Cari dan Mencari

Wednesday 22 February 2012

Baru Sehari JATI Sudah Buat Musuh?

Seperti yang kita maklum, Isnin lepas secara rasminya NGO JATI ditubukan. Oleh Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Hassan Ali yang dipecat oleh PAS bulan lepas. Ya. Kita tahu Hassan Ali banyak cari pasal dengan PAS, macam contoh kes mempertahan pengharaman jualan arak di Selangor, menyiasat isu murtad DUMC sehinggalah kepada ketidaksokongan beliau terhadap Anwar Ibrahim dalam isu peribadinya. Dan selepas dipecat, sudah tentulah banyak kecamannya terhadap Hassan Ali datangnya dari Pakatan, termasuklah dari parti lamanya, PAS sendiri.

Hari ini, beliau bergerak di bawah NGO JATI (JalurTiga) yang mengkhususkan kepada perjuangan IMR - Islam, Melayu, Raja yang menjadi asas kepada penubuhan Tanah Melayu kita.



Logo JATI


Maka, seperti Perkasa, kemungkinan besar penentangan hebat mungkin datang daripada DAP yang mungkin berasa tergugat dengan kehadiran NGO yang memartabatkan Islam, Melayu dan Raja Raja. Cumanya, aku tak paham yang sesama agama bangsa PAS sendiri pun nak kecam Jati ni pasal apa? Pasal dia guna keyword Islam dalam perjuangan merea? Islam bukan hak ekslusif PAS. PAS adalah parti, bukan agama, dan macam manusia lain, PAS juga bukan maksum. Tak bermakna PAS tak prnah bersalah.

Hari ini, keluar dalam laporan Harakah, bahawa logo Jati serupa dengan logo setan, Lucius. Masyaallah. Sebab apa? Sebab ada satu link kononnya menggunakan logo yang sama untuk define 666 or Lucius.



Dah tengok? Boleh pergi ke sini kalau nak tengok Harakah tu.

Kerana apa sampai macam tu sekali tuduhannya? Ya, hujah yang diberikan, adalah kerana ada satu link blog yang menggunakan logo yang sama. Ini blognya, http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html.

Ya. Blog. Blog seorang mat saleh yang art creative, dan kononnya menggunakan logo itu sebagai option untuk design Lucius beliau. Ada juga logo logo lain sebagai option yang beliau sertaka sekali. Option? Ya. Kerana dia design untuk define art dia dalam bentuk ini.

Jadi, adakah bermakna ini logo rasmi Lucius? Sedangkan kita lebih tahu bagaimana logo Lucius seperti yang selalu mat saleh gunakan untuk define.


Ops, macam mana ni? Logo mana yang lebih Lucius? Aiyok, tak tahu. Aiyok. Harakah taknak buat laporan akhbar? Berita? Come on Harakah come on.


No comments:

Post a Comment