Cari dan Mencari

Tuesday, 17 April 2012

Mahasiswa 'Robot' V Mahasiswa 'Rebel' !!! Let The Game Begins!

Heboh juga sejak akhir akhir ini, perkataan mahasiswa seperti menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bermula dari isu AUKU, turunkan gambar Pak Menteri sampailah ke isu mansuhkan PTPTN, mahasiswa sana mahasiswa sini. Dan sesama mahasiswa sendiri seakan menjadi perang. Mahasiswa 'robot' lah, mahasewel lah. Macam macam gelaran.

Jadi, tertarik untuk aku bercakap soal mahasiswa robot sebenarnya di sini. Istilah ini diluahkan oleh Adam Adli and the geng dan ditujukan kepada mahasiswa mahasiswa yang kononnya seperti robot membontoti setiap apa yang dicakap oleh kerajaan. Kononnya tidak berani untuk menyuarakan pendapat dan pandangan masing masing. Kononnya tidak rebel. Yeah! Long live rebel! Kau rebel rebel nak pergi mana geng?

Ceritanya macam ini. Mahasiswa dikatakan robot kerana kononnya sudi untuk ditunggang oleh undang undang 'kejam' macam AUKU kononnya. Yang tidak membenarkan mahasiswa bersuara nyatakan pendapat. Entah. Hari hari aku kutuk Najib Anwar, Rosmah, Shamsidar (opss), tak rasa pulak AUKU ni halang aku. So the issue is, student is controlled by the law right?

Pelajar.

Kerjanya belajar. Setiap semester, lecturer aku suruh buat assignment. Suruh aku study. Suruh aku score tinggi tinggi result. Hm, mak bapak aku pun suruh buat benda yang sama. So, adakah aku ni robot sebab dengar semua cakap orang orang ini? Kira semua orang layak digelar robotlah ni ya?

Baiklah. Sebenarnya topiknya pasal politik kan? Ok, aku paham. Kononnya, kerajaan Najib hari hari suruh pelajar undi BN, sebab itu sebab ini. So, student yang dengar cakap Najib ini akan dikira sebagai robot sebab dengar melulu, begitu? Ok, mari kita terima argument ini.

Tapi, bolehlah juga aku lontarkan tuduhan yang sama kepada mahasiswa yang lain juga. Sebab Anwar juga menyuruh mahasiswa untuk berikan undi kepada diri dia. So, dia suruh juga kan? So, mahasiswa yang undi or sokong Anwar, robot jugalah macam mahasiswa yang sokong Najib? Kira, perlawanan antara robot Anwar menentang robot Najib, begitu?

Oh, bukan? Kononnya kau berfikir dan kau bijak, dan kami tuli dan kami robot? Kalau kau fikir dan rasa Anwar itu benar, maka ada juga mahasiswa lain yang berfikir Najib itu benar, jadi kenapa mahasiswa yang berfikir ini kita gelar mereka robot pulak instead of bijak macam kau?

Aku?

Entah. Pada aku, aku tengok apa yang pakcik pakcik politik ini sampaikan kepada kita. Mereka ini tua, so kita perlu hormat mereka. Dan apa nasihat mereka itu menunjukkan siapa mereka. Yang aku perasan, pembangkang ini suka benar encourage student untuk pergi turun padang dan berdemo, perjuangkan suara, hak dan sebagainya. Tahu tak yang kalau dah turun berdemo tu boleh ambil masa kita, dan mungkin boleh melalaikan kita daripada study? Which is our main responsibility? Adakah menunaikan tanggungjawab hakiki itu dikira sebagai robot? Adakah kau mahu menyamakan orang yang menunaikan ibadah wajib itu sebagai robot juga?

Belah kerajaan pula, hari harinya mereka menggesa untuk tidak join demo, belajar belajar belajar dan score pointer tinggi. Ya, encouragement ini juga banyak disampaikan melalui berbagai cara, antaranya insentif 'tak-perlu-bayar-PTPTN' kalau kita score pointer tinggi. Ya, ini bermaksud secara tidak langsung kerajaan menyuruh kita score pointer tinggi untuk dapat benda benda insentif macam ni kan? Bukankah itu nasihat yang baik?

Kalau ada orang tua yang berpesan dan menasihati kita untuk berbuat perkara baik, berdosakah untuk kita ikut? So, apakah hak engkau untuk cakap mahasiswa yang sokong kerajaan ini sebagai robot atau bodoh? Oh, pembangkang suruh kau orang turun berdemo, kau orang pergi turun berdemo tu tak nampak macam robot jugak ke?

Fine. Aku tahu juga. Beberapa isu akan berbangkit kalau cakap pasal sokong kerajaan. Cincinlah apa lah. Oh, terlupa. Aku diajar untuk berfikir dan kalau boleh cari sumber. Pasal isu cincin USD 24 juta ini aku berminat juga. Tak terfikir ke kau orang, kenapa akhbar luar negara tak ada sebut langsung pasal cincin ni? Kau tahu tak, kalau benar ada cincin bernilai USD 24 juta, maka cincin itu boleh diiktiraf sebagai cincin paling mahal di dunia, sebab through research yang aku buat, paling mahal pernah aku jumpa, USD 12 juta sahaja. Itupun selepas satu auction!

Sebenarnya, kalau betul ada cincin semahal ini, mesti media luar nak buat coverage kan? Sebab benda itu paling mahal di dunia. Ehem, takkan nak cakap Najib bayar media luar pulak. Sebenarnya, tak semestinya kalau Harakah or Suara Keadilan tulis, itu adalah benar. Harakah bukannya Al-Quran. Ia ditulis oleh manusia juga, sama macam Utusan.

So, siapa siapa yang ada terjumpa mana mana web cakap pasal cincin paling mahal dalam dunia, or the most expensive diamond ring in the world, dan 'cincin Rosmah' ada termasuk dalam kategori, sila bagitahu saya ya? Sebab saya mengamalkan konsep, kalau tak mahu percaya Utusan, jangan percaya Harakah juga. Sebab kalau baca salah satu pihak sahaja, memang tak lari daripada bias. Baca dua dua. Dan buat analisa. Barulah kau tak jadi robot. Peace! Haha

No comments:

Post a Comment