Cari dan Mencari

Sunday 19 February 2012

Perjuangan Pembangunan Singapura, Israel Dan Melayu Part 2

Ok ok. Sambung. Jadi, seperti yang kita tahu, Lee Kuan Yew merupakan orang Cina, dan kita sangat akui, orang Cina mempunyai kepakaran yang sangat superb dalam bidang ekonomi. Bukan kita sahaja akui, dunia juga akui sebab tahun tahun kebelakangan ini, negara China sudah mengatasi Amerika sendiri sebagai kuasa besar ekonomi dunia. Dan, kita lihat Singapura, di samping sokongan ekonomi dan pertahanan dari Israel, Amerika dan sekutu, Lee Kuan Yew juga berjaya merubah Singapura yang lewat merdeka daripada kita menjadi salah sebuah negara maju yang dikenali dunia. Dan disanjung.

Jadi, berkait rapat juga dengan perdebatan Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek semalam, kita tidak nafi, terdapat kemungkinan yang sangat besar bahawa Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang maju jika negara ini dipimpin di bawah kepimpinan Perdana Menteri dari kalangan orang Cina, seperti Singapura, kan?

There's only one problem. Malaysia, bukan Singapura. Malaysia ialah Tanah Melayu, dan Singapura ialah Temasik. Tanah Melayu ada Raja-Rajanya, dan orang orang Melayunya. Dan ada terdukung di atas bahu orang orang Melayu ini tadi akan dakwah perjuangan Islam dari zaman dahulukala lagi. Oleh sebab itu, sangat susah untuk kita terus tiru sebiji sepertimana Singapura. Kerana di samping perjuangan untuk membangunkan Tanah ini, ada juga perjuangan untuk memartabatkan Islam di bumi ini.

Ya, terdapat besar lompongnya dalam Malaysia hari ini. Akan tetapi, adakah sebarang jaminan jika pentadbiran diambil alih oleh bukan Islam, maka perjuangan memartabatkan Islam ini tadi dapat diteruskan? Untuk menjadi maju dan kaya, banyak cara. Contoh, Vegas. Buka sahaja pusat judi besar besar, legalize prostitution, riba besar besaran, perniagaan arak dan khinzir, dan banyak lagi. Akan tetapi, tanah ini bumi Islam. Sebab itu, di samping memajuka negara ini, Islam juga perlu dibangunkan. Dan bukan untuk menjadi racist, tetapi, seperti yang aku katakan tadi, orang Melayu datang dari Kepulauan Melayu, sementara Cina dan India sudah tentu datang dari Tanah Besar China dan India.

Bukan bermakna mereka tiada hak di atas tanah ini. Jika tiada, mustahil mereka mampu membuat duit. Robert Kuok, Lom Goh Tong, Ananda Krishnan, Tony Fernandes, kesemuanya bukan Melayu yang meraih kekayaan yang hebat di tanah ini. Malah, orang Cina juga menguasai hampir 70% lebih ekonomi di Malaysia. Ini bermakna hak mereka tidak perna terhalang.

Cuma, seperti termaktub dalam Wasiat Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, ada hak Melayu untuk orang Melayu di samping tidak menidakkan hak kaum lain. Maka atas perbezaan inilah, Malaysia ini tidak sesuai untuk meniru sebiji seperti Singapura.

Bukan bererti Melayu tidak mampu memajukan Malaysia. Lihat. Malaysia juga antara negara yang disegani atas sebab pembangunan dan keharmonian hidup rakyatnya yang berbilang bangsa. Dan juga perjuangan Islamnya, seperti OIC dan ketegasan kita memperjuang negara Palestin.

Cuma jika dilihat, antara kaum yang termiskin di Malaysia juga adalah orang Melayu. Maka akan dikatakan, salah UMNO ini semua kerana tidak mampu membawa keluar Melayu dari kemiskinan. Hehe. Bukan macam itu. Kita kena lihat. Melayu merupakan kaum terbesar dan teramai di Malaysia ini. Ramai orang Melayu kaya. Kita tengok dekat Pavilion, ramai anak Melayu kaya.

Tapi sebab Melayu ini ramai, maka tidaklah semua kaya. Kalau ada 20 orang Melayu, 12 kaya, akan ada 8 yang miskin. Berbanding dengan Cina. Tak seramai Melayu. So, kalau ada 10 orang, 6 kaya, 4 sahaja yang miskin. Orang akan lihat, 8 miskin lebih ramai daripada 4 yang miskin, sedangkan hakikatnya, percentage kemiskina yang kaya antara kedua tadi sama, 40%. Jadi sebab itu, nampak macam ramai yang miskin.

Ok, so cerita dia, akan ada yang berbunyi, kenapa tak diberi duit banyak banyak ke orang Melayu supaya menjadi kaya? Pernah dengar pepatah, jangan berikan ikan, tetapi berikan mata kail kepada mereka. Sebab itu, instead of beri duit, kerajaan memberi sebanyak mungkin peluang belajar kepada anak Melayu supaya mempunyai ilmu untuk berusaha dan menjadi kaya dan sebagainya.

Ok, sebenarnya, aku pun dah taktahu macam mana nak end kan benda ni. Hahaha. Nantilah sambung part 3. Kau orang, kalau ada idea, hulur hulurlah. Hehe. Terima kasih. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment