapi lama lama, mulalah rusuhan. Dan secara kebetulannya, rusuhan bermula dalam lebih kurang tengahari, dan secara kebetulan juga, ada 'seorang' peserta Bersih yang datang ke sana, dan tiba tiba, bum! Rusuhan terjadi.




Dua orang di atas yang saling berinteraksi antara satu sama lain ini adalah SB ye kawan kawan! Mereka merupakan askar upahan UMNO yang diarahkan oleh UMNO/BN untuk memulakan rusuhan. Jadi, semua ini salah UMNO!

Tak percaya? Pada mulanya, Azmin Ali mengaku bahawa Anwar hanya menyuruh dia deal dengan polis. Tengok video. Ada nampak polis? Perasan tak, sejurus selepas Azmin berinteraksi dengan seorang mamat India di bawah tu, tiba tiba mereka membuka hadangan, dan ramai ramai mula merempuh. Aku cuma malu pada seorang pakci yang terlompat lompat bertakbir. Betul lah. Aku rasa takbir sudah menjadi senjata mainan pada mereka.

Tapi, kenapa pula aku katakan bahawa Anwar sama Azmin ni sebenarnya sudah diupah oleh UMNO? Kerana itulah pengakuan Anwar dalam Press Conferencenya. Dikatakan bahawa semua ini salah UMNO.



Lihatlah, Anwar peduli apa sangat dengan keselamatan peserta sebenarnya, asalkan liputan media meluas dan matlamat dicapai. Malah, bila peserta Bersih sendiri yang tanya, dihalaunya peserta itu. Kita tahu, memang cara Anwar, apabila ada sahaja wartawan atau soalan yang tidak menyenangkan pada dia, halau sahaja. Yes people, this is what you called as kebebasan bersuara dan kebebasan media sangat.

Oh, di bawah ni versi panjang sikit.



Ini satu lagi. Pasal Nik Aziz. Dia menfatwakan bahawa rakyat wajib turun Bersih 3.0, malah dia juga mengaku membayar sejumlah wang kepada peserta peserta. Soalan saya, di mana Nik Aziz pada 28hb April lepas? Kenapa dia sendiri wajibkan, tapi dia sendiri tak turun? Nik Aziz, kata wajib tapi sendiri tak turun? Macam mana ni Pok Nik? Wajib ke tak sebenarnya nih? Dah lah. Kau orang, pandai pandai la nilai sendiri.

Mula mula lepas Bersih haritu, bila ramai keluarkan gambar kereta polis diterbalikkan, mereka kata, mana boleh letak gambar. Letaklah video, baru nampak cerita sebenar. Tapi, bila letak video dan baru tahu punca sebenar kereta polis terbalik, mulalah depa cakap, polislah yang menyamar, ada perempuanlah bawah kereta dan sebagainya. Eh, kalau ye pun polis tu menyamar sekalipun, kenapa kau orang pergi ikut? Ke kau orang yang menyamar jadi polis?

Plus, dua orang yang bagi arahan tadi tu, polis ke? Muka macam Anwar sama Azmin, tapi, ish, takkan lah. perut dia bukan besar macam tu.

Kurt Cobain Isn't Dead After All???

Memandangkan politik ni dah macam huru hara, kita ambil a few steps back and release our tension. Enjoy the amazing part of the world.

Tadi gua terbelek belek Kedah Ke KL, terlayan post pasal Kurt Cobain hidup semula, and it is!


Kalau nak lagi feel, lu orang bukak dekat new tab, lepastu pergi layan Facebook ke, buat assignment ke. Tak payah tengok video ni. Memang tersentak kerinduan di jiwa tu. Kurt Cobain, aku harap mu duduk elok elok dekat sana.

Memang sangat real pada gua suara dia. Boleh ambil spirit ni buat teruskan perjuangan!



In Memory. 

Saturday 28 April 2012

Video Video Pasca Bersih 3.0. Pandangan Aku!

So, the so-called 'rally' yesterday dah menunjukkan kepada semua, negara dan dunia apa sebenarnya yang dikatakan sebagai 'Duduk dan Bantah'.

Sudah tentu, soal pertama adalah, 'kenapa polis tak benarkan kami berhimpun di Dataran? Kami bukan mahu buat kekacauan, kami hanya mahu Duduk dan Bantah.'

Pfft.

Maka kesimpulan akhir yang diberikan oleh para protestant ialah, rusuhan berlaku kerana polis tidak beri mereka duduk bantah di Dataran. Nah, logik. Is this a solid reason after all? Kau berjanji untuk duduk bantah secara aman, dan tidak menimbulkan kekecohan. Polis nafikan 'hak' kau nak duduk, and end up, kau lakukan rusuhan dan kekecohan huru hara sebab tuntutan kau tak dilayan. Macam mana orang nak percaya dengan janji kau, sebab belum bagi lagi kau dah buat kecoh macam gila. Nah. Tonton di bawah. Siapa yang buat kecoh? Polis ke? Siapa yang hentak kereta tu?


Ok. Ramai yak percaya video di atas, sebab video PDRM dan TV3 kononnya kan?

Ok, aku share kan video yang dikongsi oleh geng geng protestan sendiri.


Ni ha. Tak percaya pada satu video kan? Ambil video event yang sama dari beberapa angle.


Nah, sekarang kau cakap. Apa dia? Malah, dalam Harakah semalam ada siarkan satu pengakuan 'saksi' kononnya kereta polis diterbalikkan kerana ada perempuan tersepit. No, aku tak akan cakap apa apa. Guna mata dan akal kau orang sendiri dan jadikan sebagai saksi. Where the hell is perempuan tersepit itu!!!

So, kalau polis itu mati, adakah itu baru justice, solidarity dan kebebasan yang kau mahukan? Nik Aziz! Inikah wajib yang kau nyatakan? Adakah kematian polis itu tadi memberi pahala kepada meraka yang menunaikan kewajipan ini? Nik Aziz! Jawab!

So, adakah kekecohan semalam sesuatu yang unexpected? No! Pergi mati sama janji duduk bantah dalam diam kau. Memang kau akan persalahkan polis dalam hal ini kan? Jom kita tengok video bawah ini. Mana polis? Mana dia polis yang kau kata lahanat sangat tu? Sedangkan dengan orang awam yang tak menyokong kau pun kau boleh buat kecoh, dengan polis lagilah lagaknya kau nak kecoh kan?


And, WHY THE HELL ARE YOU SAYING BERSIH? When in fact, apa keputusan akhir demo semalam?


Yeah, again, it's a PDRM video. Ok, taknak percaya sudah. So, tunjukkan video dari pihak kau, di lokasi yang sama dalam video di atas, yang mana bersih dan kekecohan tak berlakunya?

And mereka akan argue, kononnya perhimpunan ini aman pada mulanya. Namun kekecohan berlaku bila polis start serang mereka.

Really people?

Nah, watch this. Apa merah merah lari lari tu? Tak malu ke, Unit Amal PAS? Buat kerja macam ni? Ini ke 'Amal' yang kau orang bangga banggakan tu?


