Cari dan Mencari

Friday 17 February 2012

Anwar Ibrahim Kuantan, 17 Februari 2012

Wuuhuu panas panas. Aku baru sahaja pulang dari melawat, ok, melawat macam lah aku ni orang besar turun padang ye dak? Aku baru sahaja pulang dari pergi menjenguk jenguk ceramah di Taman Mahkota Batu 11 Kuantan. Dekat Caltex. Ya. Siapa penceramah untuk malam tadi? Penceramah nombor satu, jeng jeng!!! Anwar Ibrahim. Aku sampai lewat, pasal aku fikir Anwar pun nak mai lewat tunggu aku. Rupanya, dia sharp on time. Terer terer. Hahaha.

Butir butir ceramahnya? Banyak. Macam biasa. Tapi, mostly, dia banyak bercerita tentang kepulangan dia dari Mesir semalam kelmarin. Yelah, mesti kasi cerita jumpa Sheikh Yusof Al-Qardawi sahabat ana dia. Baru lepas kena hentam pasal Israel, ye dak? Mesti nak pulih balik imej. So, pulih ke tak? Ha, ni nak bagitahu. Sekali dia mengaji hafal Surah Al-Kahfi dah. Cair semua. Dengan aku aku sekali cair. Hahaha.

Ok lah, aku pun ada kerja ni. Nanti aku cerita lagi apa yang dia cakap. Buat masa ni, meh kita layan gambar dulu.


Poster poster hebahan ceramah tadi.



Sebenarnya, ramai juga tadi. Aku agak, ada kot seribu orang. Er, ke 500? Ok, mana lah aku kira berapa orang tadi. Entah ambik attendance ke entah tak tadi. Abang abang balik surau la penuhnya. Bergema takbirnya tadi.



Tapi yang ini tak sedap sangat ni. Kesian ada satu adik tadi, sampai tidur atas tikar. Tapi, yela. Takkan nak tinggal dekat rumah ye dak? Semua seisi rumah pergi turun.



Yang bestnya, ada gerai gerai. Hahaha. Untung juga la orang Melayu boleh turun meniaga ye dak?



Eh, apa ni tiba tiba gambar Lynas? Hahaha. Sabar, ini, bakal menyusul. Saja kasi saspen.


Dah termasuk cakap pasal Lynas, closing act tadi Kak Ji (Fuziah Saleh) berceramah. Adalah keluar iklan sabun pencuci semua tadi keluar. Cakap seayat dua, aku pun chow. Bosan. Haha.

Cuma, yang menariknya, selesai Anwar berucap, tu dia, berjalan abang abang derma jihad, dengan platik besar dia, pungut dari sorang ke sorang. Semua, ok, tak semua la, tapi, almost 60% keluar duit dari kocek sumbangkan. Pakcik yang nampak macam, sesak sesak nak hulur pun, hulur juga. Dah nama derma JIHAD. Sekali, brader tu betul betul lalu depan aku. Pakai baju Amal Malaysia warna merah. Aku sampai jadi awkward sebab aku sorang saja tak derma. Aku pegang kemera saja. Tapi, nak snap gambar karang takut macam macam pula. Geram juga nak tanya duit tadi akan disalur ke mana. Tapi, kena jaga. Takut karang, balik cacat pulak aku. Hehe. Tak lah, gurau je abang abang. Cuma, lama juga sebenarnya abang tadi berdiri tercegat depan aku, macam tunggu aku hulur derma. Ada la dalam 5 saat, sambil dia ushar telefon aku. Saspen wooo.

Ok, dah, aku ada kerja. Nanti senang, akan disambung lagi cerita ini, beserta video Insyaallah. 


No comments:

Post a Comment