Cari dan Mencari

Sunday, 15 April 2012

Hapuskan PTPTN??? Tuntut Sama Anwar brahim!!!

Tengok dulu apa apa hal. Kalau anda seorang yang normal dan waras, anda akan malu dengan kejadian di atas. Lebih lebih lagi jika anda seorang Muslim. Mendoakan kematian seseorang, melakukan upacara Hindu dan kemudian mengakhiri upacara dengan laungan takbir? Masyaallah. Malunya aku.

Sebenarnya, untuk isu, aku setuju dengan apa yang diutarakan oleh Tun M. Kita setuju dengan pemansuhan PTPTN!

Yes, mansuhkannya untuk mereka yang mahukan ia dimansuhkan. Blacklist nama mereka mereka ini, dan pastikan mereka tidak mendapat walau sesen pun wang PTPTN, kerana mereka tidak perlukannya dalam hidup mereka. Namun, bagi yang memerlukan, kita bagi. Kerana kita tahu, untuk yang boleh berfkir dan bijak, mereka tahu ada caranya untuk mansuhkan PTPTN sebenar.

Dapat kepujian kelas pertama! PTPTN melahirkan pelajar yang bijak actually.

Oh, dan satu lagi. Apa kaitannya PTPTN dengan Najib dan Khaled Nordin? Adam Adli and the geng ni tahu tak siapa yang luluskan Akta ni sebenarnya? Anwar, 1 Julai 1997, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, malah memegang kerusi Pemangku Perdana menteri, yakni dia menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun M sekejap untuk beberapa ketika. Dia yang meluluskannya you rascal! Kenapa kau suruh Najib sama Khaled Nordin yang mati pula?

Khalid Ismath, budak yang bercakap dan mengaracakan upacara ini dalam video di atas, dia bangga kerana katanya dia Syiah, dan Syiah itu hebat. No, what I mean is, Islam Syiah Sunni aku pasti tidak mengajar perkara jijik mendoakan kematian orang seperti di atas!

Malah, aku juga rasa rakan rakan Hindu kita boleh menyaman mereka semua di atas ini kerana mempermainkan upacara keagamaan agama mereka!

Hidup hidup! Hidup mahasiswa berilmu!

2 comments:

  1. mmg ape yg mereka buat itu salah...mereka mahu memperjuangkan sesuatu tp salah tu cre mereka..cume sy nk betul kn sedikit kenyataan awk yg anuar adalah yg bertanggungjawab tentang ptptn itu. awk dh lupa ke? saat ptptn diwujudkan dulu, dato' seri najib memegang jawatan menteri pendidikan yg bertanggungjawab meluluskan dan menggubal ptptn ni...harap maklum.terima ksih :)

    ReplyDelete
  2. Memang lah. Tapi, sebagai Menteri Kewangan ketika itu, mesti dia tahu sedikit sebanyak kan? Ke dia memang menentang PTPTN semasa itu? Malah, Lim Kit Siang sendiri meminta agar dana PTPTN ditambah lebih banyak.

    Kenapa mereka tak tenang terus ketika itu?

    ReplyDelete