Cari dan Mencari

Sunday 26 February 2012

Permulaan.

Hairan. Hairan bila mana bangsa-bangsa lain melindungi saudara-saudara sebangsa mereka, seagama mereka.
Hairan. Hairan bila mana bangsa kita langsung berkelahi, saudara seagama, apatah lagi sebangsa.

Ingin aku tekankan bukanlah salah menentang saudara seagama kita yang lari daripada landasan sebenar, tapi pernahkah kau memperbetulkan? Berdakwah? Dalam erti kata lain menyemai perkara baik dan membuang perkara buruk dengan cara baik?

Ramai yang mengatakan telah dicuba cara sedemikian, tidak pernah berjaya. Pihak yang sedang memegang tampuk kepimpinan dengan ego yang tersendiri secara terang-terangan menentang.
Bagi kau, tiada harapan dan kita harus beri tentangan, hapuskan mereka!
Bagi aku, kau semua sama, baik disebelah kiri mahupun disebelahpun kanan. Masih belum ikhlas berjuang. Dan masih memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti. Bodoh.

Aku dangkal ilmu politik. Hal semasa. Aku dangkal fitnah yang tiada benarnya. Aku dangkal peraturan manusia juga sejarah. Namun aku ada akal, sebagaimana kau, kau, kau dan kau.

Kehadiran aku bukanlah untuk merungkaikan masalah dan permasalahan sebelah kiri atau kanan aku.
Kehadiran aku hanyalah untuk menyuarakan pendapat kerdil aku, yang aku sangkakan betul, dan entah betul entahkan tidak bagi kamu semua.

Kerana aku muak dengan manusia yang langsung hilang sifat tolenransi, pentingkan diri, yang tidak boleh berfikir secara rasional. Bodoh.

No comments:

Post a Comment