Cari dan Mencari

Wednesday, 28 March 2012

Penjelasan Pakar Nuklear UKM Berkenaan Lynas, Tolak Atau Terima?

Sedang aku belek belek internet, terjumpa pula bacaan ini.

Mungkin, kita boleh buka mata dan cuba terima penjelasan dari pakar sebenar, bukan pakar politik semata mata.

*Yang di-italic-kan ada dakwaan, dan di bawahnya explaination.

ISU LYNAS : Mencari Kebenaran Yang Sebenar

 

Prof Dr Ismail Bahari 

SmSn(UKM). Msc(London), PhD (Colorado State)

Kepakaran: Fizik sinaran

No Bilik : Bangunan Sains Nuklear, UKM

Tel: +603-89215478

e-mail: ismailb@ukm.my


Membetulkan maklumat 'menyesatkan'


Oleh Prof Dr. Ismail Bahari

Prof Dr. Ismail Bahari ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri lebih 30 tahun.

TERLALU banyak maklumat salah yang boleh 'menyesatkan' pembaca yang saya dapati pada temu bual dengan seorang yang dikatakan sebagai 'pakar nuklear', seperti mana dilaporkan dalam akhbar terbitan parti pembangkang baru-baru ini.

Bukan tujuan untuk memperkecil-kecilkan kepakaran 'pakar nuklear' yang ditemu bual itu, tetapi untuk membetulkan daripada sudut fakta ilmiah semata-mata.


* Panel penasihat Agensi Tenaga dan Atom Antarabangsa (IAEA) yang membuat penyelidikan dan keputusan bagi projek Lynas Advanced Manufacturing Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan telah menyembunyikan maklumat tentang wujudnya bahan-bahan uranium dan thorium dalam projek tersebut.

Untuk penjelasan, panel IAEA ini adalah panel pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menaksir kesan dan risiko radiologi akibat pelaksanaan projek Lynas ini. Bermakna, mereka dipanggil untuk memberi pandangan bebas terhadap isu radionuklid semula jadi bahan-bahan uranium dan thorium.

Ini telah disebut dengan jelas dalam laporan panel pakar IAEA itu sendiri, agak pelik jika hal ini tidak disedari sekiranya laporan ini benar-benar dibaca dan difahami oleh 'pakar nuklear' berkenaan.

* Kadar bahan radioaktif dalam nadir bumi adalah rendah tetapi jumlah yang dibawa masuk besar.
 
Istilah tepat sepatutnya ialah kepekatan aktiviti bukan kadar bahan radioaktif. Jika kepekatan aktiviti radionuklid adalah rendah seperti diakui oleh 'pakar nuklear' itu sendiri, maka dosnya sudah pasti rendah. 

Aras dos rendah kepada pekerja Lynas dan orang ramai sekitar kilang Lynas telah dilaporkan dalam Penaksiran Impak Radiologi (RIA) yang dibentangkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Perlu ditekankan bahawa operasi Lynas tidak memekatkan kepekatan aktiviti thorium. Kepekatan aktiviti thorium dalam pekatan lantinid adalah sama dengan kepekatan aktiviti residu (iaitu sekitar 6 Bq g-1)

* Bahan buangan mengandungi uranium dan thorium dicampak ke dalam kawasan pembuangan seluas 48 hektar, kemudian menjadi pekatan yang menghasilkan gas radon selain habuk-habuk thorium dan uranium.

Sedangkan, 'bahan buangan' tidak dicampakkan ke dalam kawasan pembuangan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, disimpan sementara dalam sel yang direka dan dibina khas, selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf selamat.Kaedah kejuruteraan yang digunakan ini serta sifat fiziko-kimia uranium dan thorium itu sendiri akan memastikan tidak berlaku penyebaran gas radon/thoron serta habuk mengandungi uranium dan thorium yang memudaratkan manusia.

Perlu ditekankan bahawa RIA ke atas projek ini mendapati potensi penyebaran gas thoron adalah sangat kecil dan sukar diukur. Perlu ditekankan juga persekitaran semula jadi sendiri mempunyai uranium dan thorium yang masing-masing membebaskan gas radon dan thoron.

