Cari dan Mencari

Sunday 26 February 2012

Adnan Yaakob Turut Serta Himpunan Hijau 2 Kuantan???

Well, aku sampai sampai tadi, tengok jalan tak lah jam sesak sangat. Tapi jam tetap jam, sebab banyak kereta. Well, itulah bagusnya Akta Perhimpunan Aman ni aku rasa. Bila ada permit, maka akan ada kawalan daripada polis, dan at least menjaga lalu lintas. Orang Kuantan marah pasal menyesakkan jalan itu standard la. Malah, siap ada helikopter lagi buat coverage. Ada dalam 3 helikopter tadi. Siapa punya helikopter aku tak tahu lah.


Yeah, gambar kecil je lah tapinya. Kalau aku pakai DSLR sedap juga nak tangkap.

Sesampai aku tadi, ramai orang aku tengok. Ini satu hal lagi. Kalau baca surat surat khabar, akan banyak angka yang diberikan oleh pelbagai pihak. Polis kata 3000, Astro Awani kata 6000, kalau tengok pihak pembangkang, ada yang kata sampai 20000. Hisham Rais announce "kita sekarang berada 15,000 dan sedang menanti ramai lagi kawan kawan kita". Pada aku, isu ramai mana ni bukan isu besar. Jangan sampai nak bergaduh sangat. Lainlah kalau betul betul ramai sampai ratus ribu. Sebabnya, mana ada orang yang kira berapa ramai yang hadir. Jangkaan based on pandangan masing masing. Ini bukan konsert, boleh kira atas tiket. Ok, tak kisah tu.
So generally, mula tadi ada la dalam pukul 9.30am lebih macam tu. Pengacara majlis, Hishamuddin Rais. Hahaha. Mula mula ada Ustaz PAS lead bacaan doa. Habistu, ada pula Hishamuddin Rais bacakan semula doa, translate ke bahasa Inggeris.Motifnya, aku pun tak tahu.
Katanya, sebab mungkin ada anak anak hasil PPSMI yang tak faham Bahasa Melayu, so dia mahu translate ke English biar paham. Pfft. Do not bluffing. Pak Samad dekat belakang tak marah pula kawan dia cakap English ya Pak Samad? Nah, hari ini kerajaan buat Bahasa Melayu semula, marah juga kerajaan. Tak akan habislah sesi memarah kerajaan ni sampai bila bila daripada Hisham Rais ni.


See? Buat perhimpunan ada permit kan senang. Ada polis jaga lalulintas tak lah mengganggu sangat. Itupun tadi ada orang maki maki lagi ke polis. Haih. Taktahu lah. Tapi aku respeklah pada abang abang PAS yang mengucapkan terima kasih kepada abang polis. Pandai kenang jasa.

Opening act tadi dimulakan dengan bacaan puisi oleh Pak Samad. Yes. The Dead Crow. Dia pun bacakanlah. "Gebeng Yang Luka" tajuknya. Aku tak adalah sampai salin apa puisinya. Dengar pun sayup sayup saja.

Kemudian, ucapan pertama diberikan oleh wakil Bukit Koman, dia bercakap tentang Lynas ini membawa masuk toxic cyanide sebanyak 3000kg setiap hari. Wow. Dan dia ada juga cakap pasal perkara perkara yang mungkin membahayakan mengenai Lynas ini. Yang menariknya, di akhir ucapannya, dia ada menjerit "kami bukan mahukan 1Malaysia sahaja, kami juga mahukan 1SihatMalaysia!" Ya, jangan ingat orang pembangkang ni tak menyokong 1Malaysia ya? Hehehe.