Nah. So, konklusi yang aku dapat? Memang Bersih bertujuan untuk melakukan huru hara. Apa bila pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri memberi option stadium stadium seperti Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil dan sebagainya, mereka menolak. Kerana apa katanya? Ah, tidak ada masa, tidak sempat untuk maklumkan kepada para pendemo. Dey! Kau ingat orang kau bodoh sangat ke tak reti baca? Kalau kau state, berpindah ke Stadium Bukit Jalil, aku rasa semua orang faham lah nak baca. Nah, pendemo, ketua kau pun anggap kau orang bodoh.

Kerana apa menolak? Sebab, kalau dalam stadium, mereka akan berkumpul sesama mereka sendiri. So, kalau nak huru hara pun, orang orang sendiri je yang kena. Tak adalah footage polis kejam akan berlaku kan?

Dan still, semua orang menyalahkan pihak polis dalam hal ini. Terutama para pendemo. Mereka bangga mengatakan, 'ah, kau tak pergi diam. Kami yang pergi tahu hal sebenar.' Yeah. Aku akui aku tak pergi, so aku perlu diam? Baik. Aku boleh sahut seruan ini. Tapi, berapa ramai dari kalangan anda yang berdiri di sebelah ketika Altantuya dibunuh? Berapa ramai dari kalangan anda yang berdiri di sebelah semasa perjanjian Scorpene diadakan? Berapa ramai dari kalangan anda yang berdiri di sebelah semasa Rosmah membeli cincin 24 juta itu? So, kenapa masih bercakap tentang itu?


Kenapa tidak salahkan diri sendiri yang bertindak di luar kawalan? Polis pasang penghalang, kau rempuh, dan kau masih expect polis untuk tersengih?

Apa? Dataran Merdeka itu milik rakyat? Dan kau ada hak untuk berhimpun di sana? So, kami pun bolehlah berhimpun sama dan pukul kau kan? Sebab itu hak rakyat, hak kami juga.

Oh, kononnya kalau hari Kemerdekaan, boleh pulak dipasang khemah dekat Dataran tu kan?

Jangan jadi bodoh. Pasal aktiviti aktiviti macam tu dah diminta permit, dibuat proposal, ada committee members semua untuk organize. Ini, kau ada hantar proposal semua nak minta berhimpun? And end up, it's up to DBKL yang bertanggungjawab menjaga Dataran untuk meluluskan proposal itu atau tidak. Banyak je proposal aku hantar ke HEP yang ditolak. So, bolehlah aku berdemo dekat HEP, macam tu?

Tolonglah pakai akal. Sekarang negara luar dah banyak tersengih dan keliru kerana Malaysia dalam pengetahuan dunia adalah negara yang aman. By the way, terima kasih kerana mencemarkan nama negara. Nah, ini bukan hutang PTPTN, tapi hutang kepada rakyat dan negara kerana telah mencemarkan nama baik negara! Dan aku tak akan halalkan hutang kau ini!

Ambiga Sendiri Akui Polis Hanya Buat Kerja Dan Tidak Bersalah

Hah, melalak budak budak Bersih kata polis jahat. Tapi, kalau ketua kau pun akui polis tak bersalah, kau nak balah apa lagi?

Ini antara cerita pasal polis dekat Bersih tadi dan PAS kurang hajar hina polis!
Baca dekat sini

PAS Kata Padan Muka Polis Mati???

Yes. Aku memang tak mahu ambil port pasal Bersih kali ini, sebab aku assume tak ramai. Kalau ramai pun, hanyalah macam yang itu hari sahaja. Kecoh sana sini, lepastu, blah.

Tapi, bila sampai mereka yang provoke polis, lepastu mereka pula yang tuduh polis serang, itu aku dah angin.



Mereka provoke, polis beri laluan untuk mereka rempuh, and end up mereka salahkan polis kerana menyerang? Wah, apa benda ni? Ibarat seorang perogol menyalahkan mangsa yang menyebabkan dia merogol mangsa itu!




Dan mereka kata, polis itu serang orang mereka. So, halal kah untuk mereka balas macam ni? Ok, ada dengar ura ura mengatakan ada anggota polis yang dah meninggal, tapi aku masih menafikan selagi belum ada kenyataan rasmi.

Nah, kalau benar ada nyawa terkorban, siapa mahu bertanggungjawab? Pak Samad, mahuka kau tanggung anak anggota polis tadi yang telah kehilangan seorang bapa ketika bertugas? Tidak. Mereka akan kata, ah, kerajaan lah kena tanggung, sebab anak anggota kerajaan. Dan mereka masih tidak sedar bahawa tangan mereka yang menyumbang. Halal kah ini Nik Aziz? Wajib kah perhimpunan ini sehingga peserta kau halalkan darah dan nyawa seorang manusia lain?

Nik Aziz! Nyatakan pendirian kau sekarang! Maaf. Aku hormati Nik Aziz dan siapa siapa juga manusia, terutama yang beragama Islam kerana kita saudara. Tapi kalau sampai ada aku terbaca orang PAS kata, padan muka kepada polis ini, that's enough. Kau boleh berkata pada muka kepada seseorang yang berjuang nyawa demi negara? Tidak syahidkah ini jika nak dibandingkan dengan Suhardi Bersih 2.0 kau yang diisytihar syahid, padahal dia hanya berlakon mati?

PAS! Maaf, tapi aku menyeru untuk rakyat Malaysia menilai sendiri!


Thursday 26 April 2012

UMNO Bodoh Takut Bersih!



Kahkahkah. Panas jugak tajuk macam ni rupa. Baiklah. So, isunya di sini, Bersih. Yes. Bersih 2.0 tempoh hari, aku tidaklah kata sokong, tapi aku tak nafikan tuntutan tuntutan yang dituntut oleh 'NGO' ini. Kita perlukan pembaikan dalam sistem pilihanraya kita. Pusinglah kot negeri mana sekali pun, negara mana sekalipun, takkan ada pilihanraya yang bersih. Malah, kalau pilihanraya itu sempurna sekalipun, akan ada orang yang tidak setuju. Aku pernah baca satu buku, surat yang dikarang oleh seorang Pemimpin Hamas kepada rakyat Malaysia. Menteri menteri Hamas katanya tidak bergaji. Tidak mampu menjanjikan bulan bintang langit dan sebagainya. Namun, pada pilihanraya beberapa tahun lepas, mereka menang besar, bukan kerana wang ringgit yang dijanjikan kepada rakyat, tetapi kerana perjuangan membebaskan Palestin. Rakyat mereka mengundi atas nawaitu kepercayaan semata mata. Mereka tidak bergaji. Segala macam perbelanjaan semuanya ditanggung oleh poket masing masing. Dan ada seorang pemerhati politik Amerika mengatakan, kalau dilihat, inilah pilihanraya yang paling bersih dalam dunia.

Tapi adakah pilihanraya di atas bersih? Tidak! Kerana, Fatah dan Yahudi Israel akan mengatakan pilihanraya di atas tetap kotor. So, the point is, dalam dunia ini, even benda itu berwarna putih suci mulus sekalipun, orang yang meminati warna hitam tetap akan kata putih tadi kotor, right? Tidak ada benda yang boleh memuaskan hati semua pihak.

So, berbalik kepada Bersih. Dalam Bersih 2.0 yang lalu, mereka menuntut beberapa tuntutan. Dan melalui PSC yang ditubuhkan oleh parlimen, segala macam tuntutan itu tadi telah diambil kira dan ditambah baik, melainkan menuntut tempoh berkempen 21 hari, yang mana PSC dan SPR hanya mencadangka 10 hari, kerana waktu berkempen yang lama banyak memberi impak negatif kepada negara.

Pertama, ingat rakyat ni suka sangat ke kena kempen lama lama ni ha? Kalau 3 hari berkempen pun aku rasa dah sesak, inikan pula 21 hari? Plus, mana nak cekau duit nak kempen lama lama? 4 tahun masa diberi untuk setiap wakil rakyat menjalankan kerja betul betul untuk rakyat. Kalau betul betul ikhlas, rakyat boleh nampak kerja kau. Ini tidak. Sikit sikit berdemo, sikit sikit berhimpun, sekejap karang keluar negara. Dah, bila mana kau jaga rakyat kawasan kau? Kalau Pak Menteri ke, EXCO ke aku paham la, sebab ada urusan rasmi kerajaan. Ini tidak. Ahli Parlimen biasa je. Tapi keluar negaranya mengalahkan Perdana Menteri. Tak tahulah apa tujuan sebenar keluar tu.

Itu satu. Kedua. Hish, aku cukup cukup tak berkenan dengan demo demo perhimpunan semua ni. Macam contoh baru baru ni. Demo Anti-PTPTN. Ok lah. Aku tak tolak lah, mungkin ada orang yang tak suka dengan PTPTN. Habis, macam mana dengan yang nakkan PTPTN diteruskan? Kalau semua benda nak diselesaikan di jalanan, memang berjuta la macam tu orang berhimpun. Sebelah side berhimpun nak mansuh, sebelah side berhimpun taknak mansuh. Dah, bila semua orang nak buat kerja dan memajukan diri sendiri?

Siap ada lagi orang argue, mereka berhimpun bukan langgar undang apa apa. Walaupun undang undang DBKL melarang berhimpun sesuka hati di tanah jagaan DBKL, tapi mereka argue, ia tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan. Ni aku nak cakap. Kalau aku pergi rumah kau, pasang khemah depan rumah boleh? Peduli apa aku itu rumah kau, bapak kau dah beli tak benarkan apa semua. Perlembagaan Persekutuan aku benarkan, apa ada hal? Janganlah macam tu. Hanya kerana nak voice out opinion, kau tak boleh buat sesuka hati. Habis, kalau macam tu, semua orang datang berhimpun pasang gerai sesuka hati je lepasni dekat mana mana. Kalau ada PBT yang datang halau, cakap je Perlembagaan Persekutuan, macam tu? Kau boleh tengok tak ke mana hala tuju mentaliti rakyat yang memang diajar untuk melanggar undang undang? Even kalau betul lah terjadi Anwar jadi PM through jalanan, habis, zaman dia nanti, semua orang pun tak ikut undang undang. Membina sebuah bangsa bukan mudah. Tengok macam Singapore. Lee Kuan Yew dikritik pada awal, sebab kenakan undang undang yang maha ketat. Buang sampah merata, denda mahal gila babi tak masuk akal. But end u, tengok mereka sekarang? Mereka boleh dikelaskan sebagai mentaliti negara maju.

Kerajaan kita dah bertahun tahun nak dididik orang kita supaya menjadi bangsa yang bertanggungjawab. And Rome wasn't built in one day bro. And end up, bila kita dah berada pada landasan, datang pula sekumpulan manusia yang mendidik kita untuk langgar segala macam undang undang yang ada atas nama hak asasi dan kebebasan.

Kau ingat dunia ni abah kau punya? Dunia ni milik Tuhan, milik tumbuh tumbuhan, milik segala macam isinya. Kalau kita bebas melakukan apa apa, aku boleh pergi ke seorang perempuan cantik dan rogol dia. Sebab itu hak aku untuk merasa dia, macam tu? Please. Tuhan bagi kita akal, bagi kita agama untuk didik diri kita. Bukan boleh buat benda sewenang wenangnya.

Aku akui, ramai yang sokong Bersih. Tak kiralah atas kapasiti apa sekalipun. Tapi, ramai juga yang tak sokong. Kau kena terima fact tu. Habis, kalau kami yang tak sokong ni nak luahkan, kami kena berhimpun jugalah? Lepastu, bila dah ramai ramai duduk atas jalan tu, provoke each other, tak mustahil boleh berlaku kekecohan? Dan at the end, siapa yang kau salahkan? Polis jugak. Sebab itu, polis benarkan perhimpunan diadakan, tapi di tempat yang dibenarkan. Stadium misalannya. Ataupun Padang padang yang dah dicadangkan, bukan di tengah tengah bandar. Sebab, seperti kami faham yang kau orang hari Sabtu memang tak ada kerja nak buat, suka suki dan nak pergi berhimpun, kenapa kau tak boleh faham yang ada juga orang yang tak mahukan perhimpunan ini.

Oh, satu lagi. Nik Aziz ada keluarkan dalam Harakah kemarin, wajib untuk rakyat Malaysia turun Bersih. PAS dah arahkan semua ahli turun bla bla. Ok, I got it. Turun berhimpun menentang kezaliman pemimpin. Aku faham. Tapi kenapa bila Himpun tempoh hari jemput PAS sertai sama, tidak ada pula fatwa wajib? Malah, siap cakap, PAS tidak akan terlibat dan nasihatkan ahlinya tidak turun. Siapa mahu turun, atas kapasiti peribadi, bukan parti. Aik, hang kata PAS ni perjuangkan Islam. Adakah menentang kezaliman pemimpin adalah LEBIH WAJIB berbanding mempertahankan akidah? Kalau macam tu, biarlah murtad sekalipun, janji pemimpin yang zalim kita tentang, macam tu? Please. Tak ada sorang pun lagi orang PAS yang jawabkan untuk aku hal ni.

Demokrasi is not about voicing out your opinion. It's about listening to them, and tolerate. Entah ke mana perginya budaya Timur yang lama dah diterap berkurun dahulu akan hal bertolak ansur. Tapi hari ini datang sekumpulan manusia yang 'pergi-mampus-sama-adab' janji suara aku didengar.

I'm not saying our government is ok and pembangkang is bad. But orang yang menyeru kebaikan aku rasa lebih baik daripada orang yang menyeru kejahatan. Tak kisah lah atas alasan apa sekalipun.