* Betapa bahan uranium yang terdapat dalam projek Lynas ini adalah sama dengan yang digunakan dalam loji nuklear Fukushima di Jepun.

Sedangkan, ini adalah maklumat yang sangat tidak lengkap, menyesatkan malahan berbahaya. Memang U-238 terkandung dalam bahan proses Lynas adalah sama jenisnya dengan yang digunakan dalam reaktor nuklear di Fukushima tetapi kepekatan yang terdapat pada kedua-duanya adalah berbeza ' ibarat langit dan bumi'.

Uranium semula jadi (seperti yag digunakan oleh Lynas) terdiri daripada 0.7 peratus (%) U-235 dan 99.3% U-238.

U-235 adalah bahan belahan dalam bahan api nuklear yang sangat penting untuk memulakan tindak balas nuklear. Dalam bahan api nuklear kepekatan U-235 diperkaya menjadi 5%.

Dalam reaktor nuklear Fukushima yang menggunakan bahan api MOX atau campuran bahan belahan oksida, U-235 tidak digunakan dalam bahan api nuklear tetapi digantikan dengan Plutonium-239 (radionuklid ini tidak terdapat secara semula jadi dalam alam sekitar dan tidak ada dalam bahan pekatan yang digunakan Lynas).

Sepekara lagi, uranium bukan hanya ada dalam bahan api nuklear dan pekatan lanthanid Lynas (28 ppm) sahaja tetapi wujud dalam baja (boleh mencapai 400 ppm) dan arang batu (> 100 ppm).

Secara anologi, 'pakar nuklear' berkenaan seolah-olah menyatakan bahawa tanah di Pahang atau keseluruhan Malaysia mempunyai persamaan dengan reaktor nuklear di Fukushima hanya kerana ia mempunyai bahan uranium yang sama.

* Bahan buangan Lynas boleh mencemarkan air dan alam sekitar.

Sedangkan, hasil kajian RIA mendapati bahan buangan Lynas tidak mencemarkan air dalam alam sekitar. Sama seperti kilang-kilang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng, setiap pelepasan kilang ke persekitaran hendaklah mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan AELB.

* Gas radon akan terbebas ke udara. Partikel alfa yang dihidu juga boleh merosakkan sel tubuh dan kromosom manusia.

Sedangkan, maklumat ini tidak lengkap dan sekali lagi menyesatkan. Memang benar gas radon dihasilkan tetapi 'pakar nuklear' tersebut tidak pula menyatakan bahawa gas radon daripada thorium (lebih tepat disebut thoron) mempunyai jangka hayat yang sangat pendek, cuma 56 saat.

Ini bermakna dalam masa 56 saat gas thoron terbentuk dan dibebaskan ke udara, ia akan segera menyepai menjadi radionuklid pepejal yang jatuh ke bumi serta tidak membahayakan. Dengan kepekatan aktiviti yang kecil, kemungkinan thoron dihidu dan memudaratkan adalah sangat tipis.

Pakar Nuklear ini lupa atau sengaja lupa menyatakan bahawa risiko dikawal dengan Had Dos. Selagi Had Dos tidak dilampaui, risikonya boleh diterima. Had Dos ini digunakan kerana kita perlu ingat bahawa kita sentiasa terdedah kepada uranium dan thorium semula jadi.

Selagi ada uranium dan thorium, selagi itu kita terdedah kepada radon, thoron dan zarah alfa. Pendek kata kita tidak boleh kata kita tidak hendak didedahkan kepada radon, thoron atau zarah alfa atau sinaran sebab kesemua ini berada di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Sebaliknya, berdasarkan kepekatan aktiviti Th-232 yang ada dalam bahan mentah dan residu pemprosesan Lynas, serta sifat fizik gas thoron itu sendiri telah ditentukan secara saintifik tidak mampu mencemarkan alam sekitar sehingga ke tahap dikatakan berbahaya kepada manusia yang menghidunya.