Then, ada lagi ucapan daripada Suresh dari Cameron Highland, menceritakan tentang bantahan pembinaan incinerator di sana. Dan kononnya jangan lah sampai nasib orang Kuantan jadi macam nasib orang Cameron. Well, membina incinerator memang sesuatu yang sangat memberi pros and cons yang sangat besar. Pros, boleh membantu menjana elektrik di samping menghapuskan sampah, tetapi, datangnya dengan pollution yang agak tinggi. Udara, air, bau dan sebagainya. Unless, di bina betul betul di kawasan yang tidak ada penempatan manusia, then aku sokong sepenuhnya. Sebab, kalau tak bina pun, the sampah alone can bring a great pollution to people, especially when it is not being dimusnahkan sebaiknya.


Ha, daripada Petaling Jaya pun datang? Ok lah, sebab katanya membawa semangat masalah rakyat Malaysia, bukan Kuantan sahaja. Solidariti. Hahaha
Kemudian lagi, ucapan daripada wakil Rawang pula, tentang bantahan pembinaan pencawang TNB. Di sini menarik. Berlaku sedikit kekecohan antara peserta perhimpunan dan wakil media. Sebabnya? Wakil media berdiri depan orang ramai yang duduk di padang tadi. Entah, pada aku, jangan lah sampai kecam media tu. Dah dia nak buat coverage, kasi keluar berita. Tengok berita Astro Awani tadi, kan dah keluar laporan. Lepastu karang, nanti tak keluar report, mulalah kata media bias. Sampai si Hisham Rais menegur seorang "Pak Aji yang ada janggut putih tu" suruh duduk, sebab pak aji tu tengah memaki media. Aku quote semula saja apa yang Hisham Rais panggil pak aji tadi tu.


Wakil Astro Awani yang datang membuat liputan. Kesian brader brader. Sabar ya. Ada juga tadi dari Sinar Harian, dan beberapa paper lagi.



Pak Aji Janggut Putih

Then, ada lagi lah beberapa ucapan daripada wakil wakil NGO lain, macam Gerakan Anti-Lynas, dan juga Pengerusi Himpunan ni. Yang menarik, tentang satu ucapan daripada wakil Kuala Lumpur, bercakap tentang bantahan pembinaan MRT di Jalan Sultan. To save khazanah negara. Yeah, I agree with this. Membina MRT itu bagus untuk rakyat, tetapi mungkin lokasinya boleh diletak di tempat yang sesuai.

"We are no against the MRT, we just want it to be on the right route." Yeah, itu adalah slogannya. Which is good to me. Cuma, apa yang aku tak setuju part isu harga. Pamplet ini mempersoal harga yang mahal kenapa perlu sampai RM50b untuk pembinaan sejauh 50km, sedangkan Putra LRT hanya bernilai RM1b untuk sejauh 24km.

Psst. Pergi kedai makcik Timah, beli karipap harini, berapa dapat dengan RM1? 3? 10 tahun lepas aku dapat beli 5 biji karipap. Takkan aku nak argue dengan makcik Timah. Tak kena lah nak compare dengan pembinaan 10 tahun lepas punya cerita. Mahal tu tak apa pada aku as long as semua duit tadi digunakan untuk pembinaan supaya dapat dibina yang terbaik dan berkualiti tinggi. Jangan ada yang makan komisyen besar besar sudah. Alah, tapi, pusing pusing yang makan kontraktor juga. Masalahnya di sini, kontraktor yang makan, pihak kerajaan yang dituduh nanti.

Ok, mungkin akan ada yang argue LRT extension pada tahun 2012 hanya bernilai RM7b untuk 34km. Extension, means menambah. MRT, membina yang baru sebaru barunya. Mungkin hal harga ni boleh ada audit yang lebih telus untuk pantau. Audit daripada pihak kerajaan dan rakyat mungkin, biar win win situation untuk semua orang.

