Yes, maka sehari dua ini sibuk diberitakan tentang isu amah Indon gaji RM700 sebulan buat satu kerja sahaja. Maknanya, kalau tugasnya memasak, memasak sahaja untuk RM700 itu. Nak buat kerja lain, tambah.
Ok, now banyak kita dengar cakap cakap dah pasal benda ni. Aku rasa, hampir 110% rakyat kita memang tidak aan setuju, dan aku memang 120% tak setuju. Kerananya? Pengalaman sendiri.
Ibu ayah aku pernah hired orang gaji sejak aku darjah 4, and sampai aku form 5, orang gaji yang sama ini memang bagus. Sebulan RM300, kerja jalan memang tip top. Masak pun sedap. Sebenarnya dia tak reti masak pun, tapi lepas mak aku ajar, dia jadi terer. Lepastu, dia berhenti.
And kemudian, around 2008, mak aku cari orang gaji lain. Here comes the problem then. Ambil orang gaji, dah kena bayar RM2000 one-off untuk fee apa entah. Lepastu, additional RM500 untuk percepatkan proses. Then, bila dah dapat, haram tak boleh buat kerja apa. Habis baju sutera mak aku dia pergi basuh mesin sekali dengan stokin semua. Masak ikan goreng, serupa rasa makan ikan dari laut. Masin. Lagi masin dari garam dia masak.
Itu baru satu part. Seminggu je lepastu, bangun suatu pagi, tahu tahu dia dah lari. Nasib baik tak bawak lari duit. Nah, now, RM2500 tadi nak claim dekat mana? Pergi semula agency, orang agency cakap mereka tak boleh buat apa apa dah. Sebab lari bukan bawah kuasa mereka.
Sabar. Tak habis lagi. Setahun lepastu, abang saudara aku terserempak dengan orang gaji tadi, tengah kerja kedai makan milik owner agency tadi! Ha, amacam? Menyirap tak menyirap?
Sebenarnya, aku rasa, isu amah yang Indonesia buat ini semata mata unuk mereka kaut untung sahaja. Kononnya amah terlatih. Bila sampai, ap pun tak boleh buat kerja. Aku tak cakap semua. Tapi, rata rata banyak aku dengar komplen pasa orang gaji. Dah la malas buat kerja, lepastu, asal ad sinetron, berderu laju tengok TV. Itu belum kira main handphone, bergayut dengan boyfriend lah apa lah. Padahal, kerjanya, tempat tinggal pun biasanya majikan sediakan. Makan pun bagi. Tapi mereka lagi naik kepala.
Nah. Solusi. Aku rasa, istead of penat penat bayar RM2500 ke sana, baik kerajaan kita, Kementerian Sumber Manusia ke, latih betul betul anak anak tempatan yang betul betul menganggur tak ada kerja. Latih mereka buat kerja rumah. Biar kita upah sahaja orang kita sendiri. Rotation duit kita pun dalam negara sahaja. Gaji pun, kalau dah RM700 makan pakai tempat tinggal semua disediakan, lagi baik. Kerja fastfood pun kadang kadang tak sampai RM700. Masalahnya cuma takut orang kita ego sahajalah, itu sahaja.
Dan lagi, sebenarnya pada pendapat dan pengalaman aku, orang gaji ni sebenarnya membunuh nilai dalam kekeluargaan kita. Kadang kadang, benda macam tutup TV, basuh pinggan mangkuk, basuh baju pakai mesin, semua nak suruh orang gaji. Kita tahu, ibu bapa kadang kadang ada kekangan waktu untuk lakukan semua itu. Tapi sebenarnya, dalam pada orang gaji sibuk duk buat kerja sana sini, anak anak pula tengok TV, main game, main internet. Nah. Jadi malas anak anak kita dibuatnya disebabkan orang gaji ini tadi. Boleh je padahal kita ajar anak anak kita untuk buat kerja kerja ni tadi. Nak tambah, kita upah je anak anak kita untuk buat kerja ni. At least support duit poket mereka, daripada tak tentu hala bayar RM700 ke amah, last last kerja tak jalan, habiskan bil letrik je layan Nada Nada Cinta. Duh.
Entah. Makin pening aku tengok situasi macam ni dalam negara kita.
No comments:
Post a Comment