* Pelan pelupusan sisa adalah tidak lengkap.

Sedangkan, sebagai ' pakar nuklear', beliau tentu tahu bahawa pelan pelupusan sisa bukan setakat melupus sisa dengan menanam, tetapi turut merangkumi penggunaan semula sisa tersebut dengan selamat. Dengan cara ini, isu pelupusan kekal mungkin tidak diperlukan.

Jika perlu dilupuskan, Lynas pula sudah mereka bentuk dan membina tapak pelupusan sementara yang mematuhi segala syarat dan kriteria pembinaan tapak pelupusan kekal (sungguhpun bukan matlamatnya untuk menjadikan tapak tersebut sebagai tapak pelupusan sisa kekal).

* "Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menolak industri ini kerana tidak ada level radiasi yang selamat".

Sebagai seorang pendidik dan penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri selama lebih 30 tahun (dan masih berkhidmat dengan selamat), saya amat terkejut dengan kesimpulan yang dibuat oleh 'pakar nuklear' itu.

Sama ada disedari atau tidak, beliau sebenarnya menyatakan bahawa kita boleh hidup dalam dunia yang bebas daripada dedahan sinaran atau radiasi. Bukan pakar nuklear pun tahu, ini tidak benar sama sekali. Sama ada kita hendak atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada sinaran dari bumi dan matahari.

Malah terdapat beberapa tempat di negara kita yang mempunyai aras sinaran semula jadi yang lebih tinggi daripada aras purata tanah- tanih Malaysia. Sila rujuk hasil kajian aras sinaran di kawasan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Pantai Pasir Hitam di Langkawi.

Begitu juga, cuba lihat di Ramsar, Iran; Kerala, India; Grand Junction, Colorado, Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain yang disahkan mempunyai aras sinaran semula jadi yang jauh lebih tinggi daripada apa yang bakal dibebaskan oleh Lynas.

Persoalannya, adakah penduduk di tempat-tempat tersebut semua cacat dan terencat? Malah, kajian ke atas penduduk di Ramsar, Iran mendapati penduduk di sana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada rakyat Iran di tempat-tempat lain.

Rujuklah dokumen ilmiah sebelum membuat pernyataan tidak tepat, salah dan mampu menyesatkan. 'Pakar nuklear' tersebut pernah belajar dan memperolehi ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Nuklear dan Fizik di Amerika Syarikat. Tidakkah beliau terdedah kepada sinaran semasa pengajiannya?

Tentulah ada. Maka, adakah beliau atau keluarga beliau mengalami apa-apa kecacatan akibat dedahan sinaran tidak kira rendah mana pun tahapnya?

Pakar Nuklear sepatutnya mendidik masyarakat tentang fakta sebenar sinaran dan kesannya, dan tidak menyesatkan masyarakat dengan maklumat yang tidak lengkap dan salah.

 
 
Ok, cakaplah dia dibayar e, AELB dibayar ke, semua orang dibayar pun, tak apa. Sebabnya, tindakan pembangkang sendiri yang menolak PSC khas untuk kaji kes ini nampak macam ada sesuatu.
 
Kalau nak betul betul tak bias dan fair, join PSC ini, sama sama bayar pakar, sama sama bawa pakar masing masing, and kita tengok apa keputusannya.
 
Ini tak, awal awal dah tolak. Nanti, bila kerajaan buat keputusan teruskan Lynas, cakap kerajaan bias. Habis, bila kerajaan bagi peluang untuk tak bias, kau pulak taknak join. Pfft. Jangan makan gaji buta. Jadi wakil rakyat, tapi tak mahu mewakili suara rakyat dalam parlimen. Rumah bagak masing masing.

Monday, 26 March 2012

Subsidi Kerajaan Hanyalah Satu Penipuan Semata Mata???

Subsidi subsidi, ah, tipu kerajaan. Aku tak pernah merasa sesen pun subsidi kerajaan!