Habis dekat situ hal MRT. Selepas itu, ada lagi ucapan daripada yang lain. Ha, ni nak cerita. Di pertengahan ucapan, tiba tiba ada pula announcement, orang hilang anak. Menangis budak tu atas pentas tak jumpa mak ayah. Pengacara majlis pun umum lah tadi. Itulah, aku tak setuju bab membawa anak ni. Hari Ahad ni, kasilah budak budak tu duduk rumah berehat. Esok sekolah. Ha, kan dah hilang anak sampai bagai. Hal ini juga melanggar peraturan yang dah diberikan oleh pihak polis kepada penganjur. Nak buat macam mana, masa risalah edaran untuk ke Himpunan ni, pihak penganjur siap pesan suruh bawak keluarga rakan rakan dan ramai lagi. Jadi, ini aku memang rasa penganjur perlu sedikit sebanyak bertanggungjawab sebab tak ada amaran tentang hal ini. Bukan apa, just untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

Oh, anak tadi dari Jengka Pusat.


Budak tahfiz Seri Damai. Aku tanya, kenapa datang. Disuruh datang. Haih.

Dan akhir sekali, tibalah waktu yang semua orang tunggu. Ucapan terakhir dan penutup daripada Anwar Ibrahim. Yes. Manifesto baru keluar. Boleh tengok video di entri sini.

Anwar kata, berjanji jika Pakatan dapat tawan Putrajaya, Lynas dan kilang kilang tidak environmental-friendly yang lain akan ditutup sama. Hehehe. Semua orang bersorak. Aku pun harapkan perkara yang sama, tetapi indah khabar selalunya dari rupa. Jangan lupa, mereka juga menjanjikan perkara yang sama, PAS kata, kalau kita menang Selangor, kita akan tutup kilang Carlsberg di Shah Alam. Malah, Shah Alam sendiri dimenangi oleh PAS, Khalid Samad. Hm, tapi aku tengok, masih juga operate lagi kilang tu. Plus, jangan fikir ia mudah untuk tutup sewenang wenangnya kilang ni. Lynas Corp spent around RM700 juta untuk bina, dan kalau disuruh tutup, paling paling kena bayar pampasan. Pakatan ada RM700 juta untuk bayar?

And fear the most, jika mereka menang, dan mereka tak dapat tutup, mereka akan mengambil jalan mudah dan selamat menyalahkan kerajaan terdahulu. Damage has been done, apa nak buat, something like that. So, still tak membawa apa apa makna.

Setakat ini untuk laporan hari ini. Ok, to be fair, aku akan tulis pros and cons, dari pihak Lynas dan dari pihak penentang tentang isu ini. Itu hari aku dah dengar dari Lynas, dan hari ini aku dah dengar dari penentang. Nanti aku akan tulis pros and cons, dan tahap mana sangat sebenarnya bahaya yang digembar gemburkan, sampai kononnya nanti akan ada anak lahir kaki ke atas. Well, untuk kita berlaku adil, kita kena dengar dari dua dua pihak baru boleh take side kan?

Yes, aku tinggalkan dengan sebuah lagi video yang mengesahkan bahawa himpunan ini juga sebenarnya tak lebih sangat daripada sekuel Bersih series, iaitu Bersih 3. Kononnya ini bukan himpunan politik. Pfft. Tengok kehadiran pun dah tahu.

Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution, Shamsul Iskandar, Wan Azizah, The Pretty and Gorgeous Izzah (hehehe), Fuziah Saleh, Azan Ismail dan ramai lagi. Ronnie Liu, Eli Wong semua adalah.

Oh, and, berlaku juga penipuan tadi. Announcement kononnya menunggu ketibaan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob. Katanya Dato Nan dah bersetuju untuk datang. Yes, ini boleh berlaku keraguan, sebab bila dia tidak datang, maka rakyat akan kata dia tidak berani, bukan? Well, aku hubungi wakil dari pejabat Menteri Besar, dan disahkan tak ada langsung Tok Nan sebut pasal nak datang. Thus, keraguan rakyat telah ditimbul di situ. Cess.





Untuk sedikit info berkenaan Lynas, sila baca blog Brader Jai ini yang sama sama pergi Lynas tempohari dengan aku.

No comments:

Post a Comment