Oh, and jangan nak bangga sangat lah turun tu. Aku tahu lama dah Bersih ni nak diadakan. Tak kiralah tuntutan dipenuhi atau tidak. Sebab niat sebenar hanyalah berhimpun, bukannya menuntut apa apa. Tak pecaya? Tengok video bawah ni. Bulan Februari lagi Anwar Ibrahim and the geng dah canang pasal Bersih 3.0.

KJ And Ambiga Pun Aku Rasa Dua Dua Tak Boleh Jawab Soalan Ini!!!




Ini memang epic la orang kata. Hahaha. Menangis Ustaz Kazim aku rasa nak jawab. Kalau Anwar ke, KJ ke, Najib ke, Ambiga ke, hatta Pak Samad pun, kalau ditanya, mahu berhenti jadi orang masing masing. Haha. Memang winning!

Aku jumpa dekat MPP Online

Sunday 22 April 2012

Kalau UiTM Boleh Yuran Murah, Bolehlah Hapuskan Yuran IPTA Lain Kan?

Yes. Ini antara hujah hujah yang aku terima dari rakan rakan aku yang menyokong betul pemansuhan PTPTN. Dan still, aku tetap denga pendirian untuk tidak menyokong pemansuhan ini!

Pertama. Aku nak bawa kita semua lihat 'demokrasi' yang dimainkan Pakatan Rakyat. Apa makna demokrasi? Maknanya, suara majoriti, kan? So, kita dapat lihat, ada beberapa kerat pelajar yang menyokong pemansuhan ini, and kita faham, dalam hidup ini, tak semua orang akan menyokong 100% tentang sesuatu perkara. Tapi, macam mana pula dengan suara yang membantah pemansuhan PTPTN? Kalau 300 orang Adam Adli menyokong pemansuhan, bagaimanadengan ribuan lagi yang membantah? Mana pergi demokrasi? Takkan bila pihak pembangkang menyuarakan sahaja, maka kita perlu akur, sedangkan ramai lagi yang tak sependapat dengan suara mereka. Nampak jelas, bahawa laungan demokrasi pembangkang selama ini adalah retorik semata mata. Tipu! Sebab kalau benar mereka telus, mereka juga perlu dengar suara kita semua yang membantah, sepertimana kita mendengar dan meneliti hujah mereka untuk memansuhkan PTPTN.

Satu lagi, kenapa UiTM yuran murah? Kenapa tak boleh dibuat di IPTA lain? Melayu, kita kena faham satu perkara. UiTM di bawah MARA. And MARA ini tujuannya khas untuk membantu Melayu yang kita perlu akui dan tak nafikan, memang agak ketinggalan dalam bidang education berbanding kaum lain. Jadi, sebab itu, dengan usaha daya MARA, merangka UiTM untuk membantu Melayu yang kewangannya tidak segah kaum lain, dan memberi peluang kepada Melayu tadi untuk menyambung pengajian in order for them to have a brighter future. Jangan lihat pada UiTM sahaja. Kita lihat pinjaman MARA. Pinjaman MARA memberi kelonggaran untuk pelajar menjadikan ianya sebagai biasiswa kalau dapat pointer sekian sekian, dan bayar 75% kalau pointer sekian sekian. Kenapa? Kerana, MARA memang tujuannya khas untuk membantu Melayu semata mata.

Berlainan dengan PTPTN, ianya untuk kesemua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum. Ini kerana, selepas MARA membantu Melayu, timbul juga kegusaran, tidakkan kerajaan membantu kaum lain yang mungkin juga ada yang tidak berkemampuan dari segi financial nya. So, dengan PTPTN, pinjaman disediakan untuk mereka menyambung pengajian. Sebab itu, kebanyakan universiti or kolej swasta menawarkan pinjaman PTPTN kepada bakal pelajarnya, kerana mungkin juga mereka ini tidak mampu. Dan adat meminjam, perlulah memulang semula duit tadi, ye dak? So that, duit pinjaman tadi boleh rolling dan digunakan untuk adik adik kita nanti belajar.

Habistu, kenapa MARA bole buat pinjaman bayar sikit and PTPTN tidak? Ingat, PTPTN skopnya luas, unuk membantu semua kaum. And instead of MARA yang menjaga hak keistimewaan orang Melayu dalam belajar, kita kena juga terima hakikat bahawa tak semua orang Melayu itu pandai sangat berbanding kaum lain. Sebab itu, MARA punya loan agak longgar. PTPTN pula on the other hand, memang untuk semua, dan tujuannya untuk membantu financial support kepada pelajar. So, dah pinjam, kena pulang. But then, untuk membuatkan pelajar kita lebih competitive dan juga memberi peluang kepada kaum lain merasa biasiswa, maka PTPTN telah memberi kelonggaran pengecualian bayaran pinjaman kepada mereka yang mendapat 1st class degree.

Yes, so, kenapa perlukan lagi free education when you can get it right? Free education memang bunyinya mudah, tapi, akan adakah lagi daya saing dan keinginan untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan kita nanti? Plus, ini juga satu bentuk kezaliman kerana kalau kita caj cukai tinggi or guna duit minyak sekalipun, kita kena ingat, tak semua orang akan merasa such kind of insentif kerajaan, kerana tak semua daripada kita sambung pelajaran or berminat untuk menyambung pelajaran kan? So, this is a better way to give an incetive kepada rakyat rather than beri pendidikan percuma.

Because education is an investment, and an investment always needs money.


Bukankah ini satu bentuk free education? Or memang anak Melayu kita terlalu bodoh untuk bersaing mendapatkan pendidikan percuma seumpama ini? Kenapa Cina boleh kalau macam tu?

Thursday 19 April 2012

Bolehkah PTPTN Dimansuhkan Menggunakan Cincin 24 Juta?

Anwar Ibrahim memulakan isu PTPTN dimansuhkan dan free education dengan cuba membandingkan Turki memberi free education walaupun mereka tidak mempunyai minyak seperti Malaysia, dan kuatlah laungan kedengaran mengenai isu ini.

Persoalannya, betul kan dakwaan Anwar itu? Betul kah Turki memberi pendidikan percuma?

Well, klik Google tuan tuan dan dapatkan kepastian. Jangan jadikan ayat daripada mulut seseorang,ahli politik, tak kiralah pembangkang ataupun kerajaan sebagai fatwa atau hadis, kerana tak mustahil boleh berlaku penipuan.

BUKTI???

Lihat pendedahan yang dilakukan MyMassa di sini berkenaan dengan pelajar pelajar Turki Turki yang dipenjarakan kerana berdemo mahukan pendidikan percuma. Eh? Kena penjara? Kata free education?

Jeng jeng!!! Haha

Lagi satu. Disebabkan selalu sangat orang duduk bercakap pasal cincin 24 juta dolar tu, saya menyeru para pembaca sekalian untuk sekali lagi klik Uncle Google dan cari mot expensive jewelery in the world. Dapatkan beberapa laman web untuk buat perbandingan. Siapa jumpa cincin berlian USD 24 Juta, sila beritahu saya, dan saya berani mengaku menyerah kalah. Tapi kalau laman web yang tulis tu sekadar Harakah atau Suara Keadilan tak kiralah. Kasi betul betul solid!

Tuesday 17 April 2012

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary: 50 Fakta Menarik, Kisah dan Prinsip Untuk Mahasiswa!!!

Saya pinjam catatan ini daripada Pejuang Bangsa, terima kasih dulu saya ucapkan. Hehe. And saya rasa, ada baiknya kalau kita mahasiswa susuri kisah kisah beliau untuk dijadikan pedoman dan cabaran memajukan diri. Daripada kita sibuk duduk berdemo tak tentu hala, ye dak?

Dicatat oleh Pejuang Bangsa

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

Mahasiswa 'Robot' V Mahasiswa 'Rebel' !!! Let The Game Begins!

Heboh juga sejak akhir akhir ini, perkataan mahasiswa seperti menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bermula dari isu AUKU, turunkan gambar Pak Menteri sampailah ke isu mansuhkan PTPTN, mahasiswa sana mahasiswa sini. Dan sesama mahasiswa sendiri seakan menjadi perang. Mahasiswa 'robot' lah, mahasewel lah. Macam macam gelaran.

Jadi, tertarik untuk aku bercakap soal mahasiswa robot sebenarnya di sini. Istilah ini diluahkan oleh Adam Adli and the geng dan ditujukan kepada mahasiswa mahasiswa yang kononnya seperti robot membontoti setiap apa yang dicakap oleh kerajaan. Kononnya tidak berani untuk menyuarakan pendapat dan pandangan masing masing. Kononnya tidak rebel. Yeah! Long live rebel! Kau rebel rebel nak pergi mana geng?

Ceritanya macam ini. Mahasiswa dikatakan robot kerana kononnya sudi untuk ditunggang oleh undang undang 'kejam' macam AUKU kononnya. Yang tidak membenarkan mahasiswa bersuara nyatakan pendapat. Entah. Hari hari aku kutuk Najib Anwar, Rosmah, Shamsidar (opss), tak rasa pulak AUKU ni halang aku. So the issue is, student is controlled by the law right?

Pelajar.

Kerjanya belajar. Setiap semester, lecturer aku suruh buat assignment. Suruh aku study. Suruh aku score tinggi tinggi result. Hm, mak bapak aku pun suruh buat benda yang sama. So, adakah aku ni robot sebab dengar semua cakap orang orang ini? Kira semua orang layak digelar robotlah ni ya?

Baiklah. Sebenarnya topiknya pasal politik kan? Ok, aku paham. Kononnya, kerajaan Najib hari hari suruh pelajar undi BN, sebab itu sebab ini. So, student yang dengar cakap Najib ini akan dikira sebagai robot sebab dengar melulu, begitu? Ok, mari kita terima argument ini.

Tapi, bolehlah juga aku lontarkan tuduhan yang sama kepada mahasiswa yang lain juga. Sebab Anwar juga menyuruh mahasiswa untuk berikan undi kepada diri dia. So, dia suruh juga kan? So, mahasiswa yang undi or sokong Anwar, robot jugalah macam mahasiswa yang sokong Najib? Kira, perlawanan antara robot Anwar menentang robot Najib, begitu?

Oh, bukan? Kononnya kau berfikir dan kau bijak, dan kami tuli dan kami robot? Kalau kau fikir dan rasa Anwar itu benar, maka ada juga mahasiswa lain yang berfikir Najib itu benar, jadi kenapa mahasiswa yang berfikir ini kita gelar mereka robot pulak instead of bijak macam kau?

Aku?

Entah. Pada aku, aku tengok apa yang pakcik pakcik politik ini sampaikan kepada kita. Mereka ini tua, so kita perlu hormat mereka. Dan apa nasihat mereka itu menunjukkan siapa mereka. Yang aku perasan, pembangkang ini suka benar encourage student untuk pergi turun padang dan berdemo, perjuangkan suara, hak dan sebagainya. Tahu tak yang kalau dah turun berdemo tu boleh ambil masa kita, dan mungkin boleh melalaikan kita daripada study? Which is our main responsibility? Adakah menunaikan tanggungjawab hakiki itu dikira sebagai robot? Adakah kau mahu menyamakan orang yang menunaikan ibadah wajib itu sebagai robot juga?

Belah kerajaan pula, hari harinya mereka menggesa untuk tidak join demo, belajar belajar belajar dan score pointer tinggi. Ya, encouragement ini juga banyak disampaikan melalui berbagai cara, antaranya insentif 'tak-perlu-bayar-PTPTN' kalau kita score pointer tinggi. Ya, ini bermaksud secara tidak langsung kerajaan menyuruh kita score pointer tinggi untuk dapat benda benda insentif macam ni kan? Bukankah itu nasihat yang baik?

Kalau ada orang tua yang berpesan dan menasihati kita untuk berbuat perkara baik, berdosakah untuk kita ikut? So, apakah hak engkau untuk cakap mahasiswa yang sokong kerajaan ini sebagai robot atau bodoh? Oh, pembangkang suruh kau orang turun berdemo, kau orang pergi turun berdemo tu tak nampak macam robot jugak ke?

Fine. Aku tahu juga. Beberapa isu akan berbangkit kalau cakap pasal sokong kerajaan. Cincinlah apa lah. Oh, terlupa. Aku diajar untuk berfikir dan kalau boleh cari sumber. Pasal isu cincin USD 24 juta ini aku berminat juga. Tak terfikir ke kau orang, kenapa akhbar luar negara tak ada sebut langsung pasal cincin ni? Kau tahu tak, kalau benar ada cincin bernilai USD 24 juta, maka cincin itu boleh diiktiraf sebagai cincin paling mahal di dunia, sebab through research yang aku buat, paling mahal pernah aku jumpa, USD 12 juta sahaja. Itupun selepas satu auction!

Sebenarnya, kalau betul ada cincin semahal ini, mesti media luar nak buat coverage kan? Sebab benda itu paling mahal di dunia. Ehem, takkan nak cakap Najib bayar media luar pulak. Sebenarnya, tak semestinya kalau Harakah or Suara Keadilan tulis, itu adalah benar. Harakah bukannya Al-Quran. Ia ditulis oleh manusia juga, sama macam Utusan.

So, siapa siapa yang ada terjumpa mana mana web cakap pasal cincin paling mahal dalam dunia, or the most expensive diamond ring in the world, dan 'cincin Rosmah' ada termasuk dalam kategori, sila bagitahu saya ya? Sebab saya mengamalkan konsep, kalau tak mahu percaya Utusan, jangan percaya Harakah juga. Sebab kalau baca salah satu pihak sahaja, memang tak lari daripada bias. Baca dua dua. Dan buat analisa. Barulah kau tak jadi robot. Peace! Haha

Sunday 15 April 2012

"Kem Jatidiri Mahasiswa Bersama Prof Haji Adam Adli" di Dataran Merdeka

Benda paling best dalam kehidupan sebagai pelajar universiti adalah pergi kem. Nak nak kalau pergi kem free. Sebab biasanya dapat pengecualian kelas, ada bagi makan, dapat buat aktiviti aktiviti best.

