Cari dan Mencari

Monday 20 February 2012

Warisan Keris Itu Kolot!!!

Ya, kebanyakan anak anak muda hari ini, begitulah mentaliti mereka. Mempertahan warisan budaya dan keMelayuan adalah sesuatu yang kolot. Tidak masuk akal. Yang penting Islam kononnya, sambil sibuk menghuyung makwe ke sana ke mari.

Silat.

Seni bela diri warisan Melayu yang sangat banyak sangkut pautnya dengan Islam. Aku tidak pernah masuk silat, jadi aku tidak tahu untuk cakap banyak, tapi aku tahu sedikit sebanyak tentang adat adat dalam dunia persilatan, menghormati ketua, bacaan Al-Quran dan sebagainya. Ya. Seni bela diri yang memasukkan unsur unsur keislaman di dalamnya. Aku percaya, Mat Kilau, Dato Bahaman, Dato Panglima Hang Tuah, Tok Janggut, mereka bukan sekadar mahir persilatan, tetapi ahli dalam agama, maka tidak mustahil mereka ini hebat. Hebat jasmani dan rohani. Dan di situlah terletaknya pangkal Islam dan keris dan kaitan antara Melayu dan Islam itu sendiri.

Tetapi tidak. Budaya Melayu hari ini, bukan lagi suatu budaya untuk anak anak Melayu mengikuti kelas silat, maka di situ hilangnya kefahaman yang mendalam akan perkara ini. Nasib baik masih ada lagi, walaupun tak banyak. Ya, aku akui. Aku juga antara anak Melayu yang tak pernah memasuki kelas silat, dan ada juga sedikit kekesalan di situ.

Kemodenan hari ini lebih penting di mata manusia berbanding budaya dan tamadun. Ipad adalah senjata yang lebih bermakna pada mereka berbanding keris.

Melayu, kalau kau tak mahu masuk silat atau apa sekalipun, janganlah kau menidakkan sejarah dan tamadun bangsa kita. Jangan kau terlalu sombong dengan nene moyang kita sehingga angkuh untuk mengangkat wang melebihi rohani.


1 comment:

  1. blog saudara telah sy link kn di blog sy :) salam perjuangan

    ReplyDelete