Cari dan Mencari

Monday 20 February 2012

Isu Kalimah Allah

Ya, isu ini memang menjadi suatu isu yang agak berat juga untuk dibincangkan. Aku pun bukanlah ahli sangat dalam agama. Tapi sebagai Islam sendiri, kita nampak, ini bukan soal angpau putih atau soal Israel lagi dah. Ini soal nama Tuhan kita!

Kenapa pula bukan Islam tak boleh gunakan? Ya, hujah daripada Anwar Ibrahim, orang Arab sebelum Islam dah menggunakan dalam bahasa harian mereka. Allah itu bermakna Tuhan katanya. Ya, dalam Arab, Rabb itu Tuhan. Allah ialah Tuhan Kita. Berbezakah Tuhan kita dengan Tuhan bukan Islam? Of course! First of all, I am sorry to my non-muslim friends, but hope if you are reading, this is just an explaination about this issue, tiada niat menilai agama lain. Kerana Islam mengajar untuk menghormati agama lain, kerana Nabi S.A.W juga pernah melarang dirobohkan gereja pada zaman dahulu.

Kristian percaya kepada konsep Holy Trinity, Lord, Jesus and Holy Spirit. Jesus seperti yang kita tahu ialah anak Tuhan dalam kepercayaan Kristian. Jadi, kalau kita gantikan dengan kalimah Allah, adakah ia bermaksud Jesus ialah anak Allah, atau Isa adalah anak Allah? Apakah kita tidak percaya dengan Surah Al-Ikhlas yang jelas memberitahu kita bahawa Allah itu Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan? Adakah kau lebih mempercayai Anwar Ibrahim daripada Al-Quran? Atau kau percaya kepada sejarah Arab kononnya lebih daripada kitab suci kita?

Agama agama lain juga ada mempercayai akan kewujudan banyak tuhan, seperti Tuhan Api, Tuhan Langitlah sebagainya, sedangkan Qul Huwa Allah hu Ahad. Katakanlah Allah itu Maha Esa. Allah itu Tuhan Yang Satu. Lagi kau mahu percaya kepada kefahaman sejarah daripada seorang individu yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri and "to win Putrajaya at all cost"? (Sorry Anwar, pinjam ayat saudara.)

Ok, berkenaan dengan penggunaan dan kemungkinan penyalahgunaan kalimah ini dalam kalangan bukan Islam, aku tak mahu ulas. Mari kita bersangka baik sahaja. Tapi, cuba kita tengok at one point. Dahulu, di sekolah, aku diajar bahawa kalimah kalimah sebegini amat suci. Kalimah Allah s.w.t, Muhammad s.a.w, Al-Quran, Kaabah dan sebagainya, tidak boleh ditulis sewenang wenangnya, takut nanti kertas yang kita tulis nanti, kita tak sedar, letak merata, jatuh atas lantai. Dulu kita diajar, jangan letak kalimah ini di tempat yang tidak sesuai, seperti dalam tandas, atau atas lantai, atau bawah daripada lutut kerana menjaga kesucian kalimah ini.

Mereka mendakwa Allah itu adalah Tuhan di dalam bahasa Arab. Tetapi, kenapa dalam Arab disebut Allahu Rabbi, Allah itu Tuhanku? Kerana, Allah itu merupakan nama Tuhan. Rabb dalam Arab ialah Tuhan dalam Melayu, manakala Allah dalam Arab ialah Allah dalam Melayu. Spin dengan kepentingan sahaja yang menyokong alasan itu tadi kononnya. Janganlah sampai memperdagang nama Tuhan sendiri. Masyaallah.

Nah, ada tak kemungkinan kalimah ini tidak dijaga sebaiknya oleh orang lain jika penggunaannya berlaku sewenang wenangnya?

Anwar juga kata, kalimah Allah bukan hak ekslusif orang Islam. Tetapi kenapa dia boleh cakap, kalau nanti kita dah dapat kuasa, kita ambil balik. Adakah bermakna dia mempergunakan kalimah ini dan menipu bukan Islam hanya semata mata kerana kuasa? Seperti yang didedahkan oleh Zul Noordin? Kita semua tahu, Anwar kalau ada orang cakap fitnah pasal dia, laju je dia bawa ke mahkamah. So, tak mustahil perkara yang Zul Noordin cakap ini benar bukan? My friends non-Muslim too, mungkin boleh sedar, kita bukan nak menyelar tindakan seseorang, tetapi, adakah kita sanggup diperkudakan oleh orang sebegini yang mahu kita angkat sebagai Perdana Menteri? Kita akui pemimpin negara hari ini tidak sesempurna seperti yang kita semua harapkan, tetapi, antara pilihan yang kita ada itu, pilihlah antara keduanya yang kurang musibahnya berbanding yang satu lagi.

And admit it or not, pilihanraya is between BN dan Pakatan, dan undi kita antara memilih Najib Razak atau Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. You make your own choice.


Peguam Anwar Ibrahim. Ya, kita semua mungkin dengar dengar cerita, tetapi dia ini peguam. Banyak bersama dengan Anwar. Dan ramai lagi orang yang pernah rapat dengan Anwar dah keluar dan cakap benda yang sama. Fitnah? Or realiti yang pahit?

No comments:

Post a Comment