Tapi, aku taktahu pula halnya dengan 'Kem Mahasiswa Bersama Adam Adli' di Dataran Merdeka tu. Dengar cerita sampai 28 April kem tu.

Kem tu HEP mana yang luluskan? Ada pengecualian kelas ke sampai bercamping seminggu dua tu? Makan pulak, duit sendiri ke ada orang sponsor? Ke makan pakai duit PTPTN?

Tengoklah kawan kawan. Dah sampai pergi kelas pun tak, duduk bercamping kononnya, macam mana nak dapat PTPTN free kalau macam tu? Kan elok duduk rumah study untuk score.

Plus, apa yang nak dimansuhkan sebenarnya? Sama macam kau nak suruh mansuhkan loan peribadi dekat bank. Loan tu wajib ke untuk semua orang ambil? Siapa taknak, sudah, tak payah ambik. Ramai lagi yang nak. Kalau rasa nak hidup bermewah, pergi buat part-time. Kerja McD ke, hotel ke. Bukan kerja jadi macai pendemo. Kalau kata bijak, buat act yang bijak!


Psst. Perasan tak? Orang PAS. Khemah Adam Adli, sebelah khemah perempuan, lepastu khemah lelaki. Tak pergaulan bebas ke tu Ostaz PAS? Jangan sampai permainkan agama macam ni.

Hapuskan PTPTN??? Tuntut Sama Anwar brahim!!!

Tengok dulu apa apa hal. Kalau anda seorang yang normal dan waras, anda akan malu dengan kejadian di atas. Lebih lebih lagi jika anda seorang Muslim. Mendoakan kematian seseorang, melakukan upacara Hindu dan kemudian mengakhiri upacara dengan laungan takbir? Masyaallah. Malunya aku.

Sebenarnya, untuk isu, aku setuju dengan apa yang diutarakan oleh Tun M. Kita setuju dengan pemansuhan PTPTN!

Yes, mansuhkannya untuk mereka yang mahukan ia dimansuhkan. Blacklist nama mereka mereka ini, dan pastikan mereka tidak mendapat walau sesen pun wang PTPTN, kerana mereka tidak perlukannya dalam hidup mereka. Namun, bagi yang memerlukan, kita bagi. Kerana kita tahu, untuk yang boleh berfkir dan bijak, mereka tahu ada caranya untuk mansuhkan PTPTN sebenar.

Dapat kepujian kelas pertama! PTPTN melahirkan pelajar yang bijak actually.

Oh, dan satu lagi. Apa kaitannya PTPTN dengan Najib dan Khaled Nordin? Adam Adli and the geng ni tahu tak siapa yang luluskan Akta ni sebenarnya? Anwar, 1 Julai 1997, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, malah memegang kerusi Pemangku Perdana menteri, yakni dia menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun M sekejap untuk beberapa ketika. Dia yang meluluskannya you rascal! Kenapa kau suruh Najib sama Khaled Nordin yang mati pula?

Khalid Ismath, budak yang bercakap dan mengaracakan upacara ini dalam video di atas, dia bangga kerana katanya dia Syiah, dan Syiah itu hebat. No, what I mean is, Islam Syiah Sunni aku pasti tidak mengajar perkara jijik mendoakan kematian orang seperti di atas!

Malah, aku juga rasa rakan rakan Hindu kita boleh menyaman mereka semua di atas ini kerana mempermainkan upacara keagamaan agama mereka!

Hidup hidup! Hidup mahasiswa berilmu!

Thursday 12 April 2012

Mahasiswa Sibuk Belajar Sampai Abaikan Politik!!!

Ah, berhabuk dah blog. Susah juga kalau busy sikit dengan aktiviti kampus. Ye lah, kalau dah namanya mahasiswa, pelajaran kita perlu utamakan, walaupun minat terhadap politik, kerana tanggungjawab utama kita ialah belajar, bukannya berdemo. Kihkihkih. Bukan macam seorang kawan kita ni, sanggup biarkan dirinya digantung 3 semester semata mata kerana mahu berkempen sana sini.

Sampai jadi orang Kerinchi baru baru ini katanya! Siapa?



Ha, sudahnya, kena tumbuk sebiji di muka. Ok. Pada aku dalam kes ini, orang yang tumbuk itu pun patut diambil tindakan, sebab sebenci mana pun kita pada seseorang, kita tiada hak untuk pukul orang.

Tapi, tak bermakna orang yang dipukul tak bersalah! Kalau dah sampai orang pukul kau, kena faham fahamlah. Ramai yang meletakkan kesalahan di bahu PEKIDA dalam kes ini. Aku tak tahu, pasal tak ada di tempat itu, tapi kalau dah sampai makcik makcik pakai anak tudung berkain batik pun dah jerit suruh kau blah, nak cakap apa lagi kan? Makcik makcik semua tu PEKIDA ke?

Kerana mulut, badan binasa. Plus, yang sampai kau mengaku kau tu budak Kerinchi apa cerita? kau pun belajar UPSI, bukannya belajar KL kot. Tak tahulah kalau Izzah dah sponsor kau tinggal dekat KL sekarang kan? Dengar cerita sejak 'cuti' 3 semester ni, ke hulur ke hilir kau berkempen. Ehem ehem. Banyak duit nak berjalan. Ada sponsor ke? Takkan PTPTN punya duit kot. Kau kata nak mansuhkan PTPTN.

Dan ini pula sedikit petikan aku petik dari Apa Kecoh Kecoh, luahan orang orang Kerinchi.





Ucapan terima kasih ni aku sampaikan kat Nurul Izzah bagi pihak 432 keluarga yang menerima tawaran pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi:



1. Terima kasih Nurul kerana menyebabkan pembangunan semula rumah kami tergendala. Kalau pembangunan mula semasa tahun 2009 dulu, tahun depan kami dah dapat rumah baru!!



2. Terima kasih Nurul kerana menyebabkan perpecahan antara jiran-tetangga yang dulunya mempunyai hubungan erat. Kerana engkaulah jiran yang dulu sering bertegur-sapa, sekarang bila jumpa dah bermasam muka.



3. Terima kasih Nurul kerana membawa masuk orang asing untuk campur tangan dalam urusan rumahtangga kami.



Kawasan ini 100% Melayu, tapi kau bawa masuk samseng Cina dan India untuk buat kacau. Kau bawa masuk orang luar yang takda kena-mengena dengan Lembah Pantai untuk buat kecoh.



Siapa Adam Adli?



Dia bukan orang Kerinchi.



Dia bukan orang Lembah Pantai.



Dia bukan orang KL.



Dia tak pernah ambil peduli pasal Lembah Pantai sebelum ni.



Jadi, mengapa dia datang buat kacau?



Ucapan terima kasih ni aku sampaikan kat Nurul Izzah bagi pihak 35 orang yang menolak tawaran pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi:



1. Terima kasih Nurul kerana menghasut kami untuk menolak tawaran pembangunan semula rumah kami. Kerana kamu, kami hilang peluang untuk dapat pampasan lebih tinggi dan hilang peluang untuk dapat rumah baru.



Kalau kami terima tawaran dulu, dah dapat rumah baru bernilai RM250,000. Tapi kau hasut kami untuk tuntut RM600,000.



Sekarang, apa yang kami dapat? RM73,000 sahaja. Rumah pun tak dapat. Nasib baik Dato’ Raja Nong Chik bantu kami untuk menyewa rumah PPR.




Ni dia aksi Nurul main futsal masa penduduk Flat 4 Tkt sibuk berpindah.




Dato' Raja Nong Chik bersama Hj Hashim Selim, bekas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak yg mewakili penduduk yg membantah



Ahli BN & UMNO sedang sibuk bantu penduduk berpindah



2. Terima kasih Nurul kerana TAK bantu kami pindah dan langsung TAK jenguk keadaan kami. Kami sedar, main futsal dan badminton lebih penting dari bantu kami untuk pindah.



Nasib baik Dato’ Raja Nong Chik bantu kami pindah bersama orang BN & UMNO. Lori disediakan. Tenaga kerja disediakan. Tikar getah pun Dato Raja Nong Chik bagi untuk rumah kami.



Ucapan terakhir ni aku sampaikan kat Nurul Izzah bagi pihak SEMUA penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi:



TERIMA KASIH BANYAK NURUL IZZAH!! TOLONG JANGAN GANGGU KAMI SELEPAS INI. PILIHAN RAYA NANTI KAMI AKAN BER’TERIMA KASIH’ LAGI KEPADA KAMU!!



PTUIHHHH!!!!
 
 
 
Kalau kita betul betul nak tahu apa yang sebenar terjadi, pergilah sendiri dengar luahan orang sana. Jangan dengarkan si Nurul Izzah ni. Dia bukannya orang Flat Kerinchi ni pun. Dia orang mana sebenarnya pun aku tak tahu. Bila ada kes je baru muncul.
 
Niat mereka sebenarnya nak berpolitik, bukan nak jadi wakil rakyat untuk membantuk rakyat. Mohon kita sedar lah sama sama.

Wednesday 28 March 2012

Penjelasan Pakar Nuklear UKM Berkenaan Lynas, Tolak Atau Terima?

Sedang aku belek belek internet, terjumpa pula bacaan ini.

Mungkin, kita boleh buka mata dan cuba terima penjelasan dari pakar sebenar, bukan pakar politik semata mata.

*Yang di-italic-kan ada dakwaan, dan di bawahnya explaination.

ISU LYNAS : Mencari Kebenaran Yang Sebenar

 

Prof Dr Ismail Bahari 

SmSn(UKM). Msc(London), PhD (Colorado State)

Kepakaran: Fizik sinaran

No Bilik : Bangunan Sains Nuklear, UKM

Tel: +603-89215478

e-mail: ismailb@ukm.my


Membetulkan maklumat 'menyesatkan'


Oleh Prof Dr. Ismail Bahari

Prof Dr. Ismail Bahari ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri lebih 30 tahun.

TERLALU banyak maklumat salah yang boleh 'menyesatkan' pembaca yang saya dapati pada temu bual dengan seorang yang dikatakan sebagai 'pakar nuklear', seperti mana dilaporkan dalam akhbar terbitan parti pembangkang baru-baru ini.

Bukan tujuan untuk memperkecil-kecilkan kepakaran 'pakar nuklear' yang ditemu bual itu, tetapi untuk membetulkan daripada sudut fakta ilmiah semata-mata.


* Panel penasihat Agensi Tenaga dan Atom Antarabangsa (IAEA) yang membuat penyelidikan dan keputusan bagi projek Lynas Advanced Manufacturing Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan telah menyembunyikan maklumat tentang wujudnya bahan-bahan uranium dan thorium dalam projek tersebut.

Untuk penjelasan, panel IAEA ini adalah panel pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menaksir kesan dan risiko radiologi akibat pelaksanaan projek Lynas ini. Bermakna, mereka dipanggil untuk memberi pandangan bebas terhadap isu radionuklid semula jadi bahan-bahan uranium dan thorium.

Ini telah disebut dengan jelas dalam laporan panel pakar IAEA itu sendiri, agak pelik jika hal ini tidak disedari sekiranya laporan ini benar-benar dibaca dan difahami oleh 'pakar nuklear' berkenaan.

* Kadar bahan radioaktif dalam nadir bumi adalah rendah tetapi jumlah yang dibawa masuk besar.
 
Istilah tepat sepatutnya ialah kepekatan aktiviti bukan kadar bahan radioaktif. Jika kepekatan aktiviti radionuklid adalah rendah seperti diakui oleh 'pakar nuklear' itu sendiri, maka dosnya sudah pasti rendah. 

Aras dos rendah kepada pekerja Lynas dan orang ramai sekitar kilang Lynas telah dilaporkan dalam Penaksiran Impak Radiologi (RIA) yang dibentangkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Perlu ditekankan bahawa operasi Lynas tidak memekatkan kepekatan aktiviti thorium. Kepekatan aktiviti thorium dalam pekatan lantinid adalah sama dengan kepekatan aktiviti residu (iaitu sekitar 6 Bq g-1)

* Bahan buangan mengandungi uranium dan thorium dicampak ke dalam kawasan pembuangan seluas 48 hektar, kemudian menjadi pekatan yang menghasilkan gas radon selain habuk-habuk thorium dan uranium.

Sedangkan, 'bahan buangan' tidak dicampakkan ke dalam kawasan pembuangan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, disimpan sementara dalam sel yang direka dan dibina khas, selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf selamat.Kaedah kejuruteraan yang digunakan ini serta sifat fiziko-kimia uranium dan thorium itu sendiri akan memastikan tidak berlaku penyebaran gas radon/thoron serta habuk mengandungi uranium dan thorium yang memudaratkan manusia.

Perlu ditekankan bahawa RIA ke atas projek ini mendapati potensi penyebaran gas thoron adalah sangat kecil dan sukar diukur. Perlu ditekankan juga persekitaran semula jadi sendiri mempunyai uranium dan thorium yang masing-masing membebaskan gas radon dan thoron.

* Betapa bahan uranium yang terdapat dalam projek Lynas ini adalah sama dengan yang digunakan dalam loji nuklear Fukushima di Jepun.

Sedangkan, ini adalah maklumat yang sangat tidak lengkap, menyesatkan malahan berbahaya. Memang U-238 terkandung dalam bahan proses Lynas adalah sama jenisnya dengan yang digunakan dalam reaktor nuklear di Fukushima tetapi kepekatan yang terdapat pada kedua-duanya adalah berbeza ' ibarat langit dan bumi'.

Uranium semula jadi (seperti yag digunakan oleh Lynas) terdiri daripada 0.7 peratus (%) U-235 dan 99.3% U-238.

U-235 adalah bahan belahan dalam bahan api nuklear yang sangat penting untuk memulakan tindak balas nuklear. Dalam bahan api nuklear kepekatan U-235 diperkaya menjadi 5%.

Dalam reaktor nuklear Fukushima yang menggunakan bahan api MOX atau campuran bahan belahan oksida, U-235 tidak digunakan dalam bahan api nuklear tetapi digantikan dengan Plutonium-239 (radionuklid ini tidak terdapat secara semula jadi dalam alam sekitar dan tidak ada dalam bahan pekatan yang digunakan Lynas).

Sepekara lagi, uranium bukan hanya ada dalam bahan api nuklear dan pekatan lanthanid Lynas (28 ppm) sahaja tetapi wujud dalam baja (boleh mencapai 400 ppm) dan arang batu (> 100 ppm).

Secara anologi, 'pakar nuklear' berkenaan seolah-olah menyatakan bahawa tanah di Pahang atau keseluruhan Malaysia mempunyai persamaan dengan reaktor nuklear di Fukushima hanya kerana ia mempunyai bahan uranium yang sama.

* Bahan buangan Lynas boleh mencemarkan air dan alam sekitar.

Sedangkan, hasil kajian RIA mendapati bahan buangan Lynas tidak mencemarkan air dalam alam sekitar. Sama seperti kilang-kilang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng, setiap pelepasan kilang ke persekitaran hendaklah mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan AELB.

* Gas radon akan terbebas ke udara. Partikel alfa yang dihidu juga boleh merosakkan sel tubuh dan kromosom manusia.

Sedangkan, maklumat ini tidak lengkap dan sekali lagi menyesatkan. Memang benar gas radon dihasilkan tetapi 'pakar nuklear' tersebut tidak pula menyatakan bahawa gas radon daripada thorium (lebih tepat disebut thoron) mempunyai jangka hayat yang sangat pendek, cuma 56 saat.

Ini bermakna dalam masa 56 saat gas thoron terbentuk dan dibebaskan ke udara, ia akan segera menyepai menjadi radionuklid pepejal yang jatuh ke bumi serta tidak membahayakan. Dengan kepekatan aktiviti yang kecil, kemungkinan thoron dihidu dan memudaratkan adalah sangat tipis.

Pakar Nuklear ini lupa atau sengaja lupa menyatakan bahawa risiko dikawal dengan Had Dos. Selagi Had Dos tidak dilampaui, risikonya boleh diterima. Had Dos ini digunakan kerana kita perlu ingat bahawa kita sentiasa terdedah kepada uranium dan thorium semula jadi.

Selagi ada uranium dan thorium, selagi itu kita terdedah kepada radon, thoron dan zarah alfa. Pendek kata kita tidak boleh kata kita tidak hendak didedahkan kepada radon, thoron atau zarah alfa atau sinaran sebab kesemua ini berada di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Sebaliknya, berdasarkan kepekatan aktiviti Th-232 yang ada dalam bahan mentah dan residu pemprosesan Lynas, serta sifat fizik gas thoron itu sendiri telah ditentukan secara saintifik tidak mampu mencemarkan alam sekitar sehingga ke tahap dikatakan berbahaya kepada manusia yang menghidunya.

* Pelan pelupusan sisa adalah tidak lengkap.

Sedangkan, sebagai ' pakar nuklear', beliau tentu tahu bahawa pelan pelupusan sisa bukan setakat melupus sisa dengan menanam, tetapi turut merangkumi penggunaan semula sisa tersebut dengan selamat. Dengan cara ini, isu pelupusan kekal mungkin tidak diperlukan.

Jika perlu dilupuskan, Lynas pula sudah mereka bentuk dan membina tapak pelupusan sementara yang mematuhi segala syarat dan kriteria pembinaan tapak pelupusan kekal (sungguhpun bukan matlamatnya untuk menjadikan tapak tersebut sebagai tapak pelupusan sisa kekal).

* "Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menolak industri ini kerana tidak ada level radiasi yang selamat".

Sebagai seorang pendidik dan penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri selama lebih 30 tahun (dan masih berkhidmat dengan selamat), saya amat terkejut dengan kesimpulan yang dibuat oleh 'pakar nuklear' itu.

Sama ada disedari atau tidak, beliau sebenarnya menyatakan bahawa kita boleh hidup dalam dunia yang bebas daripada dedahan sinaran atau radiasi. Bukan pakar nuklear pun tahu, ini tidak benar sama sekali. Sama ada kita hendak atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada sinaran dari bumi dan matahari.

Malah terdapat beberapa tempat di negara kita yang mempunyai aras sinaran semula jadi yang lebih tinggi daripada aras purata tanah- tanih Malaysia. Sila rujuk hasil kajian aras sinaran di kawasan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Pantai Pasir Hitam di Langkawi.

Begitu juga, cuba lihat di Ramsar, Iran; Kerala, India; Grand Junction, Colorado, Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain yang disahkan mempunyai aras sinaran semula jadi yang jauh lebih tinggi daripada apa yang bakal dibebaskan oleh Lynas.

Persoalannya, adakah penduduk di tempat-tempat tersebut semua cacat dan terencat? Malah, kajian ke atas penduduk di Ramsar, Iran mendapati penduduk di sana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada rakyat Iran di tempat-tempat lain.

Rujuklah dokumen ilmiah sebelum membuat pernyataan tidak tepat, salah dan mampu menyesatkan. 'Pakar nuklear' tersebut pernah belajar dan memperolehi ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Nuklear dan Fizik di Amerika Syarikat. Tidakkah beliau terdedah kepada sinaran semasa pengajiannya?

Tentulah ada. Maka, adakah beliau atau keluarga beliau mengalami apa-apa kecacatan akibat dedahan sinaran tidak kira rendah mana pun tahapnya?

Pakar Nuklear sepatutnya mendidik masyarakat tentang fakta sebenar sinaran dan kesannya, dan tidak menyesatkan masyarakat dengan maklumat yang tidak lengkap dan salah.

 
 
Ok, cakaplah dia dibayar e, AELB dibayar ke, semua orang dibayar pun, tak apa. Sebabnya, tindakan pembangkang sendiri yang menolak PSC khas untuk kaji kes ini nampak macam ada sesuatu.
 
Kalau nak betul betul tak bias dan fair, join PSC ini, sama sama bayar pakar, sama sama bawa pakar masing masing, and kita tengok apa keputusannya.
 
Ini tak, awal awal dah tolak. Nanti, bila kerajaan buat keputusan teruskan Lynas, cakap kerajaan bias. Habis, bila kerajaan bagi peluang untuk tak bias, kau pulak taknak join. Pfft. Jangan makan gaji buta. Jadi wakil rakyat, tapi tak mahu mewakili suara rakyat dalam parlimen. Rumah bagak masing masing.