Cari dan Mencari

Saturday 18 February 2012

Perjuangan Pembangunan Singapura, Israel dan Melayu Part 1

Sehari dua ini, walaupun sibuk, aku ada juga menghabiskan masa beberapa ja di hadapan TV tengok Discovery Channel. The History of Singapore. Yes, for me, it is an interesting series. Bagaimana sejak zaman Stamford Raffles dari East India Company mengambil kawasan paya ini dan mempunyai visi untuk 'anak angkatnya' ini transform menjadi sebuah pelabuhan yang maju, dan sebuah kawasan yang bukan sekadar pelabuhan.

Digambarkan, bahawa Singapura ialah sebuah pulau yang orang ramai datang untuk berdagang barang, tetapi tidak juga dia nafikan bahawa Melayu merupakan penduduk asal pulau ini apabila menunjukkan ketika Raffles datang, ada gambaran orang Melayu trade ayam dan sebagainya sesama mereka.

Ya, banyak perdebatan kononnya Melayu ini juga merupakan pendatang, sama seperti kita di Malaysia. Dan aku sendiri kadang kadang akui, ramai antara kita, datang dari Kepulauan Jawa, Sumatera dan sebagainya. Tapi, mari kita lihat contohnya sebegini.

Sebuah kepulauan besar, dinamakan Kepulauan Melayu, Malay Archipelago yang menempatkan bangsa Melayu. Dan ada antara mereka, tinggal di tanah tanah dalam kepulauan ini seperti Siam, Filipina, Borneo, Sumatera, Jawa dan Tanah Melayu. Kemudian, barulah antara tanah tanah ini tadi mencapai kemerdekaan masing masing dan membentuk negara masing masing, tetapi itu tidak menafikan kewujudan Kepulauan Melayu tadi yang sudah wujud sejak sekian lama.

Ini juga dapat dibuktikan melalui budaya budaya yang diwarisi di beberapa negara ini tadi, seperti contoh, di Thailand, ada perkataan Melayu juga digunakan dalam bahasa Siam, sama seperti di Indonesia dan Filipina. Brunei, Singapura dan Malaya memang tak nafi lah sebab kejiranan antara tanah tanah ini tadi membuatkan lebih banyak budaya yang sama turut dikongsi. Contoh. Singapura, nasi lemak. Malaya juga ada nasi lemak. Kita tidak boleh claim makanan ini tadi hak milik sebuah negara sahaja kerana budaya ini tadi telah dikongsi sejak dahulu lagi. Sama juga seperti batik. Malah, sampai ke Afrika pun ada batik. Kita tidak boleh claim batik milik Malaysia atau Indonesia dan sebagainya, kerana budaya ini kita telah kongsi sejak dahulu, cuma mungkin coraknya ada perbezaan, dan jua cara pembuatan. Sama juga macam nasi lemak dan makanan lain. Tak apa. Nanti aku akan tulis tentang budaya dan makanan ini.


Malay Archipelago

Ok, so, dari Kepulauan ini, dan semangat maritim orang Melayu dahulu, maka banyak berlaku penghijrahan antara kepulauan ini tadi. Maka sebab itu, tidak mustahil, adanya orang Jawa di Malaya, orang orang Bugis di sana sini dan sebagainya. Analoginya, mari kita lihat contoh. Kita tinggal di Kuala Lumpur. Aku dari Keramat. Budin pula dari Setiawangsa. Dan mungkin, aku pindah Setiawangsa dekat dengan rumah Budin. Kamal dari Kampung Bharu pun pindah sama. Jadi, ini tidak mengatakan bahawa Aku dan Kamal sebagai pendatang kerana kami masih bermastautin di Kuala Lumpur. Kalau begitu, bila kita pindah dari Kelantan ke Melaka, adakah kita akan dilabel sebagai pendatang juga?