Haha, ini antara yang biasa kia dengar rintihan dalam kalangan kita semua. Betul ke sesen pun kita tak merasa? Kalau gula naik 10sen, tiba tiba air teh O dekat mamak dah naik 20 sen harga. So, kenaikan harga teh O tadi salah kerajaan atau salah mamak tadi?

Mungkin, kita tidak nampak, namun marilah kita ambil seminit dua untuk kita hayati apa yang sebenarnya dah kita merasa. Untuk pro-pembangkang, kalau gambar Rosmah sebelah Agong kau orangboleh ketawa berdekah dekah sejam dua melayan gambar macam tu, dan percaya, kenapa tak boleh ambil seminit dua layan gambar dekat bawah ni? Mungkin ada kebenarannya dalm kerajaan yang kau tentang ini. Betul, kerajaan tak sempurna, tapi, ia tidaklah sampai kerajaan tak pernah buat apa apa dalam hidup kau.




Kredit to MyMassa atas grafik di atas. Ceh. Padahal dah tulis dekat atas. Gedik juga aku sebut lagi. Haha. Aku curi ini tadi dari Aloq Laloq

Pendedahan Panas Mahasiswa Pro-M!!!

Salam. Ok, lamanya tak update. Busy. Biasalah. Jadi mahasiswa yang tak pergi demo ni, kerja kami belajar dan buat program, dan kadang kadang melepak. Tapi tak lah sampai pergi demo. Kami melepak pasal nak rehat. Haha.

Tapi hari ini, kecoh juga dekat blog blog mahasiswa, lain, Mahasiswa Utara, Brader Jai, Middle Voices dan beberapa lagi blog lain yang menceritakan tentang pengakuan bekas mahasiswa Pro-M. Ha, kalau dah bekas sendiri yang dedah, ada la betulnya tu. Datang dari dalam.

Sama la macam Anwar Ibrahim tu, kononnya mendedahkan salah salah UMNO sejak dia dari dalam UMNO lagi. Siapa nafi UMNO tak bersih kan? Tak kenapa nafi Anwar pun tak bersih? Semua orang ada jahat baiknya.

Ah, apa apa pun, mari layan video di bawah.


Aku tak nafi, memang betul niat nak masuk Persatuan Islam dan sebagai, tapi kenapa persatuan tu sendiri macam matlamatnya hanya untuk menjatuhkan kerajaan lah, demo lah, apa lah. Tak boleh ke diam diam je duduk buat baik. Jaga maruah.

Ops. Nak tahu siapa lagi bekas PRESIDEN PMIUM sendiri? Hahaha.

Memperkenalkan, Dato Shahlan Ismail, S/U Politik Najib Razak hari ini, dan dia pernah menceritakan dalam satu perjumpaan tertutup, kenapa dari Presiden PMIUM, dia boleh sampai hari ini beralih menjadi Setpol Najib Razak.

Nanti, free free, aku ceritakan. Untuk sekarang, layan video tadi dan link link blog tadi.

Ehem. Sampai join Aman Kampus sekarang. Ok lah, ada kerja,daripada baring atas jalan. Hehehe

Saturday, 24 March 2012

Selamat Hari Jadi Yang Ke-205 PDRM!!!

Semoga sentiasa diberkati Allah s.w.t hendaknya. Dan kita pula, sebagai rakyat, ya, mulut memang senang dan laju je nak maki polis kalau mereka jalankan tugas, tapi mari la kita sama sama menghayati pengorbanan yang mereka lakukan. Janganlah cakap mereka bergaji sebab cukai yang kita bayar. Mereka juga bergaji sebab cukai yang mereka sendiri bayar, and untuk tugas menjaga keamanan negara supaya kita dapat hidup berlari dan ber-Facebook dengan riang, itu lebih tinggi harganya daripada cukai.

Bersempena dengan itu, marilah kita sama sama layan video di bawah, tentang sejarah The Legendary Penjara Pudu dan sedikit sejarah dari blog Papagomo ini, Sejarah PDRM Yang Rakyat Perlu Tahu

Friday, 23 March 2012

Ibu Ibu Yang Membunuh Anak Anak Secara 'Demokrasi'!!!

