Sampai jadi orang Kerinchi baru baru ini katanya! Siapa?
Ha, sudahnya, kena tumbuk sebiji di muka. Ok. Pada aku dalam kes ini, orang yang tumbuk itu pun patut diambil tindakan, sebab sebenci mana pun kita pada seseorang, kita tiada hak untuk pukul orang.
Tapi, tak bermakna orang yang dipukul tak bersalah! Kalau dah sampai orang pukul kau, kena faham fahamlah. Ramai yang meletakkan kesalahan di bahu PEKIDA dalam kes ini. Aku tak tahu, pasal tak ada di tempat itu, tapi kalau dah sampai makcik makcik pakai anak tudung berkain batik pun dah jerit suruh kau blah, nak cakap apa lagi kan? Makcik makcik semua tu PEKIDA ke?
Kerana mulut, badan binasa. Plus, yang sampai kau mengaku kau tu budak Kerinchi apa cerita? kau pun belajar UPSI, bukannya belajar KL kot. Tak tahulah kalau Izzah dah sponsor kau tinggal dekat KL sekarang kan? Dengar cerita sejak 'cuti' 3 semester ni, ke hulur ke hilir kau berkempen. Ehem ehem. Banyak duit nak berjalan. Ada sponsor ke? Takkan PTPTN punya duit kot. Kau kata nak mansuhkan PTPTN.
Dan ini pula sedikit petikan aku petik dari Apa Kecoh Kecoh, luahan orang orang Kerinchi.
Ucapan terima kasih ni aku sampaikan  kat Nurul Izzah bagi pihak 432 keluarga yang menerima tawaran pembangunan semula  Flat 4 Tingkat Kerinchi:
1. Terima kasih Nurul  kerana menyebabkan pembangunan semula rumah kami tergendala. Kalau pembangunan  mula semasa tahun 2009 dulu, tahun depan kami dah dapat rumah  baru!!
2. Terima kasih Nurul  kerana menyebabkan perpecahan antara jiran-tetangga yang dulunya mempunyai  hubungan erat. Kerana engkaulah jiran yang dulu sering bertegur-sapa, sekarang  bila jumpa dah bermasam muka.
3. Terima kasih Nurul  kerana membawa masuk orang asing untuk campur tangan dalam urusan rumahtangga  kami.
Kawasan ini 100%  Melayu, tapi kau bawa masuk samseng Cina dan India untuk buat kacau.  Kau bawa masuk orang luar yang takda kena-mengena dengan Lembah Pantai untuk  buat kecoh.
Siapa Adam  Adli?
Dia bukan orang  Kerinchi.
Dia bukan orang Lembah  Pantai.
Dia bukan orang  KL.
Dia tak pernah ambil  peduli pasal Lembah Pantai sebelum ni.
Jadi, mengapa dia datang  buat kacau?
Ucapan terima kasih ni aku sampaikan  kat Nurul Izzah bagi pihak 35 orang yang menolak tawaran pembangunan semula Flat  4 Tingkat Kerinchi:
1. Terima kasih Nurul  kerana menghasut kami untuk menolak tawaran pembangunan semula rumah kami.  Kerana kamu, kami hilang peluang untuk dapat pampasan lebih tinggi dan hilang  peluang untuk dapat rumah baru.
Kalau kami terima  tawaran dulu, dah dapat rumah baru bernilai RM250,000. Tapi kau hasut  kami untuk tuntut RM600,000. 
Sekarang, apa yang kami  dapat? RM73,000 sahaja. Rumah pun tak dapat. Nasib baik Dato’ Raja  Nong Chik bantu kami untuk menyewa rumah PPR.
Ni dia aksi  Nurul main futsal masa penduduk Flat 4 Tkt sibuk berpindah.

Dato' Raja Nong Chik bersama Hj Hashim Selim, bekas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak yg mewakili penduduk yg membantah
Ahli BN &  UMNO sedang sibuk bantu penduduk berpindah
2. Terima kasih Nurul  kerana TAK bantu kami pindah dan langsung TAK jenguk keadaan kami.  Kami sedar, main futsal dan badminton lebih penting dari bantu kami untuk  pindah.
Nasib baik Dato’ Raja  Nong Chik bantu kami pindah bersama orang BN & UMNO.  Lori disediakan.  Tenaga kerja disediakan. Tikar getah pun Dato Raja Nong Chik bagi untuk rumah  kami.
Ucapan terakhir ni aku sampaikan kat  Nurul Izzah bagi pihak SEMUA penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi:
TERIMA KASIH BANYAK NURUL IZZAH!!  TOLONG JANGAN GANGGU KAMI SELEPAS INI. PILIHAN RAYA NANTI KAMI AKAN BER’TERIMA  KASIH’ LAGI KEPADA KAMU!!
PTUIHHHH!!!!
Kalau kita betul betul nak tahu apa yang sebenar terjadi, pergilah sendiri dengar luahan orang sana. Jangan dengarkan si Nurul Izzah ni. Dia bukannya orang Flat Kerinchi ni pun. Dia orang mana sebenarnya pun aku tak tahu. Bila ada kes je baru muncul. 
Niat mereka sebenarnya nak berpolitik, bukan nak jadi wakil rakyat untuk membantuk rakyat. Mohon kita sedar lah sama sama.


No comments:
Post a Comment