Ok, banyak nak cerita hal itu, tapi hari ini aku mai cerita pasal Singapura dahulu. Jadi, visi 200 tahun Stamford Raffles ialah melihat Singapura membangun menjadi sebuah pelabuhan dan persinggahan pedagang meniaga barang, tetapi tidak setakat itu. Dia mahukan Singapura menjadi lebih. Maka, melalui visi ini, asas penubuhan struktur Singapura itu dibina. Dan kemudian, visi ini disambung dan diteruskan di bawah pimpinan Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew. Dia melihat, untuk Singapura menjadi maju, perlukan pertahanan yang kukuh. Maka, around that time, tahun 1960-an, Singapura hanyalah sebuah negara kecil. Mana mungkin dia dapatkan sokongan dan pertahanan yang kuat bukan? At that time juga, Israel sedang membina nama sebagai sebuah negara kecil selepas ditubuhkn pasca-Perang Dunia. Maka, Lee Kuan Yew bekerjasama dengan Israel dari segi pertahanan, and then drive forward more on economy sehingga hari ini yang dapat kita liat sekarangm dan tidak nafikan, Singapura jauh lebih maju dari Malaysia sendiri.

Malaysia juga boleh menjadi sangat maju dari segi pertahanan dan ekonomi jika kita mengikut sebiji seperti Singapura, dengan bekerjasama lebih erat dengan USA, Israel dan sekutu mereka dari banyak segi. Dan caranya mudah. Undilah DAP, kerana seperti yang kita tahu, DAP ialah PAP di Malaysia. People's Action Party Singapura merupakan parti pemerintah Singapura, manakala Democratic Action Party di Malaysia. (Ada nampak similarity in their names?) Dan seperti yang kita tahu, Lee Kuan Yew sangat tegas dalam memacu negara, kerana dia mahu mencapai visinya. Which is good. Macam Mahathir.

Antara ketegasan Lee Kuan Yew membentuk peribadi Singapura ialah dengan mengenakan undang undang yang cukup tegas. No chewing gum. Jika tidak flush tandas awam, denda. Penjara.Buang sampah merata, denda. Dan ini adalah bagus. Kerana kita nampak Singapura juga agak bersih disebabkan undang undang ini. But then, mampukah kita Malaysia apply this rule? Polis tahan dalam roadblock pun polis boleh dituduh bodoh. Polis halang perhimpunan pun polis dibabikan. Inikan pula polis nak denda sebab buang sampah dan tak flush. Mahu kena pecat polis kalau macam tu.

Sebab apa ini berlaku? Ya. Kebebasan hak asasi. Bebas untuk buat apa sahaja. Bebas buang sampa, bebas berdemo melalak sana sini. Dan bebas segala macam. So, it is nearly impossible untuk apply rule yang sangat ketat. Rule yang sangat ketat juga membawa kepada application of Singapore yang hampir tiada pembangkang pada zaman Kuan Yew kerana sesiapa sahaja yang membangkang akan dikenakan tindakan, seperti bankruptcy. Ini untuk menjaga kesetiaan rakyat terhadap pemerintah. Malaysia? Memang tak akan la. Pembangkang sampai jadi kaya raya anak beranak. Boleh saja hidup bebas, tapi dituduh kerajaan zalim juga. '

Gila. Aku dah sesat dah ayat ni. Perut pun dah lapar. Nanti lah sambung. Haha. Cuma, kalau kau orang boleh nampak ke mana kesinambungannya cerita aku ini, so, harap kau orang boleh nampak. Jumpa lagi.

2 comments:

  1. bro, sgt dissapoited lah dgn article ini. Ingat nak story pasal History or Australasia..rupa2 nya pasal politik..tak habis2. gua dah 5 tahun belajar political scince pun dah tak minat nak discuss pasal politic.. "We'd all like to vote for the best man, but he's never a candidate. " Peace

    ReplyDelete
  2. intro je lain, last2 politik jugak, hampeh je

    ReplyDelete