Amboi, Happy betul International Day sampai terjerit terlolong macam apa dah. Tak malu ke kak oi.


Tak boleh tak boleh. Ada benda aku boleh sabar lagi kalau pasal nak berDEMOkrasi dan hak kebebasan bersuara, tapi kalau sampai masa depan anak anak pun kau nak perkotak katikkan, kau jangan cakap pasal masa depan Malaysia la lahanat!!!

Maaf, aku memang tak suka mencarut dalam blog, sebab bahasa melambangkan keperibadian, tapi kalau dah macam gini gaya, "Women International Day" kepala abah kau!!!

Macam ni kau gelar women? Yang sepatutnya mendidik anak anak menjadi better for future, yet kau spoil kan mereka. Kau nampak macam ini event satu hari, tapi kau tak rasa apa yang tertanam dalam kepala budak budak tu?

Do not shout kepala bana kau!!!

Mohon, para pembaca, jangan sorang pun menyokong tindakan mereka. Betul ke kita mahukan kebebasan sampaikan budak budak tak bersalah pun kita nak aniaya? Perangai Zionis je yang aniaya budak budak ni. Bodoh!!!

Wednesday, 21 March 2012

Najib Razak Serang Mahasiswa Malaysia!!!

Sebelum ada yang nak pertikai, ada sedikit penjelasan di sini. Anwar hari ini, Twit dalam Twitternya, dia tak boleh datang UiTM, sebab universiti tidak izinkan. Betul. Universiti memang tidak mengizinkan ahli politik untuk memasuki kawasan kampus.

Namun demikian, Najib memasuki sebagai Ketua Negara, ketua kerajaan. Atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri. Sama juga macam Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng, atau Nik Aziz, mereka, untuk memasuki atau merasmikan apa apa acara, mestilah atas kapasiti sebagai Ketua Negeri, bukan sebagai politician. Alah, kalau Anwar jadi PM pun, mesti dia nak masuk universiti atas kapasiti dia, kan?

Ok, mari kita sambung cerita.



Ha, sebentar tadi baru sahaja Najib Razak 'menyerang' mahasiswa mahasiswa Malaysia. Hahaha. Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa untuk mahasiswa mahasiswa Malaysia, untuk lebih membantu kita dalam pelbagai aspek.

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) antara lain bertujuan untuk:
  • Mengurus, mengajar dan memantau aktiviti sukarelawan siswa dalam dan luar negara
  • Memartabatkan khidmat sukarelawan siswa di peringkat tempatan dan global
  • Membuka mata siswa terhadap dunia luar dan cabaran masyarakat yang bakal dihadapi
  • Meningkatkan rohani, jasmani dan mengajar siswa untuk menyumbang kepada masyarakat
  • Siswa dapat menghargai dan membalas jasa masyarakat

Menerusi YSS, mahasiswa akan dilantik sebagai duta universiti (University Ambassador) dan menjadi agen penghubung dan pengantaraan antara universiti dan masyarakat, selain dapat menghubungkan pertalian antara agensi kerajaan, syarikat korporat, pihak universiti dan komuniti.

Soalnya, kenapa semua benda ini perlu? Yes, kerana di samping mendidik secara akademik, siswa Malaysia juga perlu mahir dalam aspek pembangunan peribadi, soft skill orang kata. Di samping itu juga, kita dapat menanam nilai kemanusiaan sejagat dan menjadi lebih cakna terhadap isu isu dunia serta menyumbang kemajuan terhadap bangsa dan negara. Ha, ini semua termasuk dalam amanat amanat PM tadi.

Amanat PM tidak pula menyuruh pelajar kita berdemonstrasi dan baring atas jalan. Kahkahkah. Sempat juga Pak Najib berseloroh tadi,

"Kuat juga sokongan dan laungan dari siswa malam ini. Nampaknya, kalau seorang nak turunkan gambar saya, saya rasa ramai lagi yang nak menaikkan gambar saya." hahaha. Siapa makan cili, terasa pedas, pergilah minum susu.

