Cari dan Mencari

Wednesday 16 May 2012

PAS Itu Islam, Kenapa Kau Tentang? Kafir Tahu?

Ya. PAS itu perjuangannya Islam, UMNO pula perjuangannya Melayu. Jadi, kalau kita pusing kot mana pun, kita perlu perjuangkan Islam dahulu melebihi apa apa pun kan?

Ya. Aku tak pernah menentang perjuangan PAS menegakkan Islam. Malah, aku selalu rasa, apa yang kurang pada UMNO adalah perjuangan Islamnya mungkin tidak seserius PAS. Berapa kali dalam aku fikir sorang sorang aku akan kata, bila aku nak masuk PAS ni sebenarnya?

Jadi, aku balik kepada asal usul kedua duanya. Eh, apa ni. Bunyi macam aku ni orang UMNO pulak. Hahaha. Bukan. Aku bukan orang UMNO. Cuma kebetulan perjuangan aku ada sedikit sama dengan UMNO, ada sedikit sama dengan PAS. So, sebab itu tidak untuk aku menolak 100% keduanya, tapi tidak juga untuk menerima sepenuhnya.







Pahlawan.


Jadi, UMNO seperti kita tahu, terjadinya apabila persatuan persatuan Orang Melayu semasa itu mahu bersatu di atas satu platform yang satu. Meaning, di atas perjuangan ini, maka mereka sepakat untuk menubuhkan satu platform menjadi penghubung banyak banyak persatuan ini tadi. Dan tertubuhnya United Malays National Organisation. Maksudnya, bersatu beberapa pertubuhan Melayu ketika itu menjadi satu. Kerana apa? Kerana kita tahu, zaman itu, semangat kebangsaan itu kuat. Selagi namanya Melayu, dan sudah tentu Islam, maka darah Melayu itu membuatkan semangat ini bergema bagi menuntut kemerdekaan.

Cuma, ada segelintir Melayu yang tidak menyokong. Siapakah Melayu ini? Ya, Melayu Melayu seperti PKMM, API dan seangkatan yang bersama perjuangan komunis bagi melawan British penjajah semasa itu. So, kenapa tidak kita sokong PKMM dan API sedangkan mereka menentang British? Ya. Kerananya, walaupun mereka menentang kuat British, tetapi peristiwa peristiwa seperti Bukit Kepong, Sungai Beko Perak dan lain lain telah menunjukkan, tetapi ramai juga rakyat rakyat awam yang telah dibunuh oleh mereka, khususnya Melayu semasa itu. Jadi, walaupun matlamat mereka untuk menentang penjajah itu benar, tetapi matlamat itu tidak menghalalkan cara dengan membunuh mereka yang tidak berdosa.

So, golongan inilah yang menentang kuat kemerdekaan kita melalui rundingan semasa itu dengan British.

Macam mana pula dengan PAS? Ya. PAS juga merupakan UMNO pada asalnya, kerana mereka merupakan golongan Melayu yang merasakan Islam sebagai perjuangan sebenar berbanding Melayu. Ada yang kata, Presiden pertama PAS, iaitu Ustaz Ahmad Fuad menubuhkan PAS kerana tidak dapat bertanding pilhanraya melalui kerusi UMNO, tapi aku percaya, antara lain penubuhannya ialah kerana mahu perjuangan Islam sebagai perjuangan utama berbanding UMNO yang lebih memperjuangkan Melayu. Kerana saf awal pimpinan PAS juga merupakan ahli ahli Bahagian Agama UMNO pada ketika itu.

Jadi aku yakin, asas kepada perbezaan kedua ini adalah perjuangan asal, yakni Islam dan Melayu.

Tetapi, itu tidak bermakna UMNO sebuah parti yang tidak memperjuangkan Islam. Kerana apa UMNO itu memperjuangkan Melayu? Kerana, memang dari dahulu sehingga sekarang, sehingga termaktub dalam Perlembagaan, bahawa Melayu itu beragama Islam. Dan kita juga tidak boleh menafikan kewujudan bangsa Melayu, kerana di dalam Al-Quran juga ada disebut bahawa Tuhan menciptakan kita dari suku suku dan bangsa bangsa yang berbeza untuk kita saling kenal mengenal dan menghormati.






Maksud Melayu.


Jadi, apabila TG Nik Aziz beberapa tahun sudah berkata, malu dilahirkan sebagai Melayu, dan rela dilahirkan dalam bangsa apa sekalipun asalkan dia Islam, aku rasa sedikit terkilan. Kerana apa? Kalau kau dilahirkan dalam bangsa Inggeris, dan kebetulan kau lahir sebagai Islam, adakah yakin kau mampu untuk belajar tentang Islam secara mendalam dan sebagainya? Kita kena terima hakikat, takdir Tuhan yang melahirkan kita sebagai Melayu di Malaysia inilah yang menyebabkan kita ini Islam. Cuba Tuhan takdirkan kau dilahirkan di Ukraine, belum tentu kau Islam bukan?

