Yes, jam 9 malam 9 Mac, Bicara Rakyat.
Tajuknya, Politik Baru: Antara Kebebasan Dan Tanggungjawab.
Seorang penonton membangkitkan isu, mengapa setiap kali pembangkang melakukan kesalahan, dituduh orang lain. Seperti contoh, kes Anwar Ibrahim dan Badrolamin. Dan jawapan Tian Chua adalah, oh, kes kes melibatkan mahkamah, kita tidak mahu ulas. Kita tunggu fakta kes dan sebagainya. Ya, menafikan. Hahah. Padahal kita semua tahu kes Anwar Ibrahim disalahkan mahkamah dan media perkakas kerajaan dan Badrolamin salahkan UMNO. Kan? Pandai pula dia cakap, oh, kes mahkamah kita tidak mahu komen. Puihh.
Then, Lokman Adam masuk. Mencelah. Diberi contoh, kes kes seperti kononnya Najib ada hubungan dengan Altantuya, Rosmah beli cincin kononnya mahal dan sebagainya. Yes. Semua ini tiada fakta kes, tetapi seganyang ganyangnya pembangkan mainkan isu ini. Betul. Aku sokong part ini.
Kemudian, Tian Chua membangkitkan isu kononnya kerajaan menyekat kebebasan media. Hah. Funny. Kalau betul sekat, tidak ada Malaysiakini, TVPas, Keadilan, Harakah dan sebagainya. Ya, betul, mereka tidak mempunyai full permit daripada kerajaan. Kenapa ini berlaku?
Kita ambil contoh, macam saudara Lokman Adam katakan, di Indonesia, mengamalkan kebebasan media secara total. Dan apa yang berlaku? Hal bolasepak, hal pencerobohan sempadan, hal Manohara, Nirmala Bonat, media bercetak Indonesia mensensasikan isu ini sesensasi sensasinya sehinggakan timbul perbalahan sedikit orang Indonesia terhadap Malaysia, sampai mahu diganyangnya negara kita. Kenapa? Kerana tiada pemantauan daripada kerajaan.
Dan media juga dikawal oleh kerajaan. Betul. Kita tengok. Semua kerajaan kawal media mereka. Kerajaan BN kawal Utusan, Berita Harian. 'Kerajaan' pembangkang juga mengawal media mereka. Keadilan, Harakah dan sebagainya. Malah, kita lihat, TVSelangor, media kerajaan negeri Selangor, juga dikawal. Ada kita baca TVSelangor puji kerajaan persekutuan lebih daripada mereka mengutuk? Hah.
Ok, untuk lebih lanjut, nantilah aku cari video ini.
Cuma, satu benda yang Anwar Ibrahim jelas jelas menipu. Media perkakas UMNO (RTM1) juga memberi ruang untuk pembangkang keluar TV la bro. Sejam lagi tu, SEJAM!!! Hahaha
UPDATE: Ok, ini yang terbaik. Soalan dari seorang akak, adakah pembangkang tak nampak langsung kebaikan pembangkang?
Nak tahu jawapan Tian Chua???
Hahahahahhahahahaa. Ok, kasi ketawa dahulu. Tian Chua cakap, ini tanggungjawab. Tanggungjawab pembangkang ialah menyuarakan kelemahan, and kita tidak perlu sepanjang masa memuji kerajaan. Tanggungjawab kita ialah untuk MENYUARAKAN KELEMAHAN.
Amboi, ini kerja paling sedap di dunia. Dalam dunia ni, semua benda ada kelemahan. So, kalau kerja kita hanya menyuarakan kelemahan, sedap betullah. Aku pun nak jadi Ahli Parlimen pembangkang. Menang je, masuk parlimen, tanggungjawab aku, membangkang. Hahaha
No comments:
Post a Comment