Dan dia juga ada memetik soal kebebasan. "There is no 100% in democracy," sebab itu kerajaan bersetuju untuk meminda AUKU, dengan membenarkan pelajar berpolitik di luar kampus, atas dasar kepercayaan terhadap kematangan kita mahasiswa. Maknanya, kalau kita salah guna kebebasan ini, kitalah yang tidak matang sebenarnya. Jangan malukan nama mahasiswa, jangan malukan nama kita!!!

Kebebasan dengan tanggungjawab. Freedom with responsibility.

"We do not deliver promise, we deliver action." Hahaha.

Sebab itu atas nama kebebasan, ada saja pemimpin pembangkang yang katanya aktif menjemput siswa datang rumah sekarang ini. Bicara siswa katanya. Kihkihkih. Tak apa. Kebebasan AUKU. Siapa kata AUKU mengongkong siswa?
Tapi, apa yang aku boleh kata, sokongan mahasiswa terhadap Najib memang hebat tadi!!! Ya, kita tidak kata semua. Demokrasi, ada juga yang benci dia. Kita terima. Sebab itu, kita tidak pernah cakap, "Kami mewakili mahasiswa Malaysia," sebab kami tahu tak semua kami wakili.

Bukan macam ada sesetengah kumpulan tu. Pro-mahasiswa katanya, lepastu statement "kami mewakili mahasiswa Malaysia." Puihh. Tak pernah kau wakili aku pun. Mewakili baring atas jalan ke? Hahahah. Orang jalan jalan buat sukarelawan lagi bagus. Lagi bermanfaat.

Tuesday, 20 March 2012

Fuziah Akui Lynas Selamat!!!

Ops. Nampaknya, pembangkang seperti takut pula untuk menerima kebenaran apabila PSC yang dibentuk khas untuk mengkaji dan menjalankan survey terhadap Lynas, tidak disertai mereka. Macam macamlah alasan diberikan.

Dia dah macam student, bergaduh dengan lecturer, lepastu, masa exam, tak pergi sit for the paper. Alasannya, ah, aku ambil paper tu pun, lecturer tu mesti failkan aku sebab dia tak suka aku.

Ha,macam mana? Kalau kes Teoh Beng Hock, kes kes SPRM, kes kes melibatkan depa, laju je nak tubuh suruhanjaya siasatan lah, apalah. Nak dapatkan bukti. Ini, bila hal melibatkan macam ni, yang diberi peluang untuk kerajaan dan pembangkang bersama sama duduk dalam satu commisioner, mula lah, melalak sana sini. Kerajaan bagi peluang kebebasan bersuara, mereka sendiri tolak. Lepastu, mereka sendiri jerit konon kerajaan sekat kebebasan bersuara.

Kebebasan berakademik? Puihh. Tak payah cakap. Dr Che Rosli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang merupakan saintis nuklear pun tak dibenarkan keluar sebarang kenyataan berhubung isu ini. Kita sedia maklum Dr Che Rosli dah sahkan, based on academic field dia sebagai saintins nuklear, dia dah sahkan Lynas tak berbahaya. So, dalam Pakatan, Master In Marketing adalah lebih arif hal nuklear berbanding saintin nuklear sendiri.

Inilah katanya kebebasan berakademik dan bersuara!!!

PSC Lynas: Dewan Rakyat kecoh, Pakatan tak sertai

Lynas: ‘Kepakaran’ nuklear Fauziah Salleh disanggah

So lepasni, kalau tiba tiba kita dengar, Dr Che Rosli dipecat dari PAS atau keluar parti, kita tahulah, da dibayar UMNO. (LOL) Hakikatnya, untuk menjadi ahli Pakatan Rakyat, anda tidak boleh menjadi bijak pandai. Sebab, dalam Pakatan, hanya beberapa individu sahaja yang boleh jadi pandai. Tak kiralah anda PhD dalam doktor ke, nuklear ke, apa ke, Degree Sastera juga yang paling Professor sekali. Hahaha.

Lepas Hassan Ali, Kini Che Rosli Pula? Pakatan Sentiasa Maksum!!!