Ini konklusi yang aku dapat baru baru ini. Kita ini lahir, belum tentu agamanya lagi. Sebab kita lahir lahir, kebanyakannya mengikut agama ibu bapa kita. Tapi kita ini lahir, sudah ditentukan bangsa kita. Maksud aku, kalau aku lahir sebagai Melayu, pusing ikut mana pun aku tetap mati sebagai Melayu, sebab memang itu lah darah kulit aku selamanya. Kecualilah Michael Jackson, dia boleh tukar warna kulit. Tapi, itupun tak menghalang dia dari menjadi seorang yang berkulit hitam dari segi bangsanya.

Tapi, jika kau dilahirkan sebagai seorang kafir, tak mustahil kau mati sebagai Islam. Ini kerana, agama boleh dididik atau diajar semasa hidup.

Dan sepertinya kita maklum, Melayu itu sememangnya Islam. Malah, perlembagaan sendiri menyebut Melayu itu Islam. Jadi, untuk seorang Melayu keluar dari Islam, dia seharusnya keluar dari Melayu dan menjadi bangsa lain terlebih dahulu, dan itu sudah tentu mustahil.

Maka, sebab itulah berdegar degar kita sebagai Melayu perlu mempertahan kemelayuan kita ini. Kerana inilah jati diri kita, jati diri yang membentuk asas agama dalam jiwa kita.

Dan PAS itu juga sebuah parti, bukan agama. Sebagaimana aku bukan ahli UMNO, tak bermakna aku tidak perjuangkan Melayu. Dan aku juga bukan ahli PAS, adakah bermakna aku kafir?

Cuma mungkin, apa yang lebih baik pada aku, adalah jika mereka bergabung, maka sudah tentu PAS dapat menanam lebih jiwa Islam itu dalam UMNO, dan UMNO terus memperjuangkan nasib anak bangsa.

Cuma, ego.

Yes. Ini satu lagi. Pada aku, jika benar asas perjuangan PAS adalah Islam dan bukannya politik semata mata, maka tidak ada alasan untuk dia menolah perpaduan sesama Muslim, kerana ini juga dituntut dalam Al-Quran. Maka, kalau setakat cakap perjuangan berlandaskan Al-Quran tapi tidak praktikkan amalannya, maka pada aku, perjuangan itu adalah satu retorik, dan hanyalah berbaur politik semata mata.

Apapun, feel no hesitated to comment below and share pendapat masing masing. Tak apa. Saya Melayu saya Islam. Saya bukan DAP yang terus buang ahlinya yang memberi pendapat. Hahaha.

Sabarlah Tunku Aziz.

7 comments:

  1. PAS TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ISLAM SBG 'AD-DIN'. PAS TIDAK ADA DALAM AL-QURAN ATAU HADIS ATAU TIDAK ADA DIIJMAKKAN OLEH ULAMA' SBG AGAMA.

    SOKONG PAS BUKAN BERERTI SOKONG ISLAM. TENTANG PAS TIDAK BERERTI TENTANG ISLAM. TIDAK SOKONG PAS TIDAK JAHILIAH. KELUAR PAS TAK JADI MURTAD.

    ReplyDelete
  2. Nabi tidak pernah memperjuangkan bangsanya sendiri. Apalah sangat yg ada pada bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi melihat betapa jahilnya bangsa Arab ketika itu membuatkan baginda keluar mencari hidayah.

      Dan dalam bangsa baginda sendiri dululah baginda berdakwah, dan bangsa baginda Arab jugalah, Aus Khazraj, dan Muhajirin Ansar yang baginda satukan kerana tahu, kekuatan sesebuah bangsa akan menjadi nadi kepada kekuatan negara, dan dari situ akan lahirlah bangsa kuat yang mampu membangunkan Islam.

      Delete
  3. sape pulak kata PAS tu ISLAM.....jangan buat kenyataan yg merosakan iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis, yang selama ni Nik Aziz dan Hadi Awang keluar amanat kata tentang PAS bererti tolak Islam tu apa cerita? Yang kata Undi PAS masuk syurga sebab undi Islam tu apa cerita? Siapa yang merosakkan iman?

      Delete
    2. gi tnye die sdri la nk tau..
      dgr sblh pihak mmg xtau smpai abes..

      Delete
  4. Anda lain mcm bile lapar.....

    